Thursday, August 15, 2013

:: Duit Raya Budak Dulu Dan Duit Raya Budak Sekarang ::

Views
Assalamualaikum......Haluuuuuu,Cik Ross in the blog!!!

Morning!!

Dah sarapan??

Apakah anda ada yang berpuasa sunat 6 Syawal?

Walaupun kita masih lagi dalam mood raya,tapi jangan sesekali lupa diri ye.Kalau ada kesempatan dan kelapangan,elok sangat la buat puasa sunat itu.Dapat pahala ( kalau buat ) Kalau tak nak buat pun tak apa.Tapi,korang tak dapat pahala laaaa.Hehehe...

Sebut pasal raya,automatik akan ingat pasal duit raya.So,korang yang dah beso panjang ni apakah masih ada yang dapat duit raya tersesat dari sedara-mara??Ngeh3...

Sekarang ni,budak2 sibuk nak beraya sebab nak kumpul duit raya untuk beli barang2 idaman dorang.Setuju tak???

Tapi,beza dengan duit raya budak2 zaman dulu.Duit raya akan disimpan dalam bank untuk kegunaan masa hadapan.Kan?????

Saya ni,tak berapa nak suka kalau duit raya digunakan untuk membeli gadget atau apa2 sahaja barang yang teringin nak ada.Sebab pada saya,membazir sahaja.Barang2 tu semua akan rosak dan kesudahannya....cik pah (tong sampah) jugak yang dapat.

Tapi,pada sesetengah pendapat pulak duit raya kalau beli2 barang tak apa daripada habis dengan beli mercun.Errmm...ni lagi la kan,tak boleh diterima.Ibarat macam bakar duit aje.Huhuhuu..

Apa pun,fikirlah untuk faedah diri sendiri.

Sekian,Wassalam.



Monday, August 5, 2013

:: Betullah Kata Orang!! ::

Views
Assalamualaikum......Haluuuuuuuu,Cik Ross in the blog!!!

Tak mahu panjang2 bermukaddimah.

Sekadar nak share apa yang selalu saya perhatikan dan alami sendiri.

Betullah kata orang."Kalau kita asyik mengata orang,lama2 perkara yang kita kata tu akan terkena diri kita semula!"

Siapa setuju???Please LIKE dan Komen!!!

Sekian,Wassalam...




Saturday, April 13, 2013

:: Bila Mak Ngah Dipanggil Mak Teh ::

Views
Assalamualaikum.....Haluuuuuu,Cik Ross in the blog!!!

Selamat tengahari dan selamat berhujung minggu.

Entri hari ni mengenai anak saudara menantu sebuah keluarga ni ( ekkk,boleh ke cakap macam tu?Paham tak korang?Contoh la kan,adik mak korang ada anak.Lepas tu anak dia kahwin dan suami/isteri anak mak sedara korang tu ( menantu mak sedara korang ) dan dia jugak anak saudara menantu mak korang.Errr..paham tak?Ke,saya dah membelitkan situasi ni??hahahhaaa.Kalau tak paham,buat2 paham ajelah ye!! )

Kisahnya macam ni.( udah macam nak buat drama pulak!!Hahahahaa )

Adat orang yang baru berkahwin ni,akan berkunjung dan dikira WAJIB la menziarahi sanak-saudara yang ada.Tambah2 lagi sedara yang ada pertalian rapat dan sibuk menolong ketika majlis perkahwinan berlangsung.

Tujuan berkunjung ke rumah saudara-mara ni adalah untuk merapatkan hubungan kekeluargaan selain memperkenalkan ahli baru dalam keluarga besar kita.Betul tak??

Haruslah kenal sesama saudara kan....Nanti kalau TERjumpa kat mana2,kita kenal.Tidak la macam orang asing.Dan kita juga akan tahu apa pertalian dalam keluarga.Nak panggil Paksu ke,Abang Ngah ke,Tok Chik ke...Tidak la nanti orang yang sepatutnya dipanggil Tok,kita panggil Pakcik.Dan gelaran Pak Ngah kita panggil Abang Long.Ye tak??Hehehee..

Tapi,ada sedara ni yang baru kahwin dah tersilap panggil.Orang yang sepatutnya dipanggil Mak Ngah,dia panggil Mak Teh.( boleh pulak buat muka selamba dan tidak bersalah!!Ish3..)

Kenapa jadi begitu??

Haaaaaaaaaaaaaaa..inilah masalahnya apabila lepas aje kahwin,pasangan tidak bawa berkunjung ke rumah saudara.Tempat lain boleh pulak pergi.Tapi,rumah saudara-mara tak boleh.Ish3..

So,sangat2 la tidak beradabnya pasangan ini.Hanya mementingkan diri sendiri dan langsung tidak tahu 'berterima kasih' dengan saudara2 yang telah membantu dalam majlis mereka.

Untuk korang yang belum berkahwin atau yang bakal berkahwin,sila la berkunjung ke rumah saudara tidak kiralah sama ada dia tu rapat atau tidak.Yang pasti,bila korang menziarahi saudara sendiri..mereka akan mendoakan kebahagiaan rumahtangga korang yang baru dibina itu.


Sekian,Wassalam.



Friday, April 12, 2013

:: ( GAMBAR ) Cuti2 Sekolah Di Beijing ::

Views
Assalamualaikum.....Haluuuuuu,Cik Ross in the blog!!!

Entri ni sepatutnya saya dah share dengan korang 2minggu lepas.Tapi disebabkan saya sangat2 la sibuk dengan bisnes di Citarasa Anggun ( stok baju dan handbags baru sampai ) dan sibuk juga hal kerja,ia terpaksa saya tangguhkan dulu.

Cuti sekolah yang lalu ( 24hb.Mac - 28hb.Mac.2013 ) saya dan keluarga serta beberapa orang kenalan mama ( hampir 68 orang kesemuanya ) bercuti ke Beijing,China.

Dah lama kami plan sebenarnya selepas balik daripada Turki tahun lepas.So,bila dah plan dan ramai yang bagi respon...apa lagi?!Moh le kita pergi bercuti.Heheheee..

So,meh kita layan gambar2 yang saya nak share dengan korang.


Suasana depan hotel penginapan.
Sessi mencuba teh ( Jasmine,Olong,Pure )

Gambar waktu malam.Yang itu adalah stadium olimpik ( berbentuk sarang burung )

Mari kita rendam kaki ( massage time )

Menu makan malam ( Alhamdulillah,sedap! )

Laluan ke Istana Maharaja

Istana Maharaja

Sepupu-sepapat ( sebelah mama )

Singgahsana Maharaja

Tembok Besar China

Harus berposing ye sebagai bukti dah datang ke Tembok Besar China ni.

Suasana di Beijing

Bangunan yang sangat unik berbentuk telur.

Yang ni adalah kunci2 yang orang2 bangsa asing kunci di Tembok Besar China.Kononnya untuk mengukuhkan dan mengekalkan hubungan cinta mereka.

Sejuk gile ( di Taman untuk Gundik Tersayang )

Taman Gundik Tersayang

Menu makan tengahari ( Alhamdulillah ) Pinggan makan dan cawan memang kecik!!

Unik betul kenderaan ini.

Antara masjid yang ada di Beijing. ( 3 buah masjid je ada )

Pokok yang unik    


Ni aje gambar2 yang saya nak share dengan korang.

Memang best kat sana cuma masalah toilet sahaja.Toilet dorang tiada paip air.Kalau kita sebagai orang melayu Islam,WAJIB bawa botol air kecil ketika masuk ke dalam tandas dorang.

Botol2 di sana sangat2 berharga.Hehehee..Semua pakat sayang pada botol.Kemana sahaja pergi,pasti botol akan bersama.Hahahaaa..

Dan lagi satu,toilet dorang jarang sediakan tisu.So,kalau korang nak bercuti ke negara China perlu membawa tisu sendiri ye.Macam saya,beli tisu paket kecil.Senang untuk di bawa.

Bab makan,Alhamdulillah saya boleh makan.Cuma sesetengah orang tidak suka bau minyak bijan yang dorang pakai.Semua masakan dorang banyak minyak.

Jika nak bawa serunding,adalah digalakkan.Serta makanan sampingan seperti biskut,keropok,mee segera,bubur nasi dan paket air 3 in 1.

Matawang kita lebih tinggi daripada China.So,sangat2 seronok untuk berbelanja!! ( perempuan memang suka )

Masyarakat sana sangat2 serius.Baik dari segi percakapan,muka dan perlakuan.Semuanya gara2 tekanan kehidupan mereka.

Apapun,setelah beberapa negara yang saya pergi bercuti...semenangnya saya sangat2 bersyukur dan rasa bertuah kerana lahir sebagai anak MALAYSIA. 


Sekian,Wassalam.




:: Nak Kahwin Pun Kena Ada Ilmu Tau!!! ::

Views
Assalamualaikum.....Haluuuuuuuuu,Cik Ross in the blog!!!

Kabare??Waras?? ( Oppsss,tercakap jawa plak!!Hehehee.Tak apa la kan.Kita ni kan 1 Malaysia!! )

Siapa yang dah kahwen??Ce ngaku lekaihhhhh!!

Macam mana situasi korang melalui hari pertama atau saat pertama selepas kahwin?Maksud saya,ketika korang mula2 pindah keluar daripada rumah family atau rumah bujang korang?

Apakah korang ( isteri ) ketika itu memang langsung tak tahu masak??Tak kenal mana bawang,mana kunyit,mana jintan manis,bunga lawang...

Dan suami,hanya menjadi 'tuan besar' yang memberi arahan kepada si isteri.


- Gambar sekadar hiasan -


Beberapa hari lepas,saya ada bersembang dengan seorang kawan baik yang mempunyai adik perempuan ( masih baru berkahwin ) yang masih kekok menguruskan rumahtangganya.

Dalam usia yang agak muda ( muda la kan,sebab umur masih 23 tahun ) memegang status isteri orang,kerap call untuk bertanya menu yang perlu dimasaknya.Dan kelengkapan barang dapur ( barang basah ) pun belum lengkap di dalam peti ais.

Apa yang kawan saya cakap pada adiknya,"kahwin pun kena ada ilmu.Bukan nak kerja je kena ada ilmu."Buatkan saya terfikir akan kebenaran kata2 kawan saya ni.

Yelah,kalau dah kahwin tapi masih belum cekap menguruskan rumahtangga...haru juga la mula2 tu sementara nak biasakan diri dengan alam rumahtangga yang masih baru.

Tambah2 lagi perempuan.memanglah kena bijak dalam hal rumahtangga ni.Dari segi memasak,mengemas dan menguruskan kelengkapan suami.

So,lepas ni kepada mereka yang mahu berkahwin...rasanya elok la sangat jika lengkapkan diri dengan ilmu2 rumahtangga.Barulah hidup teratur.

Sekian,Wassalam.



Monday, March 18, 2013

:: Ciri2 Najis Yang Ideal ::

Views
Assalamualaikum.....Haluuuuuuuuuu,Cik Ross in the blog!!!

Selamat malam uolssss.

Tajuk entri hari ni maybe agak kurang sopan dan kotor.Tapi,ia penting untuk makluman kita.

So,tanpa berlengah...mai baca apakah yang hendak i ceritakan.

Tersebutlah kisah.....( dengan nada berlagu,OK?!! )

# Ciri-ciri Bentuk dan Warna Najis Yang Ideal #

Tahukah Anda? Tahap kesihatan tubuh badan kita dapat ditentukan melalui bentuk dan warna najis yang dilaburkan di 'bank-bank' yang diiktiraf di tempat anda. Bagaimana ingin mengetahui sama ad
a najis anda menepati ciri-ciri seorang yang sihat atau tidak?

Ciri-ciri najis yang ideal
1. Berwarna kuning keemasan.
2. Kuantitinya antara 2-3 batang berbentuk seperti pisang.
3. Kekerasannya seperti buah pisang dan lembut seperti ubat gigi.
4. Air 80%
5. Keadaan najis itu terapung dalam lubang jamban. Bukan tenggelam.






 Lepas ni, sudah berak jangan terus 'flush'. Hayatilah terlebih dahulu najis anda dalam lubang jamban bagi memastikan najis anda itu ideal atau tidak. Jika najis anda tidak menepati ciri-ciri najis ideal, ini bermakna usus anda bermasalah dan dipenuhi toksin. Cegahlah dengan segera.


 Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud,
"Perut manusia itu tempat segala penyakit, manakala pencegahan itu pokok dari segala pengubatan."
(Hadis Riwayat Ad-Dailami)


 Ok,dah habis baca??

Lepas ni korang jangan lupa nak belek najis korang ye.Hehehehee...



Sumber : Rahsia Perut Menawan


Sekian.Wassalam.




 

Friday, February 22, 2013

:: Tubuh Sensasi Peminat Hati Lelaki?? ::

Views


Assalamualaikum.....Haluuuuuuuuuuuu,Cik Ross in the blog!!!

Selamat malam uolssss..

Lama sungguh tak jenguk blog ni.Serius,sangat2 sibuk pulak tahun ni untuk update entri.Huhuuuuu...

Dah baca tajuk entri saya kali ni??Haaaa,sure korang suka!!Kan??Kan??Kan???Hehehe ( macam gatal je bunyi )


- gambar sekadar hiasan -


Tubuh yang cantik dan menawan sudah pasti menjadi idaman setiap wanita. Terutama sekali, apabila majlis perkahwinan bersama teruna tersayang yang bakal dilangsungkan tidak lama lagi.”

Anda ingin memiliki tubuh menawan dan cantik memikat?
Di sini ada beberapa tip yang bakal merealisasikan impian anda menjadi kenyataan.
 
1. Anggap tubuh sebagai ‘Teman Rapat’
‘Sayangi tubuh anda’, begitulah perumpamaan yang sesuai untuk memiliki tubuh sensasi. Anda perlu menjaga tubuh dengan perawatan mandian berserta losyen yang bakal mencantikkan tubuh. Anggaplah tubuhmu seperti teman rapat. Pasti anda tidak menginginkan sesuatu yang buruk
diberikan pada tubuh.

2. Tubuh adalah ‘Kenderaan’ anda
Ke mana sahaja anda pergi, tubuh akan dibawa bersama. Sekiranya tubuh anda sakit, segala pekerjaan dan pergerakan akan terhalang. Pastikan tubuh sentiasa sihat dengan pemakanan yang baik! Amalkan penjagaan kecantikan juga.

3. Manjakan tubuh dengan sesuatu yang baik
Hargai tubuh dengan memanjakan diri di Spa yang dapat menenangkan tubuh, di samping merehatkan minda. Sekiranya tubuh tidak dibelai, anda akan tertekan dan seterusnya menyebabkan kulit tubuh menjadi kusam serta tidak bermaya.

4. Ah, Tak Mengapa Sekiranya ‘Gemuk’
Setiap insan memiliki perwatakan serta bentuk tubuh yang berbeza. Tidak mengapa sekiranya status ‘gemuk’ itu sebenarnya terletak pada berat badan yang ideal. Ada sesetengahnya memiliki tubuh yang agak rendah dan tampak berisi, walaupun beratnya tidak melebihi BMI. Yang penting, anda sihat dan ceria!

5. Cari seni tubuhmu
Sudah tentu anda mempunyai kebolehan yang tersendiri. Kenali dan selidiki kelebihan tubuh. Anda mungkin seseorang yang memiliki tubuh seperti ahli balet, tekwando, silat atau model. Sedarilah, tidak semua insan memiliki seni tubuh seperti itu. Itulah kelebihan anda!

6. Lihat kenyataan dalam kehidupan
Elakkan dari khayalan yang beremosi dan tidak pasti ketentuannya. Usaha yang jitu diperlukan untuk memiliki tubuh yang cantik. Apa kata anda melatih diri untuk bersenam setiap hari di waktu pagi dan petang. Tubuh sensasi pasti menjadi milik anda ketika itu.

Info Tambahan
Selain daripada tip yang diberikan di atas, anda perlu berfikiran positif, di samping berusaha untuk memiliki tubuh sensasi. Selain itu, anda juga perlu memiliki ciri-ciri seperti :
• Berani dengan apa yang anda miliki.
• Lihatlah tubuh di cermin.
• Senaraikan kecantikan untuk tubuhmu.
• Hormati kelebihan yang ada pada tubuh.
• Belilah pakaian dalam yang menarik dan cantik untuk tubuh.
• Bersenam dengan rasa cinta pada tubuh.
• Lihat apa yang tubuh anda mampu lakukan.


sumber : pesonapengantin


Sekian,Wassalam.


Tuesday, February 12, 2013

:: Majlis Perkahwinan : Apa Yang Kamu Mahu? ::

Views
Assalamualaikum...........Haluuuuuuu,Cik Ross in the blog!!!

Hai uolsss...

Ini adalah entri pertama untuk tahun 2013.Hahahaaa..

Otak dah beku tahap dewa!!!!

Memandangkan bulan Februari ni tersangat banyaklah orang yang kahwin,so saya buat la entri ini.( Orang yang buat entri ni masih belum sampai jodoh lagi...Hehehe )

Majlis perkahwinan abad ini,saya lihat dan perhati terlalu banyak melakukan pembaziran.Setuju??

Antaranya,buat pelamin mahal2 dan besar2 ( gila vouge dan meriah ),Deejay yang melagho ( melalaikan ) sebab pasang lagu tidak berunsur agama ( nasyid atau zikir2 ) siap dengan set karaoke,baju pengantin yang mahal2,goodies beg ( cenderahati untuk tetamu yang isi dalamnya tidak mendatangkan faedah ),kameramen yang ramai ( kalah artis,you!! ) dan macam2 lagi la...( korang boleh fikir sendiri )


- gambar sekadar hiasan ( kredit to beautifulnara ) -


Bila di pandang dalam aspek agama dan kehidupan,apa sebenarnya yang korang mahu jika mengadakan majlis tersebut??

Apakah mahu orang puji ( wahhhh,glamour gile majlis dia ni!!! ) atau korang mahu orang fikir ( banyaknya duit  keluarga dan pengantin.Buat majlis besar2.Mesti depanya orang kaya!! ) ataupun korang mahu berlawan dengan orang ( kau ingat,kau je yang boleh buat majlis besar2 dan mahal2?? )

Berkatkah majlis dan perkahwinan pengantin jika terlalu banyak membuat pembaziran???

Sesunguhnya,Allah tidak suka kepada mereka yang mengikut amalan syaitan ( membazir ).

Fikir2kan......



Sekian,Wassalam.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...