Saturday, July 21, 2012

:: Bermulalah Episod Puasa,Sakit Pun Datang Laaaaa ::

Views
Assalamualaikum.....Haluuuuu,Cik Ross in the blog!!!

Siang tadi,semua umat Islam mula berpuasa.Bagi yang uzur,dikecualikan untuk berpuasa tapi harus diganti puasanya itu ye!Jangan nak ngelat2 atau malas untuk ganti puasa!WAJIB tau!!!!


- sumber google -


So,bermulalah juga beg plastik hitam untuk bungkus makanan kepada pembeli Islam yang tidak berpuasa di kedai2 makan yang menjual kepada orang yang tidak berpuasa.

Selain beg plastik hitam,tirai juga disediakan untuk mereka yang tidak berpuasa itu makan di kedai makan ye.Kononnya tirai tu nak 'cover' orang tu laaaa,tapi dorang lupa yang ALLAH tetap lihat walau macam mana dorang 'cover' pun!Duduk la dalam bilik ke,dalam rumah ke...tetap ALLAH 'tahu' dan 'nampak'.

Bila bulan Ramadhan ni,tidak kisah dah.Kedai cina ke,india ke...tibai semacam je!!!

Kalau bulan lain,kemain lagi.Tak halal la...tak bersih la...macam2 aje alasan!

Dan yang paling sedih,bukan kanak2 yang tak puasa.Tapi,orang tua yang pangkat 'datuk orang'.Dan beruban,selamba je makan!Ish3....Ke manakah hilangnya perasaan malu dorang ni???

Bila ditanya,"kenapa tidak puasa?"Senang je jawapannya,"gastrik."

Aiikkk,bulan lain tidak pulak datang sakit 'gastrik'.

Dunia ini hanya sementara.Dan pinjaman daripada Allah untuk kita.Tapi,kalau dah leka dengan dunia sehingga abaikan akhirat ( perintah Allah )...Nauzubillah.




1 comment:

cikji said...

kesian kt gastrikkk asyik jd mangsa je :(

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...