Monday, October 27, 2014

:: Mati Tak Mengenal Usia ::

Views
Assalamualaikum......Haluuuuu,Cik Ross in the blog!!!

Selepas maghrib semalam,saya dapat berita tentang kematian jiran terdekat satu taman perumahan ini akibat jangkitan kuman dalam perut.

Malamnya pulak dapat berita kematian opah buah hati pengarang jantung ( a.k.a bakal opah mertua i la kononnya ).

Dan petang tadi,lepas habis kelas dapat berita jiran setaman lain lorong meninggal dunia.

Ya Allah,sesungguhnya daripada Engkau kami datang dan kepada Engkau kami kembali.

Kematian tidak mengenal usia.Tidak mengenal kesihatan tubuh badan manusia.Apabila DIA ingin 'mengambil' semula hakNya.DIA akan 'ambil'..

Seharusnya kita sebagai manusia yang lemah dan tiada kuasa,haruslah senantiasa sedia dan insaf tentang kematian.

Sediakan 'bekalan' yang secukupnya untuk kita bawa apabila mati nanti.




Sekian,Wassalam.




p/s-selalu berdoa agar dimatikan dalam 'husnul khatimah'





No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...