Monday, March 18, 2013

:: Ciri2 Najis Yang Ideal ::

Views
Assalamualaikum.....Haluuuuuuuuuu,Cik Ross in the blog!!!

Selamat malam uolssss.

Tajuk entri hari ni maybe agak kurang sopan dan kotor.Tapi,ia penting untuk makluman kita.

So,tanpa berlengah...mai baca apakah yang hendak i ceritakan.

Tersebutlah kisah.....( dengan nada berlagu,OK?!! )

# Ciri-ciri Bentuk dan Warna Najis Yang Ideal #

Tahukah Anda? Tahap kesihatan tubuh badan kita dapat ditentukan melalui bentuk dan warna najis yang dilaburkan di 'bank-bank' yang diiktiraf di tempat anda. Bagaimana ingin mengetahui sama ad
a najis anda menepati ciri-ciri seorang yang sihat atau tidak?

Ciri-ciri najis yang ideal
1. Berwarna kuning keemasan.
2. Kuantitinya antara 2-3 batang berbentuk seperti pisang.
3. Kekerasannya seperti buah pisang dan lembut seperti ubat gigi.
4. Air 80%
5. Keadaan najis itu terapung dalam lubang jamban. Bukan tenggelam.






 Lepas ni, sudah berak jangan terus 'flush'. Hayatilah terlebih dahulu najis anda dalam lubang jamban bagi memastikan najis anda itu ideal atau tidak. Jika najis anda tidak menepati ciri-ciri najis ideal, ini bermakna usus anda bermasalah dan dipenuhi toksin. Cegahlah dengan segera.


 Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud,
"Perut manusia itu tempat segala penyakit, manakala pencegahan itu pokok dari segala pengubatan."
(Hadis Riwayat Ad-Dailami)


 Ok,dah habis baca??

Lepas ni korang jangan lupa nak belek najis korang ye.Hehehehee...



Sumber : Rahsia Perut Menawan


Sekian.Wassalam.




 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...