Sunday, July 22, 2012

:: Cerekarama TV3 : Perempuan Neraka ::

Views
Assalamualaikum.......Haluuuuuuuu,Cik Ross in the blog!!!

Malam tadi,siapa yang tonton cerekarama di tv3 "Perempuan Neraka"??



Apa yang boleh korang katakan tentang drama tu?

Saya mula2,tengok drama tu sambil mengadap lappy ( FB la tu ).

Tapi,bila dah mula tengok memang menarik dan tertarik.Jalan cerita pun best!

Kesian suami ( Hashim ) yang di control isteri ( Intan ).Kerja penat2,duit hasil titik peluh sendiri tak dirasa.Isteri habiskan dan merasa nikmat duit suami.Dah tu,masak bekal untuk suami pun hanya telur goreng je.Layan suami,macam suami tu tak ada nafsu dan perasaan!

Nauzubillah......

Saya tak mahu jadi macam tu.Saya sayang bakal suami saya!InsyaAllah saya mahu jadi isteri yang solehah untuk suami.Ibu yang mithali untuk zuriat kami.( gatai la niiiiiii )

Tapi,apa yang dipaparkan drama tu memang ada berlaku.Tambah2 zaman sekarang ni ( akhir zaman ).


:: Terawikh ke,Tarawih?? ::

Views
Assalamualaikum......Haluuuuuuu,Cik Ross in the blog!!!

Sedar tak sedar,dah 2 malam kita dapat menunaikan solat sunat tarawih.Alhamdulillah,Allah masih lagi beri kita nikmat untuk menunaikan solat sunat itu yang hanya sebulan untuk setahun.

Sebenarnya,kadang2 orang ni suka salah faham.Bagi mereka,solat sunat tarawih ni hanya boleh dilakukan di masjid/surau sahaja.Kalau tak pergi masjid/surau,maknanya kita tak boleh nak bersolat sunat tarawih.

Padahal,kat rumah atau di mana sahaja kita boleh melakukannya.Cuma bezanya pahala jemaah kita tidak dapat jika melakukannya berseorangan di rumah.Lainlah kalau berimam!

So,lepas ni jangan silap2 atau salah faham ye!



Saturday, July 21, 2012

:: Bermulalah Episod Puasa,Sakit Pun Datang Laaaaa ::

Views
Assalamualaikum.....Haluuuuu,Cik Ross in the blog!!!

Siang tadi,semua umat Islam mula berpuasa.Bagi yang uzur,dikecualikan untuk berpuasa tapi harus diganti puasanya itu ye!Jangan nak ngelat2 atau malas untuk ganti puasa!WAJIB tau!!!!


- sumber google -


So,bermulalah juga beg plastik hitam untuk bungkus makanan kepada pembeli Islam yang tidak berpuasa di kedai2 makan yang menjual kepada orang yang tidak berpuasa.

Selain beg plastik hitam,tirai juga disediakan untuk mereka yang tidak berpuasa itu makan di kedai makan ye.Kononnya tirai tu nak 'cover' orang tu laaaa,tapi dorang lupa yang ALLAH tetap lihat walau macam mana dorang 'cover' pun!Duduk la dalam bilik ke,dalam rumah ke...tetap ALLAH 'tahu' dan 'nampak'.

Bila bulan Ramadhan ni,tidak kisah dah.Kedai cina ke,india ke...tibai semacam je!!!

Kalau bulan lain,kemain lagi.Tak halal la...tak bersih la...macam2 aje alasan!

Dan yang paling sedih,bukan kanak2 yang tak puasa.Tapi,orang tua yang pangkat 'datuk orang'.Dan beruban,selamba je makan!Ish3....Ke manakah hilangnya perasaan malu dorang ni???

Bila ditanya,"kenapa tidak puasa?"Senang je jawapannya,"gastrik."

Aiikkk,bulan lain tidak pulak datang sakit 'gastrik'.

Dunia ini hanya sementara.Dan pinjaman daripada Allah untuk kita.Tapi,kalau dah leka dengan dunia sehingga abaikan akhirat ( perintah Allah )...Nauzubillah.




Tuesday, July 17, 2012

:: Ramadhan Is Coming ::

Views
Assalamualaikum........Haluuuuuuuuu,Cik Ross in the blog!!!

Sila kira dengan jari berapa hari lagi kita nak sambut bulan Ramadhan!

Sila kira,berapa jam lagi kita akan berada di bulan Ramadhan!


- sumber google -


Bahagia dan bertuahnya kita masih bernafas di saat ini ( tak tahu,sempat atau tidak menyambut Ramadhan sebab lagi 3 hari je lagi.Macam2 boleh berlaku.Kita tidak tahu )

Bila sebut pasal Ramadhan dan puasa,teringat pulak kepada anak2 murid saya di sekolah.Masing2 sibuk mengira hari nak puasa.

Tapi,yang paling best apabila dorang cakap,"nak makan puas2 sebab nanti dah puasa,tak boleh nak makan dah!!"dengan muka selamba dan bersungguh-sungguh.

Addooooi,sabar jelah dengan dorang ni.Tapi,itu kalau budak2 yang usia mereka belum matang dan boleh berfikir.

Macam mana pulak kalau orang dewasa macam kita ni ( eh2,dah dewasa ke??masih muda remaja sebab belum kahwin!!!hahahaaa ) bercakap macam tu!

Tidakkah ia nampak macam lawak dan orang yang bercakap tu,seolah tidak cerdik dalam soal puasa!!( burok beno perangai!!! )




Friday, July 6, 2012

:: Kalau Sayang........ ::

Views
Assalamualaikum.......Haluuuuu,Cik Ross in the blog!!!

Semalam cuti,hari ni pun cuti.Addduuuuusss,bahagianya rasa!!!Hehehhee..Saje apply cuti yang masih bersaki-baki untuk tahun ni.

Sayang.Apa yang korang tahu dan faham mengenai perasaan sayang?

Semua orang ada perasaan sayang.Sayang kepada keluarga,sayang kepada pasangan,sayang kepada Allah.

Tapi,berapa ramai yang betul2 menghargai perasaan sayang itu?

Maksud saya,apa yang korang akan buat kalau korang betul2 sayang kepada sesorang itu?Pastinya korang sanggup lakukan apa sahaja untuk dia.Betul tak??

Tapi,itu hanyalah jika dia masih bernyawa dan berada di depan mata.

Macam mana pula kalau orang yang korang sayang itu dah meninggal dunia?

Macam mana korang nak lahirkan perasaan sayang korang tu kepada dia??

Mama dan baba selalu pesan,kalau betul sayangkan sesorang yang dah meninggal...rajin2 la sedekahkan Al-Fatihah dan sekali-sekala buat kenduri untuk dia.Bersedekah untuk dia.Dan jangan tinggalkan solat ( jika dia adalah ibu atau bapa kita ).

Hanya itu sahaja cara yang boleh kita 'tunjukkan' perasaan sayang kita itu.


Wednesday, July 4, 2012

:: Saya Masih Belum Bersedia :

Views
Assalamualaikum.....Haluuuuuu,Cik Ross in the blog!!!

Tengah hari semalam,kami mendapat panggilan telefon mengatakan adik lelaki baba yang berada di Miri,Sarawak telah kembali ke Rahmatullah.( Innalillah..... )

Pak Njang saya sememangnya tidak berapa sihat dan baru lepas menjalani pembedahan masukkan semula ususnya.

Bila saya kenangkan,kasihan kepada anak2nya yang masih belum 'lepas' berumahtangga walaupun ketiga-tiga anaknya telah habis belajar dan sudah bekerja.

Bayangkan,hari Isnin ( 2hb.Julai ) anaknya menghantar sms kepada baba mengatakan ayahnya telah keluar hospital dan pulang ke rumah.Dan semalam ( 3hb.Julai ) dia telah meninggal dunia di rumahnya.

Sangat2 terkejut dan ia memang diluar jangkaan.Tapi,itulah 'kuasa' Allah dan sememangnya ajal telah tiba.Tidak akan lewat walaupun seminit.

Tak dapat saya bayangkan jika saya berada dalam situasi mereka.

Ya Allah,sesungguhnya hambaMu ini masih belum bersedia untuk kehilangan insan2 yang saya disayangi.




:: Wordless Wednesday # 29 ::

Views
Assalamualaikum.....Haluuuuuuu,Cik Ross in the blog!!!



Sekian,Terima kasih.

Wassalam.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...