Sunday, May 20, 2012

:: Facebook Buat Kita Jadi Busy Body ::

Views
Assalamualaikum......Haluuuuuuu,Cik Ross in the blog!!!

Kadang2 antara kita sedar atau tidak,sebenarnya kewujudan laman sosial seperti facebook atau apa2 sahaja yang berkaitan dengan teknologi membuatkan kita lebih peka ( bukan pekak ) dengan dunia.

Dan antara kita sedar atau tidak juga,facebook sebenarnya membuatkan kita menjadi seorang yang busy body!

Semua cerita pasal mereka yang menjadi 'kawan' dalam friend list,kita tahu dan kita baca.Tak perlu pergi ke wall 'kawan' kita tu,kita dah boleh baca apa yang telah dia update.

- Contoh sahaja -


Bagi sesetengah orang,mungkin sekadar membaca dan tidak ambil kisah tentang apa yang telah di update oleh 'kawan' tersebut.Tapi,untuk orang yang memang nak ambil kisah dan nak ambil tahu...dia akan menyelidik dan kadang2 akan sibuk 'mengorek rahsia hati' orang tersebut sampai kita tahu hal sebenar.

Tepuk dada,tanyalah diri sendiri!!!


p/s-suka facebook dahulu kala!




Wednesday, May 16, 2012

:: Selamat Hari Guru ::

Views
Assalamualaikum.......Haluuuuuuuu,Cik Ross in the blog!!!

"Guru invatif melonjakkan transformasi pendidikan negara"

Besarnya jasa guru.Sama besarnya tugas dan tanggungjawab ibubapa.Tanpa guru yang mendidik kita,kita tak akan jadi seperti sekarang ( pandai mengeja,menulis dan membaca serta mempunyai berkerjaya bagus.)



TERIMA KASIH saya ucapkan kepada semua guru2 yang pernah mendidik saya,melayan kerenah saya ketika belajar.Jasa kalian memang tidak terbalas!!!

Semoga Allah merahmati dan memberkati kehidupan semua warga pendidik!!!


Saturday, May 12, 2012

:: Nak Cari Suami/Isteri Tak Perlu Kacak/Lawa ::

Views
samAssalamualaikum......Haluuuuuu,Cik Ross in the blog!!!

Manusia ni,memang sifatnya ada kelebihan dan kekurangan.Walaupun kita tahu hakikat itu,tapi kita ni still nak cari yang perfect!!

Setuju???

Ramai yang nak mencari pasangan yang sempurna dalam semua hal.Nak yang ada harta,penampilan yang menarik,fizikal yang menarik dan comel.Macam2 la lagi,kehendak yang kadang2 melebihi kewarasan akal.

Apa yang saya perhatikan,kalau seseorang itu kacak/lawa sebelum kahwin...selepas kahwin,pasti rupanya menarik itu akan hilang.


Jika fizikal yang dicari untuk ciri2 menjadi suami/isteri...baiklah dilupakan sahaja niat murni yang tak berapa suci murni tu.Kecantikan fizikal akan hilang dan takkan kekal selamanya.

Tapi,jika 'kecantikan' agama yang dicari...insyaAllah ia akan kekal dan kehidupan rumahtangga akan bahagia.

Selain daripada agama,asas rumahtangga juga perlu tahu ( terutamanya untuk bakal isteri ) bab memasak,mengemas,membasuh pakaian.

Kadang2 manusia ni,hanya cantik diluar sahaja.Tapi di dalam rumah...MasyaAllah,punya la 'cantik' sampai tak boleh nak pasti antara pakaian bersih dengan pakaian kotor.

Sampaikan kadang2 baju yang tak berlipat hampir sama tinggi orang berdiri.Macam mana tu??

Fikir2kan....



Thursday, May 10, 2012

:: Spontaneous Thursday # 19 ::

Views
Assalamualaikum......Haluuuuuu,Cik Ross in the blog!!!

Hadiah yang terbaik daripada seorang anak adalah mendoakan kesejahteraan kedua ibubapanya.


:: Spontaneous Thursday # 18 ::

Views
Assalamualaikum......Haluuuuuuu,Cik Ross in the blog!!!

Kehidupan kita akan jadi baik,selesa,dan aman apabila kita melakukan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya.



:: Budak2 Memang Suka Buat Corak ::

Views
Assalamualaikum......Haluuuu,Cik Ross in the blog!!!

Corak!

Apa yang korang akan fikir bila sebut pasal corak??

Lukisan??Contengan???

Ingat tak,masa kita darjah 1,2 dan 3 ( katogeri budak sekolah rendah ) memang suka buat corak bila di akhir latihan yang cikgu bagi.Betul tak??

Sampai sekarang,memang budak2 sekolah rendah sangat suka buat corak.Kalau cikgu tak cakap pun,dorang tetap akan buat jugak!

Budak2 ni sememangnya suka mewarna dan melukis.Apa yang dorang buat adalah hasil daripada kreativiti seni mereka.

- hasil corak yang anak murid saya buat -



Sunday, May 6, 2012

:: Budak2 Sekolah Memang Suka Buat Buku Biodata ::

Views
Assalamualaikum.....Haluuuu,Cik Ross in the blog!!!

Kelmarin,kawan baik saya masa sekolah menengah 'tag' 1 gambar kepada saya di mukabuku.Bila saya lihat gambar yang dia 'tag' tu...tersenyum sorang2.Ketawa sendiri.

Biodata yang kami pernah tulis masa zaman sekolah menengah sebelum tamat persekolahan SPM 2001.( perrggghh,lama gile!!)

Lawak pun ada bila baca semula apa telah kami tulis.Macam2 yang ditulis,dihajat...hehehee..Ada yang biodata tu dah jadi esei dan karangan pulak!Panjang berjela sampai 3 muka surat.Ntah apa la yang dimerapu dan dimerepek dulu.Hahahahhaaaa...

Biodata ni sebenarnya bagus dibuat untuk kenangan.Terutamanya untuk mereka yang akan meninggalkan zaman persekolahan.










Ni semua kenangan manis ketika sekolah.Sekarang,dah tak boleh nak lalui semuanya.Masing2 dah ada life sendiri.Dah jadi isteri dan mak orang.Sibuk dengan kehidupan rumahtangga sendiri.Yang bujang pun tinggal 3 orang aje daripada 9 orang geng kami.



Thursday, May 3, 2012

:: Hasil 'Sentuhan' Saya ::

Views
Assalamualaikum......Haluuuuuu,Cik Ross in the blog!!!

Inilah hasil 'sentuhan' saya apabila adik angkat yang merangkap bff saya mahu berkahwin pada 2hb.Jun ini.

Tema hantaran adalah warna purple yang menjadi 'kegilaan' adik kesayangan saya ni.




So,macam mana??Cantik tak????




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...