Tuesday, February 24, 2015

:: Kerabu Timun ::

Views
Assalamualaikum.....Cik Ross in the blog!!!

Hari ni sangat rajin daripada hari biasa ( eh,hari biasa pun rajin jugak.Tapi,hari ni terlebih rajin.Hahaha )



KERABU TIMUN
BAHAN2
Timun ( di sagat halus @ di mayang halus )
Sedikit Gula
Sedikit Garam
Cili padi ( ikut ketahanan kepedasan )
Bawang ( di hiris halus )
2 biji Limau kasturi
CARA MENYEDIAKANNYA
** Gaul semua bahan di atas ... 

Selamat mencuba ;)


Sekian,Wassalam.



Monday, February 23, 2015

:: Resepi Kek Prun ::

Views
Assalamualaikum......Haluuuuuuuu,Cik Ross in the blog!!!

Hari Ahad lepas,mood rajin tetiba datang masa tolong mama masak kat dapur.Sebenarnya dah lama mama request untuk kek prun ni.Cuma mood belum tiba lagi.Kehkehkeh...

Bila mood dah datang,maka jadilah hasilnya...



BAHAN2

250gm mentega
200gm gula perang
400gm buah prun ( rebus dan lecek )
240gm tepung naik sendiri
4 biji telur

CARA MENYEDIAKANNYA

1. Putarkan mentega dan gula = hingga kembang
2. Masukkan telur dan tepung sedikit demi sedikit
3. Akhir sekali masukkan prun yang sudah dilecek tadi.
4. Bila dan sebati,masukkan ke dalam loyang dan bakar selama 45 minit.

Selamat mencuba.


Sekian,Wassalam.


Sunday, February 15, 2015

:: Kek Buah-buahan Campuran ::

Views
Assalamualaikum......Haluuuuu,Cik Ross in the blog!!!

Dah lama tak update blog.Nasib tak lupa password.Hehe..

Ok,malam ni nak update pasal resepi. ( udah macam chef pulak i ni...haha )

RESEPI KEK BUAH-BUAHAN CAMPURAN
BAHAN2
250gm mentega ( Saya pakai buttercup )
200gm gula perang
400gm buah2an campuran ( rebus )
240gm tepung naik sendiri
4 biji telur
CARA MENYEDIAKAN
1. Putar mentega + gula ( hingga kembang )
2. Masukkan telur dan tepung sedikit demi sedikit sehingga habis
3. Akhir sekali masukkan buah2an campuran ( yang telah direbus ).
4. Bila dah sebati,masukkan ke dalam bekas pembakar dan bakar selama 45 minit.


Sekian,selamat mencuba ;)



Wassalam.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...