Friday, March 30, 2012

:: Siapa Cakap Duit Tak Bawa Ke Mati??? ::

Views
Assalamualaikum.......Haluuuuu,Cik Ross in the blog!!!

Orang yang boros selalu akan kata,"duit tak bawa ke mati."( biasa la kan,sebab dorang fikir enjoy dan masa gembira je.Tak fikir soal susah )

Tapi,orang yang jimat pulak,"duit bukan senang nak cari."( Kalau kerja baru dapat duit.Duit tak kan datang terbang kepada kita tanpa usaha dan kerja keras )


- sumber En.google -


Saya akui,memang ramai yang cakap 'duit tak bawa ke mati'.Dan betul la apa yang dikatakan tu.Sapa kata duit akan dibawa masuk ke dalam liang lahat kubur tu.Ish....gila la kalau ada yang buat macam tu.

Tapi,duit ni sangat diperlukan dan ia diguna ketika urusan mengebumian.

Macam baru2 ni,ban ( atuk lelaki-bapak baba saya ) meninggal.Semua kos dari kereta jenazah,keranda,kain kapan,keperluan untuk mandi jenazah,sampai la ke kubur semuanya memerlukan duit yang banyak.

RM1300 hanya kos pengebumian sahaja ( tanah kubur ).Kos kereta jenazah dari hospital ke rumah belum dikira lagi ( kena bayar sebab kereta jenazah hospital dah hantar jenazah yang lain ke luar daerah ).

Masa 2 tahun lepas,kos pengebumian adalah RM1000.Bayangkan untuk tahun akan datang,boleh menceceh ke angka RM3000.

Haaaa..bayangkan kalau kita ni bukan seorang yang menabung.Tiada simpanan.Semua duit yang ada dah dihabiskan masa sihat.Tidakkah itu merumitkan keadaan???





No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...