Friday, April 12, 2013

:: ( GAMBAR ) Cuti2 Sekolah Di Beijing ::

Views
Assalamualaikum.....Haluuuuuu,Cik Ross in the blog!!!

Entri ni sepatutnya saya dah share dengan korang 2minggu lepas.Tapi disebabkan saya sangat2 la sibuk dengan bisnes di Citarasa Anggun ( stok baju dan handbags baru sampai ) dan sibuk juga hal kerja,ia terpaksa saya tangguhkan dulu.

Cuti sekolah yang lalu ( 24hb.Mac - 28hb.Mac.2013 ) saya dan keluarga serta beberapa orang kenalan mama ( hampir 68 orang kesemuanya ) bercuti ke Beijing,China.

Dah lama kami plan sebenarnya selepas balik daripada Turki tahun lepas.So,bila dah plan dan ramai yang bagi respon...apa lagi?!Moh le kita pergi bercuti.Heheheee..

So,meh kita layan gambar2 yang saya nak share dengan korang.


Suasana depan hotel penginapan.
Sessi mencuba teh ( Jasmine,Olong,Pure )

Gambar waktu malam.Yang itu adalah stadium olimpik ( berbentuk sarang burung )

Mari kita rendam kaki ( massage time )

Menu makan malam ( Alhamdulillah,sedap! )

Laluan ke Istana Maharaja

Istana Maharaja

Sepupu-sepapat ( sebelah mama )

Singgahsana Maharaja

Tembok Besar China

Harus berposing ye sebagai bukti dah datang ke Tembok Besar China ni.

Suasana di Beijing

Bangunan yang sangat unik berbentuk telur.

Yang ni adalah kunci2 yang orang2 bangsa asing kunci di Tembok Besar China.Kononnya untuk mengukuhkan dan mengekalkan hubungan cinta mereka.

Sejuk gile ( di Taman untuk Gundik Tersayang )

Taman Gundik Tersayang

Menu makan tengahari ( Alhamdulillah ) Pinggan makan dan cawan memang kecik!!

Unik betul kenderaan ini.

Antara masjid yang ada di Beijing. ( 3 buah masjid je ada )

Pokok yang unik    


Ni aje gambar2 yang saya nak share dengan korang.

Memang best kat sana cuma masalah toilet sahaja.Toilet dorang tiada paip air.Kalau kita sebagai orang melayu Islam,WAJIB bawa botol air kecil ketika masuk ke dalam tandas dorang.

Botol2 di sana sangat2 berharga.Hehehee..Semua pakat sayang pada botol.Kemana sahaja pergi,pasti botol akan bersama.Hahahaaa..

Dan lagi satu,toilet dorang jarang sediakan tisu.So,kalau korang nak bercuti ke negara China perlu membawa tisu sendiri ye.Macam saya,beli tisu paket kecil.Senang untuk di bawa.

Bab makan,Alhamdulillah saya boleh makan.Cuma sesetengah orang tidak suka bau minyak bijan yang dorang pakai.Semua masakan dorang banyak minyak.

Jika nak bawa serunding,adalah digalakkan.Serta makanan sampingan seperti biskut,keropok,mee segera,bubur nasi dan paket air 3 in 1.

Matawang kita lebih tinggi daripada China.So,sangat2 seronok untuk berbelanja!! ( perempuan memang suka )

Masyarakat sana sangat2 serius.Baik dari segi percakapan,muka dan perlakuan.Semuanya gara2 tekanan kehidupan mereka.

Apapun,setelah beberapa negara yang saya pergi bercuti...semenangnya saya sangat2 bersyukur dan rasa bertuah kerana lahir sebagai anak MALAYSIA. 


Sekian,Wassalam.




No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...