Saturday, April 13, 2013

:: Bila Mak Ngah Dipanggil Mak Teh ::

Views
Assalamualaikum.....Haluuuuuu,Cik Ross in the blog!!!

Selamat tengahari dan selamat berhujung minggu.

Entri hari ni mengenai anak saudara menantu sebuah keluarga ni ( ekkk,boleh ke cakap macam tu?Paham tak korang?Contoh la kan,adik mak korang ada anak.Lepas tu anak dia kahwin dan suami/isteri anak mak sedara korang tu ( menantu mak sedara korang ) dan dia jugak anak saudara menantu mak korang.Errr..paham tak?Ke,saya dah membelitkan situasi ni??hahahhaaa.Kalau tak paham,buat2 paham ajelah ye!! )

Kisahnya macam ni.( udah macam nak buat drama pulak!!Hahahahaa )

Adat orang yang baru berkahwin ni,akan berkunjung dan dikira WAJIB la menziarahi sanak-saudara yang ada.Tambah2 lagi sedara yang ada pertalian rapat dan sibuk menolong ketika majlis perkahwinan berlangsung.

Tujuan berkunjung ke rumah saudara-mara ni adalah untuk merapatkan hubungan kekeluargaan selain memperkenalkan ahli baru dalam keluarga besar kita.Betul tak??

Haruslah kenal sesama saudara kan....Nanti kalau TERjumpa kat mana2,kita kenal.Tidak la macam orang asing.Dan kita juga akan tahu apa pertalian dalam keluarga.Nak panggil Paksu ke,Abang Ngah ke,Tok Chik ke...Tidak la nanti orang yang sepatutnya dipanggil Tok,kita panggil Pakcik.Dan gelaran Pak Ngah kita panggil Abang Long.Ye tak??Hehehee..

Tapi,ada sedara ni yang baru kahwin dah tersilap panggil.Orang yang sepatutnya dipanggil Mak Ngah,dia panggil Mak Teh.( boleh pulak buat muka selamba dan tidak bersalah!!Ish3..)

Kenapa jadi begitu??

Haaaaaaaaaaaaaaa..inilah masalahnya apabila lepas aje kahwin,pasangan tidak bawa berkunjung ke rumah saudara.Tempat lain boleh pulak pergi.Tapi,rumah saudara-mara tak boleh.Ish3..

So,sangat2 la tidak beradabnya pasangan ini.Hanya mementingkan diri sendiri dan langsung tidak tahu 'berterima kasih' dengan saudara2 yang telah membantu dalam majlis mereka.

Untuk korang yang belum berkahwin atau yang bakal berkahwin,sila la berkunjung ke rumah saudara tidak kiralah sama ada dia tu rapat atau tidak.Yang pasti,bila korang menziarahi saudara sendiri..mereka akan mendoakan kebahagiaan rumahtangga korang yang baru dibina itu.


Sekian,Wassalam.



1 comment:

wisata outbound said...

nice day:)
saya adalah saya hari ini karena pilihan-pilihan
yang saya kemarin..


bagi-bagi motivasi yaa.. :)


http://wisataoutboundmalang.com/

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...