Monday, November 24, 2014

:: 9 GAMBAR TERKINI ABBY ABADI BUAT HELIZA HELMI DAN ANDA TERKEJUT ::

Views
Assalamualaikum............Haluuuuuuu,Cik Ross in the blog!!!


Sebut sahaja namanya , pasti ramai yang tahu akan apa yang berlaku kepadanya sepanjang tahun ini .Ibarat goreng pisang panas , namanya sentiasa mengejutkan ramai peminatnya .


Selepas bercerai dengan suami keduanya Farhan, Abby membuat perubahan yang sangat drastik ke atas dirinya .Tapi yang pastinya bukan semua wanita yang pernah bergelar artis popular terbuka untuk berubah sepertimana Abby Abadi

Seloroh abby dengan tawa kecil, dia memohon agar peminatnya sentiasa mendoakan agar dia ditemukan jodoh lelaki yang sesuai dan boleh membimbing dirinya serta anak-anak ke jalan yang diredhai Allah SWT.








Alhamdulillah, penghijrahan demi penghijrahan artis-artis Malaysia ke arah lebih baik. Semoga semuanya istiqamah :)


Sumber : Posted by 

:: 16 Termasuk Dua Bayi Terperangkap ::

Views
Assalamualaikum............Haluuuuuuuuuuu,Cik Ross in the blog!!!

Melaka: Seramai 16 individu termasuk dua bayi dan seorang kanak-kanak terperangkap kira-kira 40 minit dalam lif di Hospital Melaka di sini, tadi.

Difahamkan dalam kejadian kira-kira jam 1.45 petang itu, terdapat 13 orang dewasa termasuk dua warga emas bersama dua bayi dan seorang kanak-kanak di dalam lif berkenaan yang terhenti di antara tingkat dua dan tingkat tiga hospital terbabit.

Kejadian mengakibatkan, tiga daripada mereka termasuk dua wanita sesak nafas manakala, kedua-dua bayi berkenaan menangis akibat kepanasan sebelum semua mereka berjaya dibawa keluar dengan bantuan orang ramai.



Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Keroh Pegawai Bomba Kanan II Hairulnizam Ridhuan berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian jam 2.12 petang.

"Seramai enam anggota bersama sebuah jentera ke lokasi dan tiba jam 2.25 petang, namun sebaik tiba semua mangsa sudah dikeluarkan kira-kira lima minit sebelum itu.

"Mangsa dipercayai berjaya keluar selepas seorang anggota keselamatan mengumpil pintu lif menggunakan batang kayu penyapu," katanya di sini.

Sumber : Harian Metro



Sekian,Wassalam.



Thursday, November 20, 2014

:: Spontaneous Thursday # 22 ::

Views
Assalamualaikum......Haluuuuu,Cik Ross in the blog!!!


Doa yang terbaik adalah doa yang dirahsiakan tanpa sesiapa pun tahu kecuali Allah.




Sekian,Wassalam.



:: Segmen Blogwalking Sampai Penat ::

Views
Assalamualaikum.....Haluuuuuu,Cik Ross in the blog!!!

Hari ni Saya nak bersegmen pulak.Mood rajin join segmen dah datang!!!Hehehe


Klik Banner Untuk Join


Mari kita ramai2 memenatkan tuan blogger ni.Hahahahaha :P


Sekian,Wassalam.



Wednesday, November 19, 2014

:: Wordless Wednesday # 33 ::

Views
Assalamualaikum..............Haluuuuuu,Cik Ross in the blog!!!


Sekian,Wassalam.



:: Shahir AF Dah Kahwin??? ::

Views
Assalamualaikum.............Haluuuuuu,Cik Ross in the blog!!!

Siyes,bila tengok gambar ni...memang confirm!!! Confirm !!!!

Oleh Raja Faraa. Kredit Facecook Shahir dan foto Pengantin Baru Ida & Din.

Kecoh di Facebook semalam dengan satu foto perkahwinan yang dimuat naik oleh Shahir di laman Facebook peribadinya (nama akaun peribadinya terpaksa kami rahsiakan) dan wajah 'pengantin perempuan' telah dikaburkan. Ada yang membuat andaian, Shahir, Juara Akademi Fantasia ke-8 ini telah berkahwin secara senyap-senyap. Rupa-rupanya pelanduk dua serupa saja.

Kami telah menemui foto sebenar yang dimuat naik oleh pasangan pengantin Ida dan Din. Menurut warga Internet di Facebook, gambar tersebut sudah beberapa kali trending dan ramai yang tertipu dan menyangkakan Shahir telah melangsungkan majlis perkahwinan tanpa menjemput peminat dan media.

Hahahaha...saya pun tertipu jugak!!huhuhuhuu


Sekian,Wassalam.



Sumber : Era.fm


Tuesday, November 18, 2014

:: Isteri Eizlan Yusof Fail Pengesahan Lafaz Cerai ::

Views
Assalamualaikum.......Haluuuuuuuuuu,Cik Ross in the blog!!!

Agak lama jugak tidak mendengar cerita tentang pelakon yang boleh dikatogerikan dalam golongan kacak ini,Datuk Eizlan Yusof.

Dan terkejut juga apabila membaca berita tentang perceraian dia dan isteri ini.Rumahtangga mereka sangat low profile.Tiba-tiba dikhabarkan bercerai.Alahaiiii,sedihnya.

Tapi,nak buat macam mana kalau itu telah tertulis.Jodoh mereka tidak panjang.



KUALA LUMPUR - Isteri kepada pelakon kacak, Datuk Eizlan Yusof, Datin Vie Santie Harun memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini, hari ini.

Vie Santie, 28, selaku plaintif memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.

Semasa sebutan kes itu dihadapan Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin, Peguam Syarie Syamimi Ab Rahman yang mewakili plaintif memaklumkan bahawa pihaknya telah memfailkan tiga keterangan saksi plaintif.

"Terdapat juga beberapa permohonan lain yang berkaitan dengan perkahwinan ini sedang dibincangkan dengan defendan untuk diselesaikan," katanya.

Sehubungan itu peguam itu memohon penangguhan perbicaraan kes itu kerana  saksi-saksi plaintif yang sepatutnya memberi keterangan tidak dapat hadir.

Pada prosiding itu, pasangan itu juga tidak hadir dan berada di luar kawasan.

Eizlan atau nama sebenarnya Idris Md Yusof, 44, selaku defendan tidak diwakili peguam.

Sehubungan itu mahkamah menetapkan 13 Januari tahun depan untuk menyambung semula perbicaraan dan meminta pihak-pihak hadir bersama saksi.

Eizlan yang juga merupakan penerbit eksekutif dan ahli pernigaan itu bernikah dengan Vie Santie pada 7 Julai 2007.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan  tiga cahaya mata Vie Zaara; Zareef Yusof dan Vie Zaalia berusia antara satu hingga lima tahun.



Sumber : SinarHarian



Sekian,Wassalam.



Sunday, November 16, 2014

:: Datuk A Rahman Hassan, Bakal Kahwin Pelakon Hujung Tahun Ini ::

Views
Assalamualaikum......Haluuuuuu,Cik Ross in the blog!!!


Sumber: Media Hiburan Online

Penyanyi era 60-an, Datuk A Rahman Hassan dan pelakon, Fadilah Mansor akan melangsungkan perkahwinan pada hujung tahun ini.

Memetik laporan sebuah media, kedua-duanya pasangan itu mula berkenalan ketika bertemu di sebuah majlis anugerah beberapa bulan lalu.

“Apa yang saya boleh kongsi kalau umur dah macam ini, kalau canang-canang sangat seganlah nanti orang kata over (keterlaluan) pula.

“Jadi saya ikut saja perancangan abang (A Rahman). Dia tak nak bising-bising dulu sampailah kami betul-betul sedia untuk berkongsi nanti,” ujar Fadilah yang enggan mengulas lanjut mengenai majlis perkahwinan mereka kerana menghormati permintaan bakal suaminya.

Untuk rekod, Fadilah merupakan seorang ibu tunggal selepas bercerai dengan bekas suaminya, pengarah filem veteran, Ahmad Ibrahim atau Mat London.

Manakala A Rahman pula kematian isteri, Datin Azizah Mohamad pada 26 April tahun lalu akibat penyakit kanser.


p/s : semoga mereka bahagia..

Sekian,Wassalam.




Monday, November 3, 2014

:: Bloglist Belog Rossmerahjingga 2014 ::

Views
Assalamualaikum.....Haluuuuuu,Cik Ross in the blog!!!

Dah lama rasanya tak update bloglist saya ni.

So,dengan kerajinan yang ada ni...rasanya elok la saya buat bloglist baru sempena hari lahir saya yang bakal tiba pada bula Disember akan datang.

Cara nak join bloglist saya ni senang je.

1-  TIADA PAKSAAN untuk korang untuk jadi follower blog saya ni.

2-   COPY PASTE banner di bawah ni


3-   BUAT entri " SAYA NAK JOIN BLOGLIST BELOG ROSSMERAHJINGGA 2014".

4-   Dalam entri tu korang hanya bagitahu :-

       a. NAMA BLOG korang ( sertakan link sekali )
       b. BULAN KELAHIRAN korang. ( Januari / Februari / dll )

5-   BAGI link entri yang tu dalam kotak komen di bawah entri ni ye.

DONE!!!

# TARIKH TUTUP PENYERTAAN - 21hb.DISEMBER.2014 @ Jam 12.00malam.


Tujuan saya buat segmen ni adalah untuk berkenalan dengan blogger2 yang lama atau yang baru dan merapatkan silaturrahim antara blogger2 semua.

Sambil2 tu kita boleh naikkan trafik blog kita dan menambah follower.Kan...kan...kannnn??

Suka tak???Suka tak???Hehehehe.( Gila la kalau tak suka!hahaha )

Untuk korang yang join segmen saya ni,secara automatik blog korang akan saya letakkan di dalam bloglist saya yang terbaru!




p/s- Ini adalah entri melekat,sila scroll ke bawah untuk entri yang baru.Terima kasih.



Sekian,Wassalam.


:: Lepas Ni,Ais Kiub Kena Ada Sijil Halal Jugak! ::

Views
Assalamualaikum.......Haluuuuu,Cik Ross in the blog!!!

Morning Malaysia...

Selamat hari Isnin.Selamat mulakan kerja...Mulakan dengan Bismillah dan senyuman.Tenangkan hati dan lapangkan minda.InsyaAllah anda akan kerja dalam keadaan yang seronok dan diberkati Allah ( dah macam Dr.Fazilah Kamsah pulak i ni...hehehe )

Pagi ni saya terbaca 1 artikel di Sinar Harian tentang "Mengapa ais kiub tiada sijil halal".

Kebersihan pembuatan ais kiub mula dibangkitkan pengguna Islam.


SHAH ALAM - Khamis lalu, sebuah kilang ais di Pulau Pinang diarah tutup selepas didapati beroperasi dalam keadaan kotor dan tidak mematuhi standard kesihatan yang ditetapkan.

Ia bukan sesuatu yang mengejutkan kerana sama ada sedar atau tidak, kebanyakan syarikat pengeluar  ais batu kiub tidak mempunyai sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Sijil halal bukan hanya untuk menentukan sama ada makanan atau minuman mengandungi bahan yang dilarang dalam Islam tetapi ia juga untuk mengukur tahap kebersihan sesuatu makanan.

Ini termasuk status air yang digunakan, dari sumber mana ia diambil dan sama ada air tersebut diproses terlebih dahulu?

Sudah pasti, sijil halal adalah senjata utama bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku seperti penggunaan air kotor yang boleh mengundang pelbagai penyakit.


Bila selesai baca,ada betul jugak.Kenapa dan mengapa ais kiub tiada sijil halal daripada pihak JAKIM.

Harap,lepas ni pihak JAKIM akan pertimbangkan untuk mengeluarkan sijil halal bagi ais kiub pulak.


Sekian,Wassalam.




Sunday, November 2, 2014

:: 6 Sebab Bentuk Payudara Berubah ::

Views
Assalamualaikum.......Haluuuuuu,Cik Ross in the blog!!!


Payudara merupakan bahagian tubuh yang paling wanita suka. Mengikut kajian, 50% 

wanita mempunyai saiz payudara normal dan selebihnya samada terlalu besar dan terlalu 

kecil. Tapi tahukah anda wahai wanita ada beberapa perkara yang menyebabkan bentuk 

payudara anda berubah? teruskan bacaan anda.


- Dari En.Google -


Faktor Usia


Walaupun anda memakai bra yang betul pada usia muda, jangan sangka bahawa 

bentuk payudara anda akan kekal cantik hingga ke tua. 



Kehamilan


Ketika hamil payudara akan mengalami perubahan dalam ukurannya. Sebahagian dari 

perubahahan ini akan menjadi kekal.



Haid


Ketika haid, ukuran payudara akan sedikit berubah. Ianya termasuk juga dengan 

perubahan bentuk puting. Oleh itu, jangan takut dan khuatir.



Keturunan


Keturunan juga menjadi penyebab bentuk payudara berubah. Ada keluarga yang 

asalnya mempunyai payudara besar dan juga sebaliknya.



Bersenam



Jangan ingat bersenam tidak mendatangkan sebarang perubahan pada payudara. Ianya 

mengubah bentuk payudara secara anda tidak sedar. Oleh yang demikian, anda perlu 

pelajari senaman untuk menegangkan payudara anda.



Makanan


Seperti biasa, akhir sekali adalah makanan. Makan makanan yang mengandungi zat 

yang tertentu agar mampu memberikan saiz payudara idaman anda.



Sekian,Wassalam.


Sumber :  http://info.sukacuka.com/

:: Wahai Suami,Hormatilah Isteri Anda ::

Views
Assalamualaikum...........Haluuuuuuuuu,Cik Ross in the blog!!!

Entri ni bukan hanya untuk bacaan orang yang sudah berumahtangga sahaja.Tapi untuk mereka yang bujang dan bakal mendirikan rumahtangga.Kiranya sesuai untuk bacaan semua la.Haaaa,kanak2 aje tak sesuai nak baca sebab belum memahami maksud rumahtangga. ( Ye ke?? )

Wahai para suami,anda sebagai ketua keluarga memang mempunyai kuasa besar dalam rumahtangga.Tapi itu tak bermakna anda boleh membuat apa sahaja yang anda suka kepada isteri atau ahli keluarga yang lain.

Seharusnya rasa hormat-menghormati perlu ada kepada setiap pasangan.

Anda boleh marah atau menegur pasangan anda.Tetapi,janganlah sehingga mendatangkan aib kepadanya.Atau kemarahan anda itu dilepaskan dalam suasana yang tidak sesuai.

- Dari En.Google -

Contohnya,di hadapan anak2 atau di khalayak ramai.Ia boleh mendatangkan aib dan malu kepada pasangan.

Marahlah dalam bahasa yang paling lembut ( lebihkan kepada teguran yang membina ).Dan bukan cacian atau perkataan yang kasar sehingga mengguris perasaan.

- Gambar dari En.Google -


Bila anda dalam perasaan marah,syaitan sangat suka.( Boleh la korang bersahabat baik!!Huhu )

- Dari En.Google -

Fikirkanlah,jika anda ditempat itu.Apa yang akan anda rasa?


Sekian,Wassalam.



p/s-masing2 ada ego.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...