Monday, April 16, 2012

:: Jangan Solat Hanya Sebab Nak Kahwin Aje ::

Views
Assalamualaikum......Haluuuu,Cik Ross in the blog!!!

Solat lima waktu adalah tiang agama untuk setiap umat Islam.Ia adalah perintah Allah yang WAJIB dilakukan.

Setiap kali melakukan perintah Allah itu kita akan mendapat pahala dan iman kita akan bertambah.

Walaupun ramai dan hampir semua umat Islam tahu akan WAJIBnya kita menunaikan solat lima waktu sehari,tapi masih juga yang meninggalkan ia.

Kenapa???

Mengapa???

Tepuk dada,tanyalah hati.

Beberapa minggu yang lepas ( hampir sebulan dah laaaaaa kot ),saya ada ber'sms dengan seorang kenalan lelaki yang dah lama saya kenal.Dan saya juga tahu sedikit sebanyak tentang latar belakang dan peribadinya.

Mulanya saya la yang sms dia,untuk wish "Tahniah" sebab dia bakal bertunang dengan gadis pilihan hatinya ( saya pun kenal bakal tunang dia ni ).

Kemudian,melalut la 3,4 sms kami bercerita tanpa suara.Kebetulan,masuk waktu Maghrib.Dan dia meminta izin untuk stop sms.

- Gambar hiasan ( sumber google ) -


Yang menarik hati saya adalah ayat sms dia lebih kurang macam ni,"ok la,nak solat dulu.Maklumlah dan nak kahwin..kenalah solat!"

Bila baca sms dia tu,saya terfikir.....apakah dia solat sebab nak kahwin aje??

Apapun,saya berharap..dia ikhlas dalam menunaikan ibadah solat itu kerana Allah dan bukan sebab nak kahwin semata-mata.





3 comments:

Camy Alya said...

dia bergurau je kott. :)

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said...

hehe.. yup. setuju ngan camy alya... die bergurau je kut.. untuk menunjukkan die xriak :)

Ezad Skytech said...

mungkin salah paham tu kot...kita kena la bersangka baik kan..:D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...