Sunday, April 29, 2012

:: Pakai Seterika Pun Bolehhhhhh ::

Views
Assalamualaikum......Haluuuuuuu,Cik Ross in the blog!!!

Lepas ni,kedai rambut pasti akan tutup perniagaan mereka kerana pelanggan2 mereka sudah menemui cara bagaimana hendak menjimatkan duit untuk teknik rebonding rambut.

Penemuan yang paling mudah,jimat dan senang adalah seperti gambar di bawah.

- Kredit to Anak-Anak Negeri Sembilan -


Apakah anda berani buat sebegini di rumah???Fikir2 la ye....Hehehehee.




:: Jom Join Bloglist Cik Mai ::

Views
Assalamualaikum.......Haluuuuu,Cik Ross in the blog!!!

Malam ini saya sangat rajin berblogwalking.So,terjumpalah entri segmen bloglist daripada blog Aisyah Humaira'.


- Klik banner untuk join -

Moh kita join bloglist Cik Mai ni ramai2.Tarikh tutup segmen adalah pada 7hb.Mei.2012 ini.

Kalau korang tak nak terlepas,cepat2 la join!!!!


Thursday, April 26, 2012

:: Anak Murid Bikin Aku Keras Perut ::

Views
Assalamualaikum........Haluuuuuuu,Cik Ross in the blog!!!

Hari ni sebelum balik,seperti biasa semua anak2 murid saya akan beratur dan mengikut arahan saya untuk keluar daripada kelas.

Masing2 memang kalut nak balik walaupun dorang tahu semua orang akan balik!!Hahahahaa..


- Sumber google -


Tiba2....2 orang pelajar lelaki yang paling akhir keluar kelas kecoh.Lagak dorang macam berperang mulut.

Pelajar 1 : Dia cium orang!!

Pelajar 2 : Mana ada!!!Dia bohong!!! ( menafikan tuduhan si kawan )

Saya : Ha??? ( mesti melawak ni,sebab pelajar 1 tersenyum )

Pelajar 2 : Dia bohong!!!

Saya : Bohong ke,tipu??

Pelajar 2 : Bohong!!!

Saya : ( menggeleng2kan kepala.Ketawa sendiri-hahahhahahaa )


Bukankah sama maksud bohong dan tipu tu???

Ish3...sabar jelah anak2 murid saya ni.Macam2 kerenah dan perangai.Pasti nanti saya akan merindui kenangan mengajar dan kenangan bersama anak2 murid apabila saya tidak mengajar lagi.





Thursday, April 19, 2012

:: Segmen Cik Ross : BLOG AKU TAK POPULAR ::

Views
Assalamualaikum.....Haluuuuuu,Cik Ross in the blog!!!

Segmen yang mudah untuk blogger2.Saya tak suka nak menyusahkan blogger2 sebab saya paham 'feel' blogger yang 'rajin' macam saya!Hehehehee....

Nak join???

Mudah aje...




1. Copy paste header saya tu.

2. Buat entri "Segmen Cik Ross:BLOG AKU TAK POPULAR"

3. Dalam entri tu hanya bagi link blog korang aje.

4. Dah siap,bagi link entri tu kat kotak komen entri saya ni semula.

5. DONE!


Tarikh tutup penyertaan adalah jam 10malam bertarikh 20hb.April.2012 ( esok la tu )


* Blog yang join,akan saya tempek senarai di blog saya selama 7 hari.

Wednesday, April 18, 2012

:: Conteng2 Tapak Tangan,Nanti Banyak Hutang ::

Views
Assalamualaikum......Haluuuuuuu,Cik Ross in the blog!!!

Masa kecil2 dulu,suka sangat conteng2 tapak tangan.Kadang2 tulis nombor telefon atau apa2 yang penting di tapak tangan sebab tak jumpa kertas.



Sebenarnya,saya dah lama tak conteng atau menulis di tapak tangan selepas kawan2 saya ( zaman sekolah rendah ) beritahu kalau kita conteng tapak tangan,nanti kita akan banyak hutang!

Bila dan banyak kali terdengar kawan2 cakap macam tu,memang saya tak buat dah!!!

Gile taksub dengan cakap kawan2.Hahahahaaaa...Insaf habissssssss kot!!!





Monday, April 16, 2012

:: Jangan Solat Hanya Sebab Nak Kahwin Aje ::

Views
Assalamualaikum......Haluuuu,Cik Ross in the blog!!!

Solat lima waktu adalah tiang agama untuk setiap umat Islam.Ia adalah perintah Allah yang WAJIB dilakukan.

Setiap kali melakukan perintah Allah itu kita akan mendapat pahala dan iman kita akan bertambah.

Walaupun ramai dan hampir semua umat Islam tahu akan WAJIBnya kita menunaikan solat lima waktu sehari,tapi masih juga yang meninggalkan ia.

Kenapa???

Mengapa???

Tepuk dada,tanyalah hati.

Beberapa minggu yang lepas ( hampir sebulan dah laaaaaa kot ),saya ada ber'sms dengan seorang kenalan lelaki yang dah lama saya kenal.Dan saya juga tahu sedikit sebanyak tentang latar belakang dan peribadinya.

Mulanya saya la yang sms dia,untuk wish "Tahniah" sebab dia bakal bertunang dengan gadis pilihan hatinya ( saya pun kenal bakal tunang dia ni ).

Kemudian,melalut la 3,4 sms kami bercerita tanpa suara.Kebetulan,masuk waktu Maghrib.Dan dia meminta izin untuk stop sms.

- Gambar hiasan ( sumber google ) -


Yang menarik hati saya adalah ayat sms dia lebih kurang macam ni,"ok la,nak solat dulu.Maklumlah dan nak kahwin..kenalah solat!"

Bila baca sms dia tu,saya terfikir.....apakah dia solat sebab nak kahwin aje??

Apapun,saya berharap..dia ikhlas dalam menunaikan ibadah solat itu kerana Allah dan bukan sebab nak kahwin semata-mata.





Wednesday, April 11, 2012

:: Gegaran Yang Aku Rasa ::

Views
Assalamualaikum.....Haluuuuuuuu,Cik Ross in the blog!!!

Korang rasa gegaran tak???

Yang pasti,dalam facebook dah kecoh.Pakat2 merasai gegaran!!

Petang tadi kira2 jam 4.45petang,masa baca paper,baba ke dapur selepas selesai solat.Tiba2 rasa goyang.Ingatkan perasaan saya je,bila tanya mama dan baba yang berada di dapur.."ada rasa goyang tak,mama?"

"Haaaa,ada!"

"Makin kuat la goyang ni...."Baba pulak bersuara.



Saya dah risau.Mama yang nak makan biskut cicah air Milo dah 'mati' selera.

"Sliding goyang!!!Lampu gantung pun bergoyang.Pasu pokok kaktus mama kat luar goyang la maaaaa"beritahu saya.

Aku dan mama diam,membaca surah2 lazim yang boleh dibaca.Baba terus azan.

Lama jugak la gegaran yang kami rasai.Kira2 hampir 2 atau 3 minit.

Lepas habis rasa gegaran,saya mesej sepupu yang merangkap share partner bisnes saya di KL.Rupanya dia pun rasa juga gegaran tu.

Sepupu beritahu gempa di Acheh sebenarnya yang berpotensi untuk tsunami.Nauzubillah......

Ya Allah,selamatkanlah hamba2Mu.




Monday, April 9, 2012

:: Apabila Solat 'Jatuh' Ke Tempat Kedua ::

Views
Assalamualaikum.........Haluuuuuuuuu,Cik Ross in the blog!!!

Duit dengan solat lima waktu,mana lebih penting???

Tentu korang akan jawab,kedua2nya sama penting!

Betul tu.


- sumber google -


Tapi sebagai hamba Allah yang hidup di dunia yang hanya 'pinjaman' semata2,solat lima waktu adalah keutamaan.


- sumber google -


Tapi,apa yang saya lihat adalah orang zaman sekarang lebih berlumba2 dan membanggakan duit daripada solat lima waktu.

Parents yang nak mencari calon menantu pun akan 'pandang' kepada duit dulu,baru berkenan nak buat menantu.Camne tu???

Memanglah zaman sekarang ni memerlukan duit untuk kehidupan.Tapi,duit bukanlah bekalan akhirat dan pengukuhan 'iman'.

Setuju????



:: Monday Blues ::

Views
Assalamualaikum......Haluuuuuu,Cik Ross in the blog!!!

Siapa suka hari Isnin???

Angkat tangan,dan mengaku cepat!!!

Saya boleh andaikan dan buat ramalan mengatakan semua orang sangat2 'suka' dan 'seronok' apabila tiba hari Isnin.Hahahaaa...



Maklumlah...masing2 'rindu' dengan pejabat/sekolah dan suasana kerja/belajar.Hehehehe..( ngonon aje la ekk?! )

Lepas tu mula la buat hajat merepek dan merapu,"cepat la hari Jumaat!" atau..."kan best kalau keje 2 hari,5 hari cuti" ataupun..."kan best kalau aku tak payah kerja.Duit datang terbang kat aku!!"



Sunday, April 8, 2012

:: Wahai Penunggang Motor,Tahukah Di Mana Lorong Sebenar Anda? ::

Views
Assalamualaikum.............Haluuuuuuu,Cik Ross in the blog!!!

Baba saya selalu merepek kepada penunggang motorsikal bila dia sedang memandu.

Bukan merepek sebab dorang ajak race,tapi merepek sebab dorang ni bawa motor dok lorong kereta.Padahal,lorong motor telah disediakan khas untuk dorang!Cuma dorang je tak tahu guna ( ye ke,tak tahu atau saja buat2 tak tahu?? )


Bahaya apabila mereka menunggang di laluan kereta.Maklum sahaja la,peratus untuk kemalangan motor ni adalah tinggi.

Kadang2 yang memandu kereta pulak 'takut' dengan penunggang motor.Semata2 untuk mengelakkan kemalangan.

So,wahai penunggang motorsikal...kembali la ke lorong anda sebenar.Hehhehee..



Thursday, April 5, 2012

:: "SEGMEN NASZ : SPONTAN" ::

Views
Assalamualaikum......Haluuuuu,Cik Ross in the blog!!!


 - Klik untuk join -


 Naser cakap.... tulis satu ayat yang terpancul dari otak korang bila ternampak segmen ni.

Ayat saya adalah seperti di bawah :-
 
" Segmen spontan yang macam mana tu?? "


 Segmen ni sampai malam ni (5hb April 2012) jam 11 malam.









:: Spontaneous Thursday # 17 ::

Views
Assalamualaikum.....Haluuuuuu,Cik Ross in the blog!!!

Kita TIDAK akan memahami/mengetahui jika tidak melaluinya. ( masalah/pengalaman)




Wednesday, April 4, 2012

:: Kan Aku Dah Cakap Dah....... ::

Views
Assalamualaikum......Haluuuuuu,Cik Ross in the blog!!!

Zaman sekarang ni,kalau tak ada simpanan RM 30 ribu tak payah la nak gatai2 pergi meminang anak dara orang!

Bila keluarga atau bakal isteri korang letak hantaran mahal2,mula la meraban nak cari duit atau bank yang boleh buat pinjaman!Lepas tu mula nak cari sponsor!!( kau ingat korang tu artis???VVIP??? )

Maklum saja la,orang sekarang ni letak hantaran mahal2 sebab duit hantaran tu untuk makan2 kenduri dan tak perlu nak tambah duit yang banyak.

Lagi satu yang saya dok perhati,barangan hantaran pun bukan main moden.Nak iPad la...DSLR la,Blackberry la..

Lepas tu,pelamin nak gah penuh rumah atau dewan.Kononnya kahwin ni sekali seumur hidup!Buatnya lepas kahwin cerai,lepas tu kahwin lagi....apa kes???

Tak tahu la kenapa.Kadang2 hantaran,mas kahwin,pelamin dan benda2 lain simple2 je.Tapi dah katering pulak mahal.Nak buat macam mana,kos barang semua mahal.Tak boleh nak salah tauke katering jugak!Siapa yang nak rugi kalau berniaga?!

Oleh sebab itu,kita perlu menabung dan jimatkan kos perbelanjaan seharian kita.

Baik perempuan atau lelaki,sama2 kena berjimat dan beringat!





Sunday, April 1, 2012

:: Akibat Menjawab Panggilan Ketika Di Cas ::

Views
Assalamualaikum........Haluuuuuuu,Cik Ross in the blog!!!

BAHAYA menjawab panggilan ketika handphone di cas.





JANGAN lakukan 'perbuatan' yang boleh mengundang bahaya kepada diri korang!!


 sumber : tabekpuang






:: Apabila Ramai Yang Tidak Tahu Fungsi Pagar ::

Views
Assalamualaikum......Haluuuuuuu,Cik Ross in the blog!!!

Apa fungsi pagar?

Mesti korang akan jawab,ia berfungsi untuk mengawal keselamatan rumah daripada di masuki oleh orang atau tetamu yang tidak dijemput.


Betul???



 - Sumber En.Google -


Sekarang ni,ramai yang dah nampak pagar tu macam 'pintu gerbang' menyambut kedatangan tetamu dengan 'hati' yang terbuka.


Macam saya sendiri,selalu sangat la perhati dan merasai jugak apabila pagar yang elok diselak,dibuka oleh individu yang tidak tahu 'adab'.


Sedikit masalah bila orang yang tak tahu 'adab' ini dengan senang hati membuka pagar dan meluru masuk ke pintu rumah.

'Pantang' sungguh saya ni kalau orang yang macam tu.Memang biadab!!!


Nak pulak orang tu adalah jurujual.Ishhhhh...Dorang no seeloknya sebelum nak menjual barangan dari rumah ke rumah,syarikat terbabit kena ajar adab2 menjual.















LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...