Saturday, May 24, 2014

:: Macam Mana Nak Tahu Kedai Guna Pelaris? ::

Views
Assalamualaikum....Haluuu,Cik Ross in the blog!!

Selamat pagi blogger semua...Sudah breakfast??

Korang makan kat kedai atau di rumah??Kalau kat kedai,rasanya elok korang cuba cara mudah untuk kita tahu apakah kedai yang bakal kita masuk membeli makanan itu guna pelaris atau tidak.

Macam yang kita sedia maklum,pelaris adalah haram dan sangat di larang dalam agama Islam.

Sesungguhnya tidak ada kekuasaan bagimu (Syaitan) terhadap hamba-hambaKu, kecuali ke atas mereka yang mengikut kamu, iaitu orang-orang yang sesat”
( Al-Hijr: 42) 
“Sesungguhnya Syaitan itu tidak ada kekuasaannya atas orang-orang yang beriman dan bertawakkal kepada Tuhannya” ( An-Nahl : 99)
“Sesiapa yang mendatangi tukang tilik dan tukang tenung ( bagi mendapatkan bantuan berkaitan ghaib), kemudian mempercayai ramalan si tukang/dukun tadi, maka ia (yang pergi berjumpa itu) telah pun kufur dengan agama Nabi Muhammad SAW ” ( Riwayat Al-Bazar & Abu Ya’la, Albani : Sohih, Ghayatul Maram, no 285)

sumber gambar dari Encik Google

Dalam zaman moden sekarang pun,masih lagi ada orang yang menggunakan pelaris.Tujuannya bermacam2.Semuanya atas niat tertentu.
Nak tahu macam mana kita nak kesan pelaris??
Ini satu petua yang di ajarkan oleh seorang pengamal perubatan Islam.
Cara mudahnya nak tahu kedai itu ada pelaris (Khadam jin), baca Ayat Qursi 3kali di luar dari kedai. 
Sebaiknya semasa dalam kereta. Kemudian buka tingkap dan tiup 7x ke arah kedai. Tak perlulah tiup macam bomoh pooh kiri pooh kanan.he he
Tiup perlahan-lahan sampai habis nafas(mcm ustaz Ismail Kamus ajar)
Sekiranya ada pelaris di kedai tersebut, “khadam” tu akan marah dan kita akan rasa seperti satu angin menerpa ke muka kita. Kalau dah macam tu, eloklah kita jangan makan dikedai tersebut.
Beberapa cara di bawah bolehlah di amalkan untuk mengelak sihir :- 
1) Al-Fatihah.
2) Membaca tiga surah terakhir atau 3 Qul setiap hari.
Ia berdasarkan hadith :
Baginda S.A.W telah berkata kepadaku :
“Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad” (al-ikhlas) dan (surah an-Nas) dan (surah al-falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu”.
( At-Tirmidzi, Bab Doa yang disebut Ketika Ingin Tidur, no 3570 ; Sunan Abu Daud, Bab Apa Yang Dibaca Ketika Subuh, no 5072 ( Nuzhatul Muttaqin, no 1457 , 2/229 )

Copy paste : News@Feryco

2 comments:

Noor Mala Shahar said...

info yang berguna


menabung di sini..

Noor Mala Shahar said...

good info...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...