Friday, March 16, 2012

:: Bukan Pokok Je Tut,Orang Pun Ada Tut Jugak! ::

Views
Assalamualaikum.......Haluuuuuuu,Cik Ross in the blog!!!

Tut ni apa??Korang tau tak?

Tut ni adalah daripada 2 jenis menjadi satu.Persenyawaan antara 2benih pokok yang kita tut di batang pokok lain.Betul tak??

Masa sekolah rendah,ada la buat pokok tut ni.Bila dah belajar,balik je rumah...kecoh kat mama!Hahahaa..Padahal,mama lebih dulu tau!!

Bila melangkah ke sekolah menengah,tut ni bukan pada pokok.Tapi pada junior dan senior.

Tahun baru la yang sibuk nak bertut ni.Para senior ni,gedik la mencari adik2 junior yang baru masuk ke tingkatan 1 untuk dijadikan adik angkat ( kat sekolah saya panggil tut ).

Yang tak bestnya,dorang ni cari yang lawa2 dan pandai2 aje.Yang tak berapa nak lawa dan pandai,tak mahu dibuat tut.Menyampah betul!!

Macam saya ni,tak pernah bertut.Dan tak ada sapa nak bertut dengan saya sebab saya ni masa sekolah tak berapa nak cumel dan fizikal saya gemuk.Huhuhuuuu...Sedih tau!!

Tapi,ada bagusnya sebab tak wujud perasaan cemburu atau dengki antara kawan2.Sebabnya bila dah bertut ni,macam2 la akan jadi.

Kena control dengan pasangan angkat la..Cemburu bila salah sorang pasangan bercakap dengan orang lain.Kadang2 saya fikir,dorang yang bertut ni dah macam orang bercinta pulak!Huh!!!





2 comments:

Syazwan Che Deraman said...

hahaha..

baru teringat yang tuutttt ni.
hehehe.

Cik RoSs said...

hah??apakah?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...