Wednesday, September 26, 2012

:: Wordless Wednesday # 31 ::

Views
Assalamualaikum......Haluuuuuuu,Cik Ross in the blog!!!



Sekian,Wassalam....




Monday, September 24, 2012

:: Lilin Pada Mee Segera??? ::

Views
Assalamualaikum......Haluuuuu,Cik Ross in the blog!!!

Korang suka makan mee segera???

Semua orang suka makan mee segera.Terutama bila poket dah susut duit atau dalam keadaan darurat ( malas nak keluar rumah mencari makanan.)

Tahukah korang mee segera yang anda makan dilapisi lilin (wax) bagi menghalangnya melekat dan nampak lebih cantik semasa korang memasaknya.

Tubuh kita pula memerlukan 4-5 hari untuk mengeluarkannya dari sistem pencernaan kita.

Jadi apa yang perlu anda lakukan untuk mengurang risiko lilin di dalam mee segera yang anda makan? Jika anda terpaksa makan mee segera ikutilah langkah berikut:Masak mee segera dalam periuk.


1. Bila sudah masak, toskan air bagi membuang kandungan lilin. Bilas dengan air biasa bagi memastikan baki lilin betul-betul hilang.


2. Masukkan mee tadi ke dalam bekas yang mengandungi air panas sebelum memasukkan bahan perasa yang disediakan.

Makan seperti biasa.Apa pun nasihat dari saya yang juga seorang penggemar mee segera,eloklah kurangkan kebiasaan memakan mee segera terutama bagi mereka yang masih bersekolah.




sumber : Penpatah 


 

Sunday, September 23, 2012

:: Layak Ke Dia Dipanggil Kawan?? ::

Views
Assalamualaikum......Haluuuuuuuuuuu,Cik Ross in the blog!!!

Dah lama tak update blog!Rindu gile sehhhhh,tapi idea kering kontang.So,memang tak boleh buat apa2 la..huhuhuuu..


Sampaikan ada yang tegur,saya dah lama tak update blog!!Addoooiii...nak buat macam mana,memang dah puas diperah2 otak untuk keluarkan idea.Tapi,still jugak tak ada.Huhuhuuu ( kesian sama saya kan??!! )


So,malam ni idea dah datang walaupun kisah/cerita yang saya nak update ni dah 2-3 minggu yang lepas.Tak pe la kan...( janji aku update entri yang dah berkurun tak update )


Kisah ni pasal sorang kawan saya yang memang suka jugak la bertanya,bila saya mahu kahwin?!


Agak rimas bila orang sekeliling pulak yang sibuk bertanya.Padahal,mama dan baba sendiri tak pernah tanya bila anak dara bongsu dorang ni nak kahwin?!Pelik....tapi,itulah lumrah kehidupan manusia yang sentiasa sibuk pasal orang!!!!


Kawan saya ni,dah kahwin 2 tahun lepas dan dah pun dikurniakan cahayamata.Bila soalan yang saya paling tak suka diajukan,saya pun menjawab.."insyaAllah hujung tahun depan or awal tahun 2014 sebab si dia saya tu masih belajar.So,bagi dia kerja dulu la."


Boleh pulak kawan saya ni balas,"lambat lagi...Eh,nak tanya satu soalan ni.Tapi jangan marah ye!"

Saya dengan baik dan lemah-lembutnya membalas,"ok.Apa dia?"

"Hang percaya ke?kalau nanti hang tunggu dia tapi dia kahwin dengan orang lain.Kita ni makin tua.Lelaki tak apa."

Perrggghhh,gila babun la bila saya dengar soalan dia tu.Tiba2 rasa macam darah naik ke kepala!!Memang cari nahas laaaaa perempuan ni.

Saya pun dengan tenang jawab,"insyaAllah..aku pegang pada jodoh.Ada jodoh,ada la sebab jodoh ni kan urusan Allah.Kita usaha,tp Allah tentukan.Jodoh lewat pun,ada hikmahnya.Sekarang ni,baru aku 'kuat'.Aku dah sedia untuk kecewa.Dalam perkahwinan pun ada jugak perceraian.So..apa la sangat dengan hubungan couple.Bila kita dah sanggup terima 1 ikatan/hubungan..kita kena sanggup terima kekecewaan."

"Jangan ingat...perkahwinan tu dah SELAMAT!Kahwin pun leh cerai",sekali lagi saya tekankan kepada dia tentang Qada' dan Qadar Allah.

Saya sangat kecewa apabila kawan saya yang sorang ni berkata begitu kepada saya.Pada saya,sebagai seorang kawan yang baik...dia seharusnya mendoakan saya supaya cepat berkahwin.Bukannya meng'api'kan saya.

Bila saya bersembang dengan kawan2 lain,semua cakap dia tu tak patut cakap macam tu kepada saya.Semua ini adalah takdir Allah.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...