Wednesday, April 11, 2012

:: Gegaran Yang Aku Rasa ::

Views
Assalamualaikum.....Haluuuuuuuu,Cik Ross in the blog!!!

Korang rasa gegaran tak???

Yang pasti,dalam facebook dah kecoh.Pakat2 merasai gegaran!!

Petang tadi kira2 jam 4.45petang,masa baca paper,baba ke dapur selepas selesai solat.Tiba2 rasa goyang.Ingatkan perasaan saya je,bila tanya mama dan baba yang berada di dapur.."ada rasa goyang tak,mama?"

"Haaaa,ada!"

"Makin kuat la goyang ni...."Baba pulak bersuara.



Saya dah risau.Mama yang nak makan biskut cicah air Milo dah 'mati' selera.

"Sliding goyang!!!Lampu gantung pun bergoyang.Pasu pokok kaktus mama kat luar goyang la maaaaa"beritahu saya.

Aku dan mama diam,membaca surah2 lazim yang boleh dibaca.Baba terus azan.

Lama jugak la gegaran yang kami rasai.Kira2 hampir 2 atau 3 minit.

Lepas habis rasa gegaran,saya mesej sepupu yang merangkap share partner bisnes saya di KL.Rupanya dia pun rasa juga gegaran tu.

Sepupu beritahu gempa di Acheh sebenarnya yang berpotensi untuk tsunami.Nauzubillah......

Ya Allah,selamatkanlah hamba2Mu.




1 comment:

kaishin said...

cik ross rasa juga eh..mesti cuak kan :(

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...