Friday, February 22, 2013

:: Tubuh Sensasi Peminat Hati Lelaki?? ::

Views


Assalamualaikum.....Haluuuuuuuuuuuu,Cik Ross in the blog!!!

Selamat malam uolssss..

Lama sungguh tak jenguk blog ni.Serius,sangat2 sibuk pulak tahun ni untuk update entri.Huhuuuuu...

Dah baca tajuk entri saya kali ni??Haaaa,sure korang suka!!Kan??Kan??Kan???Hehehe ( macam gatal je bunyi )


- gambar sekadar hiasan -


Tubuh yang cantik dan menawan sudah pasti menjadi idaman setiap wanita. Terutama sekali, apabila majlis perkahwinan bersama teruna tersayang yang bakal dilangsungkan tidak lama lagi.”

Anda ingin memiliki tubuh menawan dan cantik memikat?
Di sini ada beberapa tip yang bakal merealisasikan impian anda menjadi kenyataan.
 
1. Anggap tubuh sebagai ‘Teman Rapat’
‘Sayangi tubuh anda’, begitulah perumpamaan yang sesuai untuk memiliki tubuh sensasi. Anda perlu menjaga tubuh dengan perawatan mandian berserta losyen yang bakal mencantikkan tubuh. Anggaplah tubuhmu seperti teman rapat. Pasti anda tidak menginginkan sesuatu yang buruk
diberikan pada tubuh.

2. Tubuh adalah ‘Kenderaan’ anda
Ke mana sahaja anda pergi, tubuh akan dibawa bersama. Sekiranya tubuh anda sakit, segala pekerjaan dan pergerakan akan terhalang. Pastikan tubuh sentiasa sihat dengan pemakanan yang baik! Amalkan penjagaan kecantikan juga.

3. Manjakan tubuh dengan sesuatu yang baik
Hargai tubuh dengan memanjakan diri di Spa yang dapat menenangkan tubuh, di samping merehatkan minda. Sekiranya tubuh tidak dibelai, anda akan tertekan dan seterusnya menyebabkan kulit tubuh menjadi kusam serta tidak bermaya.

4. Ah, Tak Mengapa Sekiranya ‘Gemuk’
Setiap insan memiliki perwatakan serta bentuk tubuh yang berbeza. Tidak mengapa sekiranya status ‘gemuk’ itu sebenarnya terletak pada berat badan yang ideal. Ada sesetengahnya memiliki tubuh yang agak rendah dan tampak berisi, walaupun beratnya tidak melebihi BMI. Yang penting, anda sihat dan ceria!

5. Cari seni tubuhmu
Sudah tentu anda mempunyai kebolehan yang tersendiri. Kenali dan selidiki kelebihan tubuh. Anda mungkin seseorang yang memiliki tubuh seperti ahli balet, tekwando, silat atau model. Sedarilah, tidak semua insan memiliki seni tubuh seperti itu. Itulah kelebihan anda!

6. Lihat kenyataan dalam kehidupan
Elakkan dari khayalan yang beremosi dan tidak pasti ketentuannya. Usaha yang jitu diperlukan untuk memiliki tubuh yang cantik. Apa kata anda melatih diri untuk bersenam setiap hari di waktu pagi dan petang. Tubuh sensasi pasti menjadi milik anda ketika itu.

Info Tambahan
Selain daripada tip yang diberikan di atas, anda perlu berfikiran positif, di samping berusaha untuk memiliki tubuh sensasi. Selain itu, anda juga perlu memiliki ciri-ciri seperti :
• Berani dengan apa yang anda miliki.
• Lihatlah tubuh di cermin.
• Senaraikan kecantikan untuk tubuhmu.
• Hormati kelebihan yang ada pada tubuh.
• Belilah pakaian dalam yang menarik dan cantik untuk tubuh.
• Bersenam dengan rasa cinta pada tubuh.
• Lihat apa yang tubuh anda mampu lakukan.


sumber : pesonapengantin


Sekian,Wassalam.


1 comment:

hamzah ian said...

idaman setiap lelaki.. haha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...