Monday, November 3, 2014

:: Lepas Ni,Ais Kiub Kena Ada Sijil Halal Jugak! ::

Views
Assalamualaikum.......Haluuuuu,Cik Ross in the blog!!!

Morning Malaysia...

Selamat hari Isnin.Selamat mulakan kerja...Mulakan dengan Bismillah dan senyuman.Tenangkan hati dan lapangkan minda.InsyaAllah anda akan kerja dalam keadaan yang seronok dan diberkati Allah ( dah macam Dr.Fazilah Kamsah pulak i ni...hehehe )

Pagi ni saya terbaca 1 artikel di Sinar Harian tentang "Mengapa ais kiub tiada sijil halal".

Kebersihan pembuatan ais kiub mula dibangkitkan pengguna Islam.


SHAH ALAM - Khamis lalu, sebuah kilang ais di Pulau Pinang diarah tutup selepas didapati beroperasi dalam keadaan kotor dan tidak mematuhi standard kesihatan yang ditetapkan.

Ia bukan sesuatu yang mengejutkan kerana sama ada sedar atau tidak, kebanyakan syarikat pengeluar  ais batu kiub tidak mempunyai sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Sijil halal bukan hanya untuk menentukan sama ada makanan atau minuman mengandungi bahan yang dilarang dalam Islam tetapi ia juga untuk mengukur tahap kebersihan sesuatu makanan.

Ini termasuk status air yang digunakan, dari sumber mana ia diambil dan sama ada air tersebut diproses terlebih dahulu?

Sudah pasti, sijil halal adalah senjata utama bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku seperti penggunaan air kotor yang boleh mengundang pelbagai penyakit.


Bila selesai baca,ada betul jugak.Kenapa dan mengapa ais kiub tiada sijil halal daripada pihak JAKIM.

Harap,lepas ni pihak JAKIM akan pertimbangkan untuk mengeluarkan sijil halal bagi ais kiub pulak.


Sekian,Wassalam.




No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...