Friday, February 3, 2012

:: Harapkan Pagar,Pagar Makan Padi.Harapkan Kawan,Kawan Makan Kawan! ::

Views
Assalamualaikum....Haluuuuu,Cik Ross in the blog!!!

Saya nak tanya,korang tentu ada ramai kawan kan?Tapi,pernah tak korang terfikir...dalam ramai2 kawan korang tu akan ada spesis kawan makan kawan!


- Saya dan kawan,kami tak pernah 'makan' kawan! -


Korang tau tak,apa makna kawan makan kawan?

Maknanya kawan yang korang harapkan atau yang korang baik tu,sanggup menikam korang tanpa korang sedar dan dengan sengaja untuk kepentingan diri dia sendiri.

Selalunya,orang yang makan kawan ni orangnya adalah jenis yang sangat baik dan rapat dengan kita.Konon macam manis mulut la...Ibarat pijak semut pun tak mati!

Orang yang memang kita tak sangka bahawa dia akan 'menikam' kita.

Saya sendiri pun tak tahu kenapa mereka ini sanggup 'makan' kawan sendiri.Sanggup merosakkan dan memutuskan hubungan baik persahabatan semata2 untuk kepentingan diri.

Apa punya manusia la dia tu?!!

Apa perasaan korang apabila orang/kawan yang korang harapkan,yang korang baik dan rapat,yang korang anggap dia adalah bff korang sanggup 'makan' korang.

Apa yang patut kita lakukan apabila kita berada dalam situasi kawan 'makan' kawan?!





p/s-Tiba2 teringat,kawan saya cakap..orang yang penting diri ni,ke mana saja dia pergi..memang dia akan penting diri dia sahaja!





2 comments:

Muhamad Zaki Zafir said...

bagi sy, kawan mkn kawan ni,mmg Allah nk bg kita pgjrn.org dtg dlm hidup untuk bg 'one real-life-lesson' & pergi.so kita ambk pgjrn drp tiap2 yg brlaku.

sy biase je dulu2 kwn mkn kwn.sjk drp tu sy xprnh nk cerita peribadi lebih2,jgn brgantung hrp sgt kt org lain n etc.

Cik RoSs said...

Betul3.Semua itu adalah pengajaran buat kita dan kita harus berhati2 dalam perhubungan kawan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...