Saturday, April 13, 2013

:: Bila Mak Ngah Dipanggil Mak Teh ::

Views
Assalamualaikum.....Haluuuuuu,Cik Ross in the blog!!!

Selamat tengahari dan selamat berhujung minggu.

Entri hari ni mengenai anak saudara menantu sebuah keluarga ni ( ekkk,boleh ke cakap macam tu?Paham tak korang?Contoh la kan,adik mak korang ada anak.Lepas tu anak dia kahwin dan suami/isteri anak mak sedara korang tu ( menantu mak sedara korang ) dan dia jugak anak saudara menantu mak korang.Errr..paham tak?Ke,saya dah membelitkan situasi ni??hahahhaaa.Kalau tak paham,buat2 paham ajelah ye!! )

Kisahnya macam ni.( udah macam nak buat drama pulak!!Hahahahaa )

Adat orang yang baru berkahwin ni,akan berkunjung dan dikira WAJIB la menziarahi sanak-saudara yang ada.Tambah2 lagi sedara yang ada pertalian rapat dan sibuk menolong ketika majlis perkahwinan berlangsung.

Tujuan berkunjung ke rumah saudara-mara ni adalah untuk merapatkan hubungan kekeluargaan selain memperkenalkan ahli baru dalam keluarga besar kita.Betul tak??

Haruslah kenal sesama saudara kan....Nanti kalau TERjumpa kat mana2,kita kenal.Tidak la macam orang asing.Dan kita juga akan tahu apa pertalian dalam keluarga.Nak panggil Paksu ke,Abang Ngah ke,Tok Chik ke...Tidak la nanti orang yang sepatutnya dipanggil Tok,kita panggil Pakcik.Dan gelaran Pak Ngah kita panggil Abang Long.Ye tak??Hehehee..

Tapi,ada sedara ni yang baru kahwin dah tersilap panggil.Orang yang sepatutnya dipanggil Mak Ngah,dia panggil Mak Teh.( boleh pulak buat muka selamba dan tidak bersalah!!Ish3..)

Kenapa jadi begitu??

Haaaaaaaaaaaaaaa..inilah masalahnya apabila lepas aje kahwin,pasangan tidak bawa berkunjung ke rumah saudara.Tempat lain boleh pulak pergi.Tapi,rumah saudara-mara tak boleh.Ish3..

So,sangat2 la tidak beradabnya pasangan ini.Hanya mementingkan diri sendiri dan langsung tidak tahu 'berterima kasih' dengan saudara2 yang telah membantu dalam majlis mereka.

Untuk korang yang belum berkahwin atau yang bakal berkahwin,sila la berkunjung ke rumah saudara tidak kiralah sama ada dia tu rapat atau tidak.Yang pasti,bila korang menziarahi saudara sendiri..mereka akan mendoakan kebahagiaan rumahtangga korang yang baru dibina itu.


Sekian,Wassalam.



Friday, April 12, 2013

:: ( GAMBAR ) Cuti2 Sekolah Di Beijing ::

Views
Assalamualaikum.....Haluuuuuu,Cik Ross in the blog!!!

Entri ni sepatutnya saya dah share dengan korang 2minggu lepas.Tapi disebabkan saya sangat2 la sibuk dengan bisnes di Citarasa Anggun ( stok baju dan handbags baru sampai ) dan sibuk juga hal kerja,ia terpaksa saya tangguhkan dulu.

Cuti sekolah yang lalu ( 24hb.Mac - 28hb.Mac.2013 ) saya dan keluarga serta beberapa orang kenalan mama ( hampir 68 orang kesemuanya ) bercuti ke Beijing,China.

Dah lama kami plan sebenarnya selepas balik daripada Turki tahun lepas.So,bila dah plan dan ramai yang bagi respon...apa lagi?!Moh le kita pergi bercuti.Heheheee..

So,meh kita layan gambar2 yang saya nak share dengan korang.


Suasana depan hotel penginapan.
Sessi mencuba teh ( Jasmine,Olong,Pure )

Gambar waktu malam.Yang itu adalah stadium olimpik ( berbentuk sarang burung )

Mari kita rendam kaki ( massage time )

Menu makan malam ( Alhamdulillah,sedap! )

Laluan ke Istana Maharaja

Istana Maharaja

Sepupu-sepapat ( sebelah mama )

Singgahsana Maharaja

Tembok Besar China

Harus berposing ye sebagai bukti dah datang ke Tembok Besar China ni.

Suasana di Beijing

Bangunan yang sangat unik berbentuk telur.

Yang ni adalah kunci2 yang orang2 bangsa asing kunci di Tembok Besar China.Kononnya untuk mengukuhkan dan mengekalkan hubungan cinta mereka.

Sejuk gile ( di Taman untuk Gundik Tersayang )

Taman Gundik Tersayang

Menu makan tengahari ( Alhamdulillah ) Pinggan makan dan cawan memang kecik!!

Unik betul kenderaan ini.

Antara masjid yang ada di Beijing. ( 3 buah masjid je ada )

Pokok yang unik    


Ni aje gambar2 yang saya nak share dengan korang.

Memang best kat sana cuma masalah toilet sahaja.Toilet dorang tiada paip air.Kalau kita sebagai orang melayu Islam,WAJIB bawa botol air kecil ketika masuk ke dalam tandas dorang.

Botol2 di sana sangat2 berharga.Hehehee..Semua pakat sayang pada botol.Kemana sahaja pergi,pasti botol akan bersama.Hahahaaa..

Dan lagi satu,toilet dorang jarang sediakan tisu.So,kalau korang nak bercuti ke negara China perlu membawa tisu sendiri ye.Macam saya,beli tisu paket kecil.Senang untuk di bawa.

Bab makan,Alhamdulillah saya boleh makan.Cuma sesetengah orang tidak suka bau minyak bijan yang dorang pakai.Semua masakan dorang banyak minyak.

Jika nak bawa serunding,adalah digalakkan.Serta makanan sampingan seperti biskut,keropok,mee segera,bubur nasi dan paket air 3 in 1.

Matawang kita lebih tinggi daripada China.So,sangat2 seronok untuk berbelanja!! ( perempuan memang suka )

Masyarakat sana sangat2 serius.Baik dari segi percakapan,muka dan perlakuan.Semuanya gara2 tekanan kehidupan mereka.

Apapun,setelah beberapa negara yang saya pergi bercuti...semenangnya saya sangat2 bersyukur dan rasa bertuah kerana lahir sebagai anak MALAYSIA. 


Sekian,Wassalam.




:: Nak Kahwin Pun Kena Ada Ilmu Tau!!! ::

Views
Assalamualaikum.....Haluuuuuuuuu,Cik Ross in the blog!!!

Kabare??Waras?? ( Oppsss,tercakap jawa plak!!Hehehee.Tak apa la kan.Kita ni kan 1 Malaysia!! )

Siapa yang dah kahwen??Ce ngaku lekaihhhhh!!

Macam mana situasi korang melalui hari pertama atau saat pertama selepas kahwin?Maksud saya,ketika korang mula2 pindah keluar daripada rumah family atau rumah bujang korang?

Apakah korang ( isteri ) ketika itu memang langsung tak tahu masak??Tak kenal mana bawang,mana kunyit,mana jintan manis,bunga lawang...

Dan suami,hanya menjadi 'tuan besar' yang memberi arahan kepada si isteri.


- Gambar sekadar hiasan -


Beberapa hari lepas,saya ada bersembang dengan seorang kawan baik yang mempunyai adik perempuan ( masih baru berkahwin ) yang masih kekok menguruskan rumahtangganya.

Dalam usia yang agak muda ( muda la kan,sebab umur masih 23 tahun ) memegang status isteri orang,kerap call untuk bertanya menu yang perlu dimasaknya.Dan kelengkapan barang dapur ( barang basah ) pun belum lengkap di dalam peti ais.

Apa yang kawan saya cakap pada adiknya,"kahwin pun kena ada ilmu.Bukan nak kerja je kena ada ilmu."Buatkan saya terfikir akan kebenaran kata2 kawan saya ni.

Yelah,kalau dah kahwin tapi masih belum cekap menguruskan rumahtangga...haru juga la mula2 tu sementara nak biasakan diri dengan alam rumahtangga yang masih baru.

Tambah2 lagi perempuan.memanglah kena bijak dalam hal rumahtangga ni.Dari segi memasak,mengemas dan menguruskan kelengkapan suami.

So,lepas ni kepada mereka yang mahu berkahwin...rasanya elok la sangat jika lengkapkan diri dengan ilmu2 rumahtangga.Barulah hidup teratur.

Sekian,Wassalam.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...