Friday, July 6, 2012

:: Kalau Sayang........ ::

Views
Assalamualaikum.......Haluuuuu,Cik Ross in the blog!!!

Semalam cuti,hari ni pun cuti.Addduuuuusss,bahagianya rasa!!!Hehehhee..Saje apply cuti yang masih bersaki-baki untuk tahun ni.

Sayang.Apa yang korang tahu dan faham mengenai perasaan sayang?

Semua orang ada perasaan sayang.Sayang kepada keluarga,sayang kepada pasangan,sayang kepada Allah.

Tapi,berapa ramai yang betul2 menghargai perasaan sayang itu?

Maksud saya,apa yang korang akan buat kalau korang betul2 sayang kepada sesorang itu?Pastinya korang sanggup lakukan apa sahaja untuk dia.Betul tak??

Tapi,itu hanyalah jika dia masih bernyawa dan berada di depan mata.

Macam mana pula kalau orang yang korang sayang itu dah meninggal dunia?

Macam mana korang nak lahirkan perasaan sayang korang tu kepada dia??

Mama dan baba selalu pesan,kalau betul sayangkan sesorang yang dah meninggal...rajin2 la sedekahkan Al-Fatihah dan sekali-sekala buat kenduri untuk dia.Bersedekah untuk dia.Dan jangan tinggalkan solat ( jika dia adalah ibu atau bapa kita ).

Hanya itu sahaja cara yang boleh kita 'tunjukkan' perasaan sayang kita itu.


1 comment:

Syazwan Che Deraman said...

selalu solat, berdoa untuk ibu bapa,
tanda kasih sayang dibawa ke syurga.

lama tak singgah sini.

Halooooo.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...