Tuesday, November 10, 2015

:: Kek Oren Sunkist ::

Views
Assalamualaikum....Haluuuuuu,Cik Ross in the blog!!!

Mood membuat kek datang lagi.....

Hari ni nak share resepi Kek Oren Sunkist pulak.




Bahan2

* 250gm Buttercup

* 5 biji telur

* 3 sudu makan pati sunquick

* 2 cawan tepung kek

* 1 cawan gula ( saya guna gula perang )

* 2 biji oren sunkist ( sagat halus- kulit sahaja )

* Badam ( untuk hiasan )

Cara Membuatnya

1. Butter + gula ( mixer sehingga kembang )


2. Masukkan telur

3. Masukkan tepung + kulit oren + pati sunquick

4. Masukkan dalam loyang ( lapik kertas minyak )

5. Taburkan badam ( apa sahaja untuk hiasan. )

6. Bakar dengan suhu 170c selama 40/45 minit

Selamat mencuba.



Sekian,Wassalam 




Friday, October 16, 2015

:: Biskut Batik Milo ( Tanpa Masak )

Views
Assalamualaikum.....Haluuuuuuuuuuuu,Cik Ross in the blog!!

Lama benar kite tak update entri...

Hari ni mood kerajinan nak update. Update pasal resepi.Jiwa keperempuanan sudah datang... ( ayu gitu!! )



Biskut Batik Milo ( tanpa masak )

Bahan²

* Biskut 4segi ( jenama apa pun tak pe )
* Milo
* Susu pekat
* Majerin

Cara buat

1. Patah2 kan biskut
2. Masukkan milo + susu pekat secukupnya.(Pastikan biskut melekat pada Milo dan susu )
3. Sapukan majerin pada bekas / pelengat
4. Padatkan biskut tadi dalam bekas/pelengat.
5. Sapu majerin atas biskut.
6. Sejukkan dalam peti ais.
7. Potong2 ia dan boleh makan!! 😘

Selamat mencuba.


Sedap tau...Dah banyak kali buat.Kali ni request by anak2 murid kesayangan...

Sekali makan,nak lagi uolssss...hehehe

Wassalam. 


 

Monday, May 18, 2015

:: Karipap Roti Aiskrim Goreng ::

Views
Assalamualaikum.......Haluuuuuuuuu,Cik Ross in the blog!!!

Next resepi is....





KARIPAP ROTI AISKRIM GORENG

Bahan2

# Roti Gardenia 

# Ais krim ( ikut kegemaran )

Cara membuat :-

1 - Lenyekkan roti bagi nipis ( jangan nipis sangat )

2 - Letakkan roti yang telah di lenyek atas acuan karipap.

3 - Letakkan 1 sudu aiskrim

4 - Rapatkan acuan karipap,Buang lebihan roti yang tidak diperlukan.

5 - Goreng 1 minit dalam minyak panas.

Selamat mencuba :)



Sekian,wassalam.

Friday, May 15, 2015

:: Resepi - Tepung Talam Pisang ::

Views
Assalamualaikum.............Haluuuuuu,Cik Ross in the blog!!!

Malam ni saya nak share resepi dengan uolsss yeee....



TEPUNG TALAM PISANG

Bahan2 :-

Pisang Abu
Gula
Garam
Santan ( RM 1.00 )
1 senduk Tepung gandum

Cara membuatnya :-

1 - Bland pisang abu + gula ( ikut tahap kemanisan yang anda suka )
2 - Ratakan pisang yang telah di bland tadi dalam bekas dan padatkan ia.
3 - Kukuskan pisang tersebut dalam periuk kukus.
4 - Bland santan + sedikit garam + tepung.
5 - Tapis santan tersebut dan tuangkan di atas pisang.
6 - Kukus selama 45minit.

Selamat mencuba ;)



Sekian.Wassalam.






Saturday, May 9, 2015

:: Tahniah Dan Selamat Bergelar Suami Fahrin Ahmad ::

Views
Assalamualaikum......Haluuuuuu,Cik Ross in the blog!!!

Sebelum nak tulis panjang2,saya nak ucapkan TAHNIAH dan SELAMAT BERGELAR SUAMI serta SELAMAT MENEMPUHI ALAM RUMAHTANGGA kepada Fahrin Ahmad,pelakon yang sangat sado dan menjadi kegilaan ramai gadis2.


Dua hari lepas saya ada tulis entri yang bertajuk Inikah Wajah Bakal Isteri Fahrin Ahmad??
Dan ternyata tekaan saya dan antara blogger lain salah.Huhuhu...

Rupanya nama isteri Fahrin adalah Elena Hani.Bukan Nadia seperti yang digembar-gemburkan.




Pelakon Fahrin Ahmad (kanan) dan pasangannya Elena Hani Eleas tenang ketika majlis akad nikah yang disempurnakan oleh jurunikah Ustaz Hazman Hashim (dua,kiri) di Pusat Konvensyen Sime Darby.




Cantik betul isteri Fahrin.Patutlah Fahrin terpikat.Hehehe...Apa pun,TAHNIAH sekali lagi.Dan selamat pengantin baru.Semoga cepat dikurniakan cahayamata yang comel2 dan soleh,solehah.



Sekian,Wassalam.



Kredit to : Bernama



p/s : Lepas ni giliran saya pulak ye.


Thursday, May 7, 2015

:: Inikah Wajah Bakal Isteri Fahrin Ahmad?? ::

Views
Assalamualaikum.....Haluuuuu,Cik Ross in the blog!!!

Ramai gadis di luar sana yang kecewa dan sedih apabila Fahrin Ahmad mengumumkan bahawa dia bakal menamatkan zaman bujangnya pada hari Sabtu 9hb.Mei ini.

Semua pihak berteka-teki meneka,siapakah gadis yang berjaya menambat hati Fahrin?

Yang pastinya gadis itu bukanlah dikalangan selebriti.

Apakah gambar2 dibawah ini adalah bakal isteri Fahrin??









Jika inilah wajah gadis pilihan Fahrin,tahniah saya ucapkan kerana anda berjaya menambat hati Fahrin yang segak lagi macho.Hehehe.



Sekian,Wassalam.



p/s- Bilakah jodoh saya??


Tuesday, February 24, 2015

:: Kerabu Timun ::

Views
Assalamualaikum.....Cik Ross in the blog!!!

Hari ni sangat rajin daripada hari biasa ( eh,hari biasa pun rajin jugak.Tapi,hari ni terlebih rajin.Hahaha )



KERABU TIMUN
BAHAN2
Timun ( di sagat halus @ di mayang halus )
Sedikit Gula
Sedikit Garam
Cili padi ( ikut ketahanan kepedasan )
Bawang ( di hiris halus )
2 biji Limau kasturi
CARA MENYEDIAKANNYA
** Gaul semua bahan di atas ... 

Selamat mencuba ;)


Sekian,Wassalam.



Monday, February 23, 2015

:: Resepi Kek Prun ::

Views
Assalamualaikum......Haluuuuuuuu,Cik Ross in the blog!!!

Hari Ahad lepas,mood rajin tetiba datang masa tolong mama masak kat dapur.Sebenarnya dah lama mama request untuk kek prun ni.Cuma mood belum tiba lagi.Kehkehkeh...

Bila mood dah datang,maka jadilah hasilnya...



BAHAN2

250gm mentega
200gm gula perang
400gm buah prun ( rebus dan lecek )
240gm tepung naik sendiri
4 biji telur

CARA MENYEDIAKANNYA

1. Putarkan mentega dan gula = hingga kembang
2. Masukkan telur dan tepung sedikit demi sedikit
3. Akhir sekali masukkan prun yang sudah dilecek tadi.
4. Bila dan sebati,masukkan ke dalam loyang dan bakar selama 45 minit.

Selamat mencuba.


Sekian,Wassalam.


Sunday, February 15, 2015

:: Kek Buah-buahan Campuran ::

Views
Assalamualaikum......Haluuuuu,Cik Ross in the blog!!!

Dah lama tak update blog.Nasib tak lupa password.Hehe..

Ok,malam ni nak update pasal resepi. ( udah macam chef pulak i ni...haha )

RESEPI KEK BUAH-BUAHAN CAMPURAN
BAHAN2
250gm mentega ( Saya pakai buttercup )
200gm gula perang
400gm buah2an campuran ( rebus )
240gm tepung naik sendiri
4 biji telur
CARA MENYEDIAKAN
1. Putar mentega + gula ( hingga kembang )
2. Masukkan telur dan tepung sedikit demi sedikit sehingga habis
3. Akhir sekali masukkan buah2an campuran ( yang telah direbus ).
4. Bila dah sebati,masukkan ke dalam bekas pembakar dan bakar selama 45 minit.


Sekian,selamat mencuba ;)



Wassalam.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...