Wednesday, February 8, 2012

:: Korang Jangan Fikir Tentang Sen Yang Korang Bayar ::

Views
Assalamualaikum....Haluuuuu,Cik Ross in the blog!!!

Kalau masuk tandas,berapa sen yang korang kena bayar?

30 sen????

Haaaa,jangan korang rasa 30 sen yang korang bayar tu cukup dan banyak kalau nak dibandingkan dengan 'jagaan' dan 'hasil kerja' tukang cuci yang sangat2 berjasa membersihkan tandas sehingga berkilat dan wangi tanpa sebarang bau2an yang tidak diingini.

Apa la sangat dengan 30 sen tu.

Cuba korang fikir tentang kos air,kos pewangi tandas,kos tisu,kos elektrik,kos pencuci tandas.Semua tu kan mahal dah zaman sekarang ni.

Tapi,jangan pulak korang fikir bila dah bayar 30 sen tu...korang sesuka hati je kencing atau membuang najis besar tanpa menyiram mangkuk tandas sehingga bersih.

Ataupun korang buang aje tisu atau modes ( orang perempuan punya bila datang period ) ke dalam mangkuk tandas atau luar tong sampah.

Tandas awam tu adalah kemudahan untuk semua.Kalau tandas kotor,korang pun tak nak masuk kan?!Lebih rela 'menahan' daripada 'membuang'.Betul tak???





No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...