Saturday, June 21, 2014

:: Menghadapi Fenomena El Nino ::

Views
Assalamualaikum.....Haluuuuu,Cik Ross in the blog!!!

Cuaca Panas - Nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia

Sudah beberapa hari cuaca begitu panas luarbiasa. Kemungkinan besar fenomena El-Nino yang dijangkakan berlaku telah bermula. Oleh itu kita perlulah bersiap sedia untuk menghadapi satu lagi cabaran dan dugaan yang belum pasti seteruk manakah nanti kesannya. 



Sehubungan dengan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengeluarkan satu nasihat kesihatan bagi memberi amaran dan panduan awal untuk kita menjaga kesihatan disepanjang cuaca panas yang akan melanda ini. Semoga ianya dapat dijadikan rujukan untuk kita menjaga kesihatan diri. 

Cuaca Panas : Nasihat Kesihatan Kepada Orang Ramai

Cuaca panas memberi tekanan fizikal kepada tubuh manusia. Kesan terhadap kesihatan boleh jadi dari tahap sederhana (mild) kepada yang boleh menyebabkan maut contohnya akibat strok haba.

Semua orang berisiko menjadi mangsa cuaca panas. Walau bagaimanapun, terdapat kumpulan yang lebih berisiko:

Mereka yang terbabit dengan kegiatan aktiviti fizikal di luar seperti buruh, peladang, ahli sukan, tentera, polis dan lain-lain.
Orang dewasa (berumur 40 tahun ke atas mempunyai risiko 10 kali ganda berbanding dengan mereka yang lebih muda).
Kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah.
Penghidap penyakit sistem pernafasan.
Penghidap penyakit darah tinggi, jantung, kencing manis dan penyakit kelenjar tiroid.
Risiko bertambah jika mereka memakai pakaian yang tebal dan ketat yang menghalang haba keluar daripada penyejatan/ pengeringan peluh.

Gejala cuaca panas melampau adalah :

Sakit kepala.
Keletihan.
Lemah tumpuan/Pening.
Lemah otot–otot atau kekejangan.
Mual dan muntah.
Keadaan yang terlalu teruk boleh menyebabkan dehidrasi (kekeringan), kekeliruan dan tidak sedarkan diri (koma).

Cara mencegah atau mengurangkan kesan terhadap kesihatan akibat cuaca panas melampau:

Anda Perlu :

Minum air kosong dengan banyak tanpa mengira tahap aktiviti fizikal yang anda lakukan.
Jangan tunggu sehingga anda dahaga.
Minum minuman isotonik kerana ia boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh.



Sejauh yang mana yang boleh, anda perlu berada di dalam rumah/bangunan.
Hadkan aktiviti luar.
Kerap berehat.
Mandi atau gunakan kipas angin untuk menyejukkan tubuh badan anda.
Pakai pakaian yang ringan, berwarna-terang dan longgar.
Pakai topi atau payung yang besar.



Elakkan:

Minum minuman yang mengandungi kafein, alkohol, atau kandungan gula yang tinggi.Membiarkan seseorang di dalam kereta yang tertutup.Bersenam dalam cuaca panas.

Jika anda mempunyai tanda-tanda masalah berkaitan dengan suhu panas, ingat tip-tip di bawah ini;

Keluar dari kawasan yang panas.
Tanggalkan pakaian yang ketat.
Letakkan kain yang basah dan sejuk pada badan.
Gunakan kipas untuk sejukkan badan.
Minum air setiap 15 minit.
Dapatkan bantuan jika keadaan tidak dapat dikawal.


Sekian,Wassalam.



Thursday, June 19, 2014

:: Spontaneous Thursday # 21 ::

Views
Assalamualaikum.....Haluuuuu,Cik Ross in the blog!!!

Sebahagianya kita,segembiranya kita,sekaya mana pun kita...Kehidupan kita tidak akan diberkati Allah jika tiada doa dan restu ibubapa mengiringi setiap langkah kehidupan kita.

Sekian,Wassalam.



Friday, June 13, 2014

:: Daun Kari Pun Ada Khasiatnya ::

Views
Assalamualaikum.....Haluuuuu,Cik Ross in the blog!!!

Rupanya daun kari pun ada khasiatnya.Bukan hanya untuk mewangikan masakan sahaja.



Khasiat Kari 

1. Penawar cirit birit dan buasir

- Daun kari boleh dijadikan tonik herba untuk menguatkan perut dan meningkatkan keupayaannya serta mengatasi masalah penghadaman. Ia juga boleh digunakan sebagai laksatif (julap) lemah untuk mengatasi masalah sembelit. Jus daun kari yang dicampur dengan madu juga dapat menjadi penawar cirit birit dan buasir.

2. Loya dan pening

- Jus daunnya yang segar dicampur dengan jus limau nipis digunakan untuk mengatasi masalah loya dan pening . Caranya dengan mencampurkan satu sudu teh jus daun kari dan satu sudu teh jus limau nipis. Daun kari juga berkesan dalam mengatasi masalah haid dan penyakit gonorea (gonorrhea), menghilangkan rasa loya dan pening-pening lalat bagi wanita mengandung.

3. Diabetes

- Rebus kulit batangnya yang kering dan minum airnya. Boleh mengawal diabetes. Amalan memakan 10 helai daunnya setiap hari selama 3 bulan dikatakan dapat mencegah kencing manis yang disebabkan oleh keturunan dan kegemukan.

4. Agar rambut panjang dan sihat

-Campurkan satu sudu makan minyak kelapa dengan segenggam daun kari. Masakkan ia sehingga hangus. Setelah sejuk gunakan ia sebagai tonik rambut untuk menghitamkan rambut dan mencegah uban.

5. Merawat gigitan serangga dan haiwan berbisa

- Buahnya dimasak dengan minyak kelapa hingga hitam. Hancurkan dan tampal ke tempat gigitan haiwan berbisa.

6. Lebam dan bengkak

- Daunnya dihancurkan dan dijadikan pes untuk ditampal pada bahagian yang lebam dan bengkak itu.

7. Kecantikan dan kesihatan diri

- Amalkan minum air rebusan daun, akar, kulit kayu, batang dan bunga kari.




Sumber : Bernama Radio24


Sekian,Wassalam.



:: Tak Mau Tulis Banyak2 ::

Views
Assalamualaikum....Haluuuuu,Cik Ross in the blog!!!


Fikir2kan,selamat beramal....

Sekian,Wassalam.





Thursday, June 12, 2014

:: Abby Dapat Nota Terbuka Daripada Kak Fauziah Samad ::

Views
Assalamualaikum.....Haluuuuuuuu Cik Ross in the blog!!!

Baru je lepas baca entri kak Gee Samad.Memang sangat ikhlas nota yang Kak Gee tulis untuk Abby Abadi tu.



Kalau korang nak tahu isi nota yang Kak Gee tulis untuk Abby seperti berikut :-

Assalammualaikum Arbakyah.

Maaf jika nota ini Kjee tulis secara terbuka. Kjee lebih suka berterus terang dan telus.

Sejak Arbakyah (nama arwah Bonda Kjee pun Arbakyah tapi dalam IC, Bakyah jer), berubah haluan menjadi seorang Muslimah yang cukup disenangi mata memandang, Kjee selalu mengikuti perkembanganmu.

Walaupun seringkali hati ini terguris dengan kelancanganmu berbicara mengikut hati dan perasaan bukan akal yang dianugerah Allah swt, namun itu hak awak sebagai seorang manusia.

Apapun Arbakyah, Kjee terpanggil menulis nota ini kerana sudah lama mengenali keluargamu, ibumu Kak Hasnah serta kakakmu yang Kjee dah lupa namanya.

Kalau dulu, awak muncul di media massa kerana keterujaanmu menepis segala yang di sekelilingmu, sejak dua menjak ini muncullah pulak kisah rumahtangga awak yang gagal buat kali ketiga.

Umum tidak tahu apa yang menyebabkan awak bercerai dengan suami pertama dulu. Tapi ramai masih tak lupa adegan depan Pasaraya Carrefour dulu dimana awak 'menghangkut satu lori' wartawan media cetak dan jugak elektronik, untuk menyerang suami kedua awak Norman Hakim.

Kini, episod budak Farhan pulak. Sama-sama saling tuduh menuduh sehinggakan cakaran mesra kucing kini dijadikan lawak oleh ramai insan di alam maya.



Langit tak selalunya cerah. Sebagai wanita, kita selalu memohon agar biarlah rumahtangga kita panas sampai ke petang. Jodoh, pertemuan, ajal dan maut di tangan Allah swt.

Walaupun jodoh tidak berpanjangan, seharusnya sebagai wanita, yang sudah dua kali berkahwin sebelum ini, awak harus tahu cara-cara nak handle budak hingusan seperti Farhan. Jangan sebelum kahwin diwar-warkan budak yang baru berusia 24 tahun ketika itu, seorang yang cukup matang. Alahai, dalam masa dua minggu dah tahu budak itu dah cukup matang. Apa-apa jerlah.

Tetapi setelah jodoh tidak panjang, sepantas kilat diwar-warkan budak itu sebenarnya belum cukup matang untuk mengemudi sebuah rumahtangga!

Dah tau budak tu masih hingusan, sepatutnya Arbakyah bimbing dia jadi seorang suami yang matang! Bukan cara mengherdik seperti seorang ibu yang herdik anaknya! Anak kandung pun boleh lari tinggalkan rumah kalau dicakar hingga berdarah oleh ibunya! Wallahualam.

Kjee mohon Arbakyah duduk semeja dengan rakan karib awak, Shasha Saidin. Contohi cara Shasha menangani masalah rumahtangganya. Walaupun tidak bertudung litup seperti awak, namun cara Shasha rasanya lebih Islamik dan sopan bagi seorang Muslimah! Kjee pernah menulis mengenai Shasha di SINI.

Sudahlah Arbakyah. Tak payah bukak lagi pekung rumahtangga awak. Dia bagi kenyataan, awak balas. Dia kan budak hingusan. Melatah ikut naluri anak muda. Tapi awak yang sepatutnya lebih matang sebab sudah tiga kali berkahwin, tak perlu melatah!

Do not wash dirty linen in public!

Apapun cara awak pertahankan diri awak, your haters tetap tidak menyebelahi awak! Walaupun mereka jugak tidak mahu menyebelahi Farhan, namun jauh di sudut hati mereka, mereka tetap lebih mengasihani budak muda tersebut.

Alangkah elok dari mula lagi awak kata sebegini :"Jodoh kami hanya setakat ini. Harap-harap selepas ini saya tidak mengulangi apa jua kesilapan yang saya buat sebelum ini." Noktah!



Sumber : Fauziah Samad


Sekian,Wassalam.



:: Pelamin Impianku Musnah ::

Views
Assalamualaikum....Haluuuuu,Cik Ross in the blog!!!

Entri ini bukan nak cerita pasal saya.Tapi sekadar mahu share apa yang dah jadi kepada blogger yang 'pelamin impiannya musnah' tak seperti yang dia gambarkan.

FB BRIDAL : Lots of Love (Dah deactive akaunnya.)
Masa mula-mula plan, rasa macam betul ke nak ambik bridal dari KL ni, sebab takut kos mahal. Kos travel lagi, penginapan lagi. Last-last decide, tapelah, tolong member. Ini gambar contoh pelamin yang aku agree :
Ni gambar yang dia bagi kat aku. Masa mula2 dapat, aku tau dah ni mesti dia amik dari page org lain. Aku siap google image, and memang betul pun dia amik dari page lain. Sedapkan hati, maybe dia just amik as contoh. So aku pun mintak la pelamin yang betul2 dia yang buat.

Ini pelamin yang dia buat sendiri. Katanya la. Sue cakap, pelamin aku akan jadi macam ni. props semua sama. Aku pun layan.

Al kisah ceritanya bermula begini.
Service – Mula-mula service memang thorbaik. Aku siap suruh dia datang Johor dulu sebab nak suruh dia tengok tempat pelamin. Sue pun turun la Johor dengan baby dia yang baru je lahir, melihat kawasan. Ukur punya ukur, diskas2 and decide buat macam mana. Sue pun ada bagi cadangan2 yang menarik, so boleh kita guna untuk tambahan2 idea.
Aku kahwin Sabtu, 31st May 2014. Bayangkan, hari Jumaat, sehari before kahwin, tengah hari tu aku asyik call Sue, tak berangkat. Mula2 dah risau dah, tapi tak apa, sedapkan hati. Maybe ada kerja la tu kot. Tak lama lepas tu, baru dia angkat, “Dali, kita tengah make up orang ni”. FINE.
Beberapa jam kemudian, aku call lagi, tak berangkat. Masa tu dah petang Jumaat. Pelamin tak pasang lagi. Risau serius risau. Aku mesej, bila nak sampai. Lepas tu baru dapat reply, “Dali, husband kita baru bertolak.”
Aku macam whatttttttttttt. Masa tu dah pkul 3 lebih, baru nak bertolak? Habis tu sampai dalam pkul berapa? 7 petang? Member2 dah cuba tenangkan pengantin. Tak apa lah, biasa la tu ada yang bridal memang pasang pelamin lambat pun. Aku tanya, kenapa gerak lambat, kata pasang petang. Dia balas, “Suami kita nak gerak after solat jumaat.”
And guess what. Dah nak dekat pukul 7 aku call, tak angkat2. Berkali2. Macam2 sms aku bagi. Sedih tak sedih, pukul 7 malam, tak ada kabar berita. Lepas tu tak sampai2. Aku masa tu memang sedih tahap alahai….. Memang dah meleleh je air mata. Sedu sedan. Tatau kenapa dia buat sampai macam tu sekali. At least, angkat lah phone, ni senyap je. Aku dah call husband dia, pun tak berangkat jugak. Aku call time whatsapp dia online, memang tak berangkat.
Pukul 8 malam, baru dapat response. Terkejut aku. Rupanya tak bertolak lagi. Subhanallah… Aku nak taip ni pun, sakit dada bila ingat balik saat2 malam tu. Haih…. Katanya, pukul 10 baru nak bertolak. Habis tu tadi tu apa? Kata bertolak dah? So maknanya sampai dalam pukul 1-2 pagi la kan. Masa tu memang asyik menangis je. Nasib baik ada bridemaids yang tolong tenangkan aku. Kakak2 and family pun semua tenangkan. Aku dah nangis teresak2 sedu sedan bagai.
Family suruh tido, aku pun tido. Sebab memang semua masa tu dah ready, aku pun memang plan nak tido awal. Pukul 10 tu da tak buat apa dah, cuma pelamin je yang tak pasang2 lagi. Aku set alarm, pukul 1:30 pagi. Bangun2, cepat2 check hp, tak ada sms, tak ada misscall. Call husband sue, nak tanya dah sampai mana. And guess what, dia cakap dekat Nilai. Nak minum2 dulu. Subhanallah. Masa tu jantung da nak tercabut. Apa ke hal nya kata bertolak pukul 10, tapi pukul 1:30 baru sampai Nilai???????? Siap cakap nak minum2 dulu tu. Kalau korang jadik aku, apa perasaan. Lepas tu kalau 1:30 pagi baru sampai Nilai, sampai johor pukul berapa? 4 pagi? siap pasang pelamin pukul berapa? 6 pagi?
Di pendekkan cerita, korang sendiri paham2 lah perasaan aku masa tu. Memang tak boleh tidur dah. Mak suruh solat. Aku solat hajat, solat taubat, dah tiup dah Al-Fatihah dekat suami dia, supaya cubalah faham perasaan aku ni. Berdoa jugak dekat Allah semoga tabah hati menghadapi dugaan… Sedihnya bila ingat balik waktu2 tu. Aku pulak bukan jenis melenting2, ikut hari rasa nak maki hamun je. Tapi tak pandai (T_T)
Pukul 4 pagi, aku call, dekat mana? Nasib baik angkat. Dekat Tangkak. Tercabut jantung lagi. Tangkak – Kluang, lagi dua jam. Abis tu pelamin sampai pukul berapa? 6 pagi? Pasang2 semua, siap pukul berapa? Yang aku geramnya, suami sue, (Afiq) cakap tanpa rasa bersalah. Aku cakap, mana ada orang pasang pelamin pukul 6 pagi.. dia cakap, ‘ha tu aa… tapi nak buat mcm mana kan..’ Subhanallah.. Ada jugak manusia macam ni..
Pukul 5 pagi aku da start mandi, siap2 nak ke tempat kenduri aku. Sampai sana, bridemaids aku semua dah bangun.. Sejuk sikit tengok diorang da start tolong2 kemas barang. Lega aku ada yang bagus macam diorang ni. Dah pukul 6 pagi ni, aku pun call la Afiq. Tak berangkat. Aku call banyak kali. Tak berangkat. Jam da dekat pukul 6:30 pagi. Aku masuk bilik pengantin, solat subuh. Bila solat subuh, mengadu padaNya, aku rasa sebak sangat2. Sangat2. Aku menangis lagi pagi tu. Beristighfar banyak2. Kenapalah diorang tak angkat phone… Pukul 7 pagi, pelamin masih tak di pasang. Majlis start pukul 9 pagi.
Kak Liza, juru mekap aku, dah sampai. Bila dia tau pelamin tak sampai lagi, dia pun risau. Kak Liza sangat2 lah bagus. Aku pun mulakan mekap, dengan pelamin yang masih tak terpasang.
Pukul 7:30 pagi, bridemaid aku bagi tau, ‘Kak Dali, diorang dah sampai’. Ya Allah…………. Leganya subhanallah… Legaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa sangat2. At least diorang datang la kan. Aku memang sangat2 lega. Aku dah malas nak pikir apa dah masa tu. Cuma bila pihak lelaki datang, diorang masih lagi pasang2 pelamin.. malu memang sangat lah malu..
Selesai mekap, aku belum ada kesempatan nak tengok pelamin macam mana, sebab aku mekap dekat tingkat atas. Hopefully, macam yang aku nak.. Bila tok kadi panggil turun, benda first yang aku nak tengok bukanlah Kamil, tapi pelamin. haha. Risau weh masa tu. Tetapi, apakan daya, kecewa. Kecewa. Kecewa. Pelamin tidak seperti yang dijanjikan. Aku bayar RM2500 untuk pelamin di bawah.

Beza tak.. sgt beza. menatang bulu2 tu entah ke mana, meja entah ke mana.. dengan kerusi dah berkulat bagai.. aku tatau la daun2 gantung tu, katanya penuh, aku tengok jarang2 kemain. color dah berwarna warni bagai. caca merba. tolak bunga telur tu, sebab bunga telur yang cantik tu abg n kakak ipar aku yang buat.

Ni bantal berlubang, terbakar bagai dia bagi kat aku..

Tempat merenjis yang dah tertanggal, ada tiga je mangkuk. Patutnya ada 4, suami sue dengan selamba je ckp, ‘patah lagi satu’

Pernah tak rasa geram, yang sampai tak tau nak cakap apa. Dah lah tak angkat phone bila call. Habis majlis, husband confront dekat husband sue. Boleh husband dia cakap, ‘kitorang tatau apa2, kitorang cuma ikut cakap bos je.’ Paling aku geram, dia cakap ‘Saya pun lupa ada kena pasang pelamin hari ni’. Terkejut aku bila dia cakap macam tu. Afiq asyik cakap, apa2 tanya Sue. Saya tak tau apa2. Oh mai. Korang duduk serumah, tidur sekatil kot. And yang aku peliknya, tiap kali aku mintak quotation, Sue akan cakap, kejap kita tanya husband kita dulu. Lepas tu husband dia boleh cakap dia tatau pape pasal bisnes Sue ni. Ya Allah..
Apabila selesai majlis, pelbagai cerita aku dengar pasal Afiq ni. Daripada saudara mara dan rakan2. Walaupun diorang dah trang tang tang datang lewat, masa diorang pasang pelamin tu, kawan aku cakap, diorang tak bersungguh pun nak pasang dengan cepat. Siap ada masa lagi nak berhenti sekejap smoking. Haih.. memang tatau lah nak cakap apa..
Kecewa memang sangat lah kecewa. Sedih. Sedih yang teramat. Tapi benda dah jadi, tak boleh nak ulang balik. Kalau lah boleh di ulang semula, memang aku tak ambik bridal ni. Tak ada satu pun yang bagus. Harga mahal, service teruk. And diorang tak profesional pun. Sebab Sue and husband dia dua2 ada kerja tetap lain. Bridal ni part time je. So memang caca merba la. Ye lah aku ni niat nak tolong member, tapi, ini yang dapat.. Haih…
Mak kata, muhasabah diri. Sekarang ni aku redha. Redha memang redha, tapi bila ingat2 balik, sakit nya hati… itu je hari yang aku ada.. aku memang plan semuanya awal, tapi apakan daya, kita hanya merancang, Tuhan menentukan… At least ada la jugak pelamin kan. Daripada tak ada. It could be worst.. (nak sedapkan hati). Alhamdulillah dah selamat pun jadi isteri orang. Nasihat kepada yang bakal nak berkahwin, tak payah lah nak tolong2 member kalau menda2 macam ni.. banyak lagi cara korang boleh tolong member.. too risky kalau nak involve hari bersejarah korang.. and kena kuat mental bila benda2 macam ni jadi… masa aku meleleh2 air mata meroyan masa pelamin tak sampai2, berapa kali cakap dalam hati, ‘it could be worst’. ulang banyak2 kali. and true, it could be worst.
Member aku cerita, ada sorang pasangan ni pun terkena lebih kurang macam aku. Tapi lagi teruk, siap keluar dekat sinar harian lagi. Saman bagai. Aku ni tak mampu la kan nak kluar dekat sinar harian. Mampu tepek dekat blog sendiri yang ada la 2 org baca seminggu. Kalau ada yang nak share dekat FB, dipersilakan. Apa2 pun, untuk bakal pengantin, berhati2 lah memilih bridal. Jangan sebab nak tolong kawan, diri sendiri tergadai..

So,kepada korang yang merancang untuk berkahwin dan memilih bridal..adalah elok berhati2 dan pilih bridal yang betul2 jujur dan dipercayai.
Zaman sekarang orang hanya fikir duit,tak fikir soal maruah dah...

Sumber : Notes Of Life

Sekian,Wassalam.

Wednesday, June 11, 2014

:: Wordless Wednesday # 32 ::

Views
Assalamualaikum....Cik Ross in the blog!!!




Sekian,Wassalam.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...