Sunday, November 2, 2014

:: Wahai Suami,Hormatilah Isteri Anda ::

Views
Assalamualaikum...........Haluuuuuuuuu,Cik Ross in the blog!!!

Entri ni bukan hanya untuk bacaan orang yang sudah berumahtangga sahaja.Tapi untuk mereka yang bujang dan bakal mendirikan rumahtangga.Kiranya sesuai untuk bacaan semua la.Haaaa,kanak2 aje tak sesuai nak baca sebab belum memahami maksud rumahtangga. ( Ye ke?? )

Wahai para suami,anda sebagai ketua keluarga memang mempunyai kuasa besar dalam rumahtangga.Tapi itu tak bermakna anda boleh membuat apa sahaja yang anda suka kepada isteri atau ahli keluarga yang lain.

Seharusnya rasa hormat-menghormati perlu ada kepada setiap pasangan.

Anda boleh marah atau menegur pasangan anda.Tetapi,janganlah sehingga mendatangkan aib kepadanya.Atau kemarahan anda itu dilepaskan dalam suasana yang tidak sesuai.

- Dari En.Google -

Contohnya,di hadapan anak2 atau di khalayak ramai.Ia boleh mendatangkan aib dan malu kepada pasangan.

Marahlah dalam bahasa yang paling lembut ( lebihkan kepada teguran yang membina ).Dan bukan cacian atau perkataan yang kasar sehingga mengguris perasaan.

- Gambar dari En.Google -


Bila anda dalam perasaan marah,syaitan sangat suka.( Boleh la korang bersahabat baik!!Huhu )

- Dari En.Google -

Fikirkanlah,jika anda ditempat itu.Apa yang akan anda rasa?


Sekian,Wassalam.



p/s-masing2 ada ego.


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...