Wednesday, April 4, 2012

:: Kan Aku Dah Cakap Dah....... ::

Views
Assalamualaikum......Haluuuuuu,Cik Ross in the blog!!!

Zaman sekarang ni,kalau tak ada simpanan RM 30 ribu tak payah la nak gatai2 pergi meminang anak dara orang!

Bila keluarga atau bakal isteri korang letak hantaran mahal2,mula la meraban nak cari duit atau bank yang boleh buat pinjaman!Lepas tu mula nak cari sponsor!!( kau ingat korang tu artis???VVIP??? )

Maklum saja la,orang sekarang ni letak hantaran mahal2 sebab duit hantaran tu untuk makan2 kenduri dan tak perlu nak tambah duit yang banyak.

Lagi satu yang saya dok perhati,barangan hantaran pun bukan main moden.Nak iPad la...DSLR la,Blackberry la..

Lepas tu,pelamin nak gah penuh rumah atau dewan.Kononnya kahwin ni sekali seumur hidup!Buatnya lepas kahwin cerai,lepas tu kahwin lagi....apa kes???

Tak tahu la kenapa.Kadang2 hantaran,mas kahwin,pelamin dan benda2 lain simple2 je.Tapi dah katering pulak mahal.Nak buat macam mana,kos barang semua mahal.Tak boleh nak salah tauke katering jugak!Siapa yang nak rugi kalau berniaga?!

Oleh sebab itu,kita perlu menabung dan jimatkan kos perbelanjaan seharian kita.

Baik perempuan atau lelaki,sama2 kena berjimat dan beringat!





1 comment:

cik comey said...

nak kawin punyer la susah..tp nk bercerai sekelip mata jer...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...