Thursday, February 2, 2012

:: JANGAN Tinggalkan Laptop Anda Di Atas Bantal,Katil Dan Lain2... ::

Views
Assalamualaikum....Haluuuu,Cik Ross in the blog!!!

Terkejut saya apabila terbaca artikel di sebuah page di mukabuku mengenai kebakaran yang berlaku akibat meninggalkan laptop di atas katil.



Sepasang suami isteri kehilangan anak mereka yang berusia 25 tahun dalam kebakaran di rumah 4 Jun lalu. Mangsa baru sahaja berkelulusan MBA dari University of Wisconsin-Madison dua minggu sebelum pulang ke rumah untuk sementara waktu.

Beliau telah makan tengah hari bersama bapanya di rumah dan membuat keputusan untuk kembali bagi membersihkan bilik asrama. Ketika itu, bapanya memberitahu beliau tunggu seketika, untuk bertemu dengan ibunya. Beliau memutuskan untuk tidur sebentar sementara menunggu ibunya pulang dari kerja.

Beberapa lama kemudian jiran-jiran mereka menghubungi 911 apabila mereka melihat asap hitam keluar dari rumah.

Malangnya, mangsa yang berusia 25 tahun meninggal dunia di rumah yang berusia tiga tahun. Pihak bomba mengambil masa beberapa hari penyiasatan untuk mengetahui punca kebakaran. Dan akhinya, telah dikenalpasti bahawa api itu adalah disebabkan oleh komputer riba yang diletakkan di atas katil. Kipas laptop berkenaan tidak mendapat udara cukup untuk menyejukkan komputer lalu menjadi semakin panas dan terbakar. Mangsa meninggal dunia kerana terhidu karbon monoksida.

So,lepas ni..korang jangan melakukan kecuaian dengan meninggalkan laptop yang masih 'on' di atas katil,bantal,selimut atau apa2 sahaja kerana ia boleh mengundang kebakaran.




p/s-kredit to Pergh rabak.





10 comments:

khaifaiz said...

benda elektronik memang akan ada bahayanya... kena lebih berhati2 la yer...

Rapunzel Cikilolo said...

nasib baek aku dah ade meja untuk laptop aku...

saharinasaharudin said...

huhu.scarynyee.rin suka ltak lptop atas katil smbil online.pasni xnak buat dah :(

Cik RoSs said...

Khaifaiz :: Semua benda elektronik kena berhati2 bila digunakan!

Cik RoSs said...

Rapunzel :: Hehehe...bahaya juga,boleh meletop!

Cik RoSs said...

Saharina :: Bagus2...lepas ni jangan buat lagi ye!

Ezad Skytech said...

memang tak boleh letak atas tilam..nanti cepat panas...

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said...

seb bek laptop aku adik aku dh sebat... hehehe

Cik RoSs said...

Ezad :: Haaa,kadang2 kita cuai!

Cik RoSs said...

Taufiq :: hahahaha...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...