Monday, December 31, 2012

:: Redup Di Hujung2 Tahun 2012 ::

Views
Assalamualaikum.......Haluuuuuu,Cik Ross in the blog!!!

Dari pagi sampai la sekarang,cuaca mendung dan hujan renyai2.Seolah2 sedih untuk meninggalkan tahun 2012 ini.



Korang dah ada azam untuk tahun 2013??

Mai la kita share azam tu!!!

2013 yang akan datang beberapa jam lagi ni,saya mengharapkan akan ada perubahan status relationship saya dengan si dia saya.( Mudah2an,InsyaAllah )

Saya berharap juga,kehidupan saya di tahun 2013 akan lebih baik daripada kehidupan tahun 2012.

Saya tahu,semua orang mahu yang baik2 dan terbaik untuk life sendiri.Apapun,jangan kerana terlalu mengejar kemajuan atau kebaikan sehingga kita tidak sengaja menindas atau melakukan sesuatu yang buruk.

Ok??

Sekian,Wassalam.


:: Rahsia Punggung Dan Personaliti Anda ::

Views
Assalamualaikum......Haluuuuuuuuuu,Cik Ross in the blog!!!

Kabare??Waras??? ( Hohohohoo,tetiba cakap jawa plak pagi ni.Hehehe.Apa nak dikisahkan.Kita ni kan 1 Malaysia.)

Korang ada belek2 punggung korang tak kat depan cermin pagi ni atau sebelum2 ni?

Sure korang tak pernah terfikir untuk belek.Kan???Kan???Kan??Hehehe...

Ok,lepas ni korang dok depan cermin dan belek ye sebab saya nak share info pasal punggung ni.Ngeh3...




Punggung dan paha merupakan pusat segala pergerakan badan. Ia menentukan cara kita bergerak memajukan diri kita dalam kehidupan. Seperti anggota lain bentuk punggung juga boleh mengupas rahsia personaliti seseorang. Terdapat 5 bentuk punggung  iaitu bulat, seimbang,  rata, besar dan tinggi. Jom tengok yang  mana satu kah anda.
1. Bulat
Individu yang mempunyai punggung yang bulat adalah seseorang yang berjiwa kental, idealistik, periang, sentiasa bersemangat, pandai mengawal perbelanjaan, suka bersosial dan boleh bergaul dengan sesiapa sahaja. Dia juga seorang yang kuat dalam  mengharungi segala cabaran hidup sama ada cabaran yang baik atau yang buruk.
2. Seimbang
Paha dan punggungnya seimbang. Tidak terlalu besar. Tidak terlalu kecil. Tidak terlalu bulat dan tidak terlalu rata. Pemiliknya dikatakan seorang yang tenang dan pemurah. Bakal ibu dan bapa yang baik. Merupakan seorang ibu yang sangat penyayang dan jika pemilik merupakan lelaki dia boleh menjadi seorang bapa yang jelas pemikiran ke mana hala tuju keluarganya dan sangat berjaya dalam kerjayanya. Perjalanan hidup teratur tanpa banyak masalah dan stabil.
3. Tinggi
Punggung tinggi ke atas. Orang ini dikatakan mempunyai daya seks yang sangat tinggi. Sangat disukai ramai. Tidak kisah dengan kata-kata negative orang lain. Hatinya tidak mudah sensitif dengan kata-kata yang diluahkan orang lain. Suka berseronok. Orang jenis ini suka melakukan sesuatu mengikut hati dan perasaan bukan fikiran dan ini menyebabkannya sukar mendapat status tinggi dalam masyarakat.
4. Besar
Pemilik punggung besar dan paha besar seorang yang romantik,subur dan sihat. Mereka merupakan individu yang penuh penuh rasa cinta. Sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai cita-cita. Ceria, pemurah dan bijak menguruskan kewangan. Baginya tidak ada yang mustahil dan segalanya boleh diatasi. Sentiasa mengukur kejayaan diri dengan jumlah harta dan wang yang mampu dikumpulkan.
5. Rata
Punggungnya rata atau hampir samarata dengan badan. Ia melambangkan empunya diri yang lurus, bijak danterlalu idealistik. Seorang yang tidak pandai mencari peluang berniaga. Jika perempuan, ia dikatakan tidak subur dan tidak mempunyai anak lebih dari satu. Tidak mempunyai perancangan masa depan yang jelas. Terlalu berserah kepada keadaan tanpa ada insiatif untuk memajukan diri.
Mungkin tidak tepat 100%, tapi selalunya akan mengena sedikit sebanyak dengan personaliti kita yang sebenar. Jadi yang mana satukah anda?
 
Ha,apa tunggu lagi???

Cepat2 pergi belek punggung korang atau punggung si dia yang korang minat dalam diam!!Hohohooo...

Sekian,Wassalam.



Sumber : Penpatah





Wednesday, December 26, 2012

:: Bila Dah Membesar Di Bandar,Barulah kita Hargai Kampung ::

Views
Assalamualaikum.......Haluuuuu,Cik Ross in the blog!!!

Hai.morning!!!

Gile lama tak update entri dalam blog ni.Serius sangat2 sibuk dan tak ada masa untuk fokus pada blog ni.Huhuhuuu...

Last week,saya dan parents sempat balik ke kampung.Memang tak ada dalam plan untuk balik ke kampung baba yang terletak di utara Semenanjung Malaysia ( Perlis ).

Bila dah baba ajak balik kampung,memang macam berat hati sikit sebab bosan ( tak ada geng untuk sembang ) tapi dalam masa yang sama,seronok sebab dapat jumpa tok saudara dan saudara2 yang dah lama tak jumpa.( Harus kena kenal dengan saudara untuk merapatkan silaturrahim dan tahu mereka itu saudara kita.Takut nanti,TERkahwin dengan saudara sendiri yang kita tak pernah kenal.)

Perjalanan antara Taiping ke Perlis mengambil masa lebih kurang dalam 3 jam ( ni cara baba drive dengan kelajuan 90 - 100km/j dan akan berhenti rehat di R&R Gurun. )

Bila dah sampai di kampung,serius...memang sangat2 teruja dan exited bila pandang sawah yang terbentang luas di depan mata.

Apa lagi,bila dah exited.."mama,jom kita bergambar!"


- Sawah di depan rumah sepupu baba -


Sebelum balik Taiping,kami singgah solat sunat di Masjid Al-Hussain Kuala Perlis ( Masjid terapung ) berhampiran dengan jeti ke Pulau Langkawi.

  
 - Masjid Terapung,Kuala Perlis -


Bila dah selesai beli ole2,kami balik melalui tepi laut.Perrggghhh,memang best gile la.Tenang dan damai je sepanjang jalan.Rasa hilang semua masalah dan tekanan.


- Laut Kuala Perlis -

Ok,bye3 Perlis!!

Panjang umur,kita jumpa lagi!!!!



Sekian,Wassalam.





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...