Wednesday, May 28, 2014

:: Bukan Pak Mat Tempe,Tapi Tempe... ::

Views
Assalamualaikum......Haluuuuuu,Cik Ross in the blog!!!

Siapa sini penggemar makan tempe???

Haaaa,mai kita baca sama2 apa khasiat tempe.




INFO SIHAT - 10 Khasiat Tersembunyi Bagi Penggemar Tempe.

1. Protein yang terdapat dalam tempe sangat tinggi dan ia mudah dicerna baik untuk mengatasi keracunan.

2. Mengandungi zat besi, flafoid yang bersifat antioksidan mampu menurunkan tekanan darah, amat bagus untuk mereka yang menghidapi darah tinggi. 

3. Mengandungi superoksida desmutase yang dapat mengendalikan radikal bebas, baik bagi penderita sakit jantung.

4. Penderita anemia (masalah darah dan berkaitan berat badan). Anemia dikesan apabila kadar hemoglobin rendah kerana kurang zat besi (Fe), tembaga (Cu), zink (Zn), protein, asam folat dan vitamin B12, di mana unsur-unsur tersebut terkandung dalam tempe.

5. Anti infeksi. Hasil soal selidik menunjukkan bahawa tempe mengandungi agen anti bakteria yang dihasilkan oleh karang tempe (R. Oligosporus) merupakan antibiotik yang mengurangkan risiko jangkitan kuman.

6. Daya hipokolesterol. Kandungan asam lemak padat pada tempe bersifat dapat menurunkan kadar kolesterol. Jika anda tidak gemar memakan oat, boleh cuba cara ini!

7. Memiliki sifat anti oksidan, menolak kanser.

8. Mencegah masalah gizi berlebihan (akibat kekurangan dan kelebihan gizi) beserta berbagai penyakit yang berkaitan, baik jangkitan ataupun degeneratif.

9. Mencegah timbulnya hypertension (Simpton cepat marah).

10. Kandungan kalsiumnya yang tinggi, tempe dapat mencegah osteoporosis. Dalam erti kata lain, tempe bagus untuk tulang. Jika anda kurang gemar meminum susu, amalkan pengambilan tempe di dalam menu diet anda.

Siapa kata makanan kampung begini tiada nilai etsentrik?

Ok,lepas ni pakat ramai2 beli tempe dan masak dengan pelbagai cara masakan.Hehehe...


Sumber : Pakar Diari Hati


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...