Monday, October 27, 2014

:: Mati Tak Mengenal Usia ::

Views
Assalamualaikum......Haluuuuu,Cik Ross in the blog!!!

Selepas maghrib semalam,saya dapat berita tentang kematian jiran terdekat satu taman perumahan ini akibat jangkitan kuman dalam perut.

Malamnya pulak dapat berita kematian opah buah hati pengarang jantung ( a.k.a bakal opah mertua i la kononnya ).

Dan petang tadi,lepas habis kelas dapat berita jiran setaman lain lorong meninggal dunia.

Ya Allah,sesungguhnya daripada Engkau kami datang dan kepada Engkau kami kembali.

Kematian tidak mengenal usia.Tidak mengenal kesihatan tubuh badan manusia.Apabila DIA ingin 'mengambil' semula hakNya.DIA akan 'ambil'..

Seharusnya kita sebagai manusia yang lemah dan tiada kuasa,haruslah senantiasa sedia dan insaf tentang kematian.

Sediakan 'bekalan' yang secukupnya untuk kita bawa apabila mati nanti.




Sekian,Wassalam.




p/s-selalu berdoa agar dimatikan dalam 'husnul khatimah'





Saturday, October 25, 2014

:: Kehidupan Tak Selalu Bahagia ::

Views
Assalamualaikum......Haluuuuuu Cik Ross in the blog!!!

Update lagi....

Ilham datang lepas solat Maghrib.Alhamdulillah....( nampak tak??nampak tak??Boleh dijadikan calon isteri dan menantu yang baik ni..hehe.Getik pulak rasa!!Hahaha )

Lumrah alam dan kehidupan kita sebagai makhluk ciptaanNya,kita haruslah senantiasa beringat tentang kehidupan yang tak selalunya bahagia dan gembira seperti yang kita impikan dan harapkan.


- gambar dari En.Google-


Ada ketika,Allah akan datangkan ujian dan dugaan kepada kita dengan pelbagai dan bermacam-macam jenis ujian itu.Ajal,maut,rezeki,jodoh,pertemuan dan perpisahan...semuanya atas kehendakNya.

Tapi,kita harus ingat.DIA menguji dengan apa yang kita mampu tempuh.Walaupun pada kita ia sangat2 la berat dan rasa seperti tidak mampu untuk menanggungnya.

- Sumber daripada En.Google -


Dan setiap ujian dan dugaan itu ada hikmahnya yang tersembunyi tanpa kita mengetahui sebab dan musababnya.

Kita harus yakin dengan ALLAH dan terus berdoa meminta pertolongan daripadaNya.

Sesungguhnya,ketika dilanda kesusahan inilah yang akan membuatkan kita semakin dekat dan ingat kepadaNya.

Sebagai umat Islam,percaya kepada Qada' dan Qadar.

- Sumber daripada En.Google -

Sekian,Wassalam.






p/s-peringatan untuk diri sendiri.




Thursday, October 23, 2014

:: Cheesekut Versi Saya ::

Views
Assalamualaikum.......Haluuuuuuuuu,Cik Ross in the blog!!!

Dah baca tajuk entri tu??

Sedap tak??Sedap tak???

Nak resepi tak???


Hasil yang saya buat tadi


Ni dia resepinya :-

250gm Cream Cheese ( saya pakai brand Tatura )

1/2 tin susu pekat manis

1 paket Biskut Creaker ( saya pakai brand Julie's )

Nestum ( Untuk lapiskan biskut )

Susu segar ( untuk celup biskut je.Dalam 1 @ 2 cawan )

Milo ( nak tabur di atas cheesekut nanti )

Cara membuatnya :-

1.  Cream Cheese mix sehingga sebati.

2.  Masukkan susu pekat manis mix sehingga sebati dengan cream cheese tadi.

3.  Celup biskut dalam susu segar sehingga penuh bekas ( guna bekas 4 segi )

4.  Lapis dengan cream cheese.

5.  Tabur nestum.

6.  Ulang no 3 , 4 dan 5

7.  Sapu cream cheese di atas ( penutup ) , tabur nestum dan milo.

8.  Simpan dalam peti sejuk 1 jam.

9.  Siap untuk di makan!!!


Selamat mencuba.

Sekian,Wassalam.







:: Jeruk Asam Boi ::

Views
Assalamualaikum.............Cik Ross in the house!!!

Selamat pagi...

Lama tak update.Malas sebenarnya ( terus-terang adalah lebih baik.kikikiki )

Ok,hari ni nak update pasal resepi lagi. ( dah ala2 chef pulak aku ni...hahaahaha )

Sekarang ni,fenomena jeruk asam boi melanda di ruang facebook.Betul tak?So,saya pun termasuk la dalam golongan mereka itu.

Setiap hari bila online dan on fb,akan nampak gambar pasal jeruk asam boi sahaja.( tergugat iman kak nokksss!!Huhuhu ..)Ni dok taip ni pun dah kecur air liur ni.Camne??huhuhuhu...

Resepi dia sangat2 senang la.....Kecuali untuk mereka yang pemalas,memang akan rasa susah.Hehehe..

Bahan2 :-

Buah epal / mangga / jambu ( semalam saya buat epal dan oren sunkist )

Beberapa biji asam boi

Gula kasar ( saya letak 2 sudu makan )

Sedikit garam

Cili padi ( sapa yang suka pedas laaaa )

Cara buat :-

Campur semua bahan dalam 1 bekas dan gaulkan.

Simpan dalam peti ais untuk 3-4 jam.

Siap di makan...!!!

Ni la rupa jeruk yang saya buat semalam.


Selamat mencuba!!!


Sekian,wassalam.





Tuesday, October 7, 2014

:: Resepi Kek Kukus Asam Lapis Versi Saya ::

Views
Assalamualaikum......Haluuuuuuu,Cik Ross in the blog!!!

Salam Aidiladha.Masih tidak terlewat untuk saya ucapkan rasanya ye.

Hari ni nak share resepi dengan korang semua.

Dah lama tak de update entri.So,hari ni ada sedikit kelapangan untuk update blog.

Resepi ni adalah....Jeng3...

Kek Kukus Asam Lapis






Sekian,Wassalam.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...