Friday, March 23, 2012

:: Trend Pengantin Sekarang Buat Pre-Wedding Dan Selepas Perkahwinan::

Views
Assalamualaikum.....Haluuuuu,Cik Ross in the blog!!!

Tadi saya terbaca soal jawab tentang Gambar,Pra-Kahwin dan Selepas Kahwin di www.zaharuddin.net.



- Sekadar hiasan.Suka tengok couple ni,cute!! -


Apa yang Ustaz Dr Zaharuddin ni jelaskan adalah menurut hukum Islam, perkahwinan sememangnya wajar dihebohkan dan digalakkan untuk menganjurkan majlis kenduri kendara.

1. Hukum bergambar secara umum
: ia adalah harus dan tertakluk kepada jenis gamabr yang diambil. Demikian fatwa majoriti ulama kontemporari termasuk Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradawi.


- Suke gambar ni.Sweet!! -


2. Bergambar selepas bernikah

Ia bergantung kepada beberapa keadaan seperti berikut :-

a- Pakaian yang dipakai oleh pihak pengantin : Sekiranya pakaiannya mendedahkan aurat secara jelas atau sipi-sipi terdedah. Penggambaran itu adalah DIHARAMKAN jika diambil oleh jurugambar bukan mahram kedua-dua pengantin.

b- Pakaian menutup aurat namun dengan aksi peluk memeluk, cium mencium dan lain-lain aksi yang agak boleh mengghairahkan: Ia juga haram sekiranya jurugambar bukan mahram khususnya bagi pengantin wanita.

c- Pakaian menutup aurat dengan sempurna cuma bersolek dan berhias menarik dengan jurugambar asing atau bukan mahram.

1. Bergambar sebelum bernikah (pre-wedding)

Ia juga bergantung kepada keadaan seperti berikut :-

a. Pakaian menutup aurat dengan sempurna dan pasangan diambil gambar mereka TANPA bersentuh atau TANPA lain-lain aksi yang boleh mengghairahkan seperti berbaring, berpelukan, berpegangan tangan atau lain-lain aksi yang khas untuk suami isteri yang sah sahaja. Dalam keadaan sebegini hukumnya di antara MAKRUH dan HARAM kerana dibimbangi nafsu masing-masing sukar dikawal apabila berada secara berdekatan, lalu ia boleh sahaja termasuk di dalam kategori “mendekati zina”.

b. Pakaian tidak menutup aurat atau dengan aksi bak suami isteri : Ia adalah HARAM tanpa sebarang keraguan lagi.


UPAH JURUGAMBAR

Manakala upah jurugambar semuanya tertakluk kepada hukum yang disebut di atas tadi, Jelasnya ia menjadi HARAM jika gambar intim lagi mesra pasangan dalam keadaan pre-wedding.

Boleh pula menjadi halal lagi DIBENARKAN jika jurugambar adalah mahram pengantin perempuan khususnya.

Juga upahnya menjadi HARAM jika pengantin tidak menutup aurat, dan dibantu untuk memetik gambar mereka dan dihias menggunakan teknik fotografi yang canggih bagi mencantikan hasilan foto.

Boleh menjadi HARUS walau jurugambar bukan mahram tapi gambar diambil selepas pernikahan dan menutup aurat dengan sempurna serta tiada aksi yang boleh kebiasaan boleh merangsang nafsu biasa lelaki.

Selanjutnya boleh dibaca di
www.zaharuddin.net




p/s-untuk ingatan bersama!


6 comments:

Syazwan Che Deraman said...

wan nak ringkas ringkas ja.

tak nak la buat prewedding.
mahal.
pernah tanya member.
dia ada buat prewedding la
total dia habis nak kahwin dalamRm30ribu.

mak aihh..

YanaHime said...

bersederhanalaa kita yer...

biela bell said...

bagi bell..tak payah pre wedding kot kak ros..huuhu

Cik RoSs said...

Syazwan :: Betul2..selagi boleh jimat,jimat laaa

Cik RoSs said...

YanaHime:: Betul2..duit bukan senang nak cari dan dapat!

Cik RoSs said...

Biela :: Haaaa...tangkap guna kamera biasa,lepas tu edit kan??hehehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...