Saturday, February 25, 2012

:: Segmen : Kenangan Persahabatan Masa Sekolah Rendah ::

Views
Assalamualaikum.....Haluuuuu,Cik Ross in the blog!!!

Malam ni saya 'terpanggil' untuk join segmen yang dibuat oleh Sha my heart.Sya menjemput saya untuk join segmen yang dia buat.


- Klik banner untuk join -


Tujuan segmen ini adalah untuk mengimbau semula kenangan persahabatan semasa sekolah rendah.

Agak susah jugak sebab dah sangat2 lama meninggalkan zaman sekolah rendah.Saya memulakan persekolahan tahun 1 pada tahun 1991.Maknanya dah sangat2 lama la kan,saya meninggalkan zaman sekolah rendah ni.Dah hampir 21 tahun.( Ohhhh tidak,macam dah tua aje!!!Katakan TIDAKKKKK )

Kena mengambil masa sikit untuk mengingat kembali kenangan zaman sekolah rendah ni.Hehehheee..

Errrmmmm...

EErrrrrrrmmmmm...

Errrmmmmmmmmmmm...

Ok3,dah ingat sikit!

Masa sekolah rendah dulu,saya paling suka part waktu rehat.Saya akan bersama kawan2 berkelah di bawah pokok yang sangat besar dan rendang untuk makan bekal yang kami bawa bersama2.

Tak kisah la,kawan lelaki atau perempuan..kami akan makan bersama2.Lepas makan,kami akan bermain kejar2 ( cepat benar kami makan kan...sampai sempat main pulak tu time rehat 15-20 minit )

Kemudian,lagi satu saya suka pelajaran Pendidikan Islam.Nak tahu kenapa??

Sebab saya suka belajar agama.Bukan sebab guru yang mengajar tu lawa atau kacak,tapi memang saya minat untuk belajar agama.

Markah yang akan saya dapat untuk subjek Pendidikan Islam mesti 100% atau lebih daripada 90%.Memang confirm dapat A la subjek ni.

Bila time mengaji pulak,saya kena mengajar kawan2 untuk mengaji.Ustaz selalu puji saya kalau ada soal jawab ,saya antara yang pantas memberi jawapan.

Sampaikan bapa saudara dan mak2 saudara saya cakap,nanti besar saya akan jadi Ustazah.(berkat sungguh kata2 dorang tu)





Friday, February 24, 2012

:: Sambal Pedas Gara2 Tukang Masak Yang Garang? ::

Views
Assalamualaikum......Haluuuuuu,Cik Ross in the blog!!!

Morning!

Dah sarapan?

Saya pagi ni makan kueh limas dan cucur jagung je.Ada yang makan nasi lemak??Pedas tak sambal nasi lemak tu?

Baba saya selalu cakap kalau makan sambal yang sangat2 pedas,maknanya orang yang masak tu adalah seorang yang garang!


- Sumber google -


Haaaa???Apakah?????

Biar betul.....

Pernah la satu hari tu,saya buat sambal belacan.Memang pedas gile laaa,meleleh air mata,air hidung...Lepas tu baba cakap,"sambal ni pedas sebab adik tu cikgu yang garang!"( Eh,mana ada garang la....tegas aje.Tapi,tetap menjadi kesayangan anak2 murid tau!!! )

Ehhh,sesuka hati mulut baba je cakap macam tu!

Mama saya pun pernah kena jugak masa mama masak sambal tumis udang!Jawab baba,"Mama tu ibu dan isteri yang garang."

Hahahahahhaaaa..macam2 la baba ni.Ada je nak komen!







Thursday, February 23, 2012

:: Chop Stick Punya Hal ::

Views
Assalamualaikum......Haluuuuu,Cik Ross in the blog!!!

Masa saya sekolah menengah dulu,kawan2 saya selalu tanya saya macam mana nak makan dengan menggunakan chop stick.Ada yang teringin nak mencuba,tapi kat rumah tak ada.Kesian dorang!


- Mee goreng petang tadi,makan dengan chop stick -


So,masa makan malam jamuan akhir tahun 1999 ( masa tu tingkatan 3 ) saya menghadiahkan kepada kawan2 baik saya chop stick.Saje suka2 nak hadiah kat dorang.Bukan nak tunggu time berpisah aje,baru nak bagi hadiah!

Bukan semua orang mahir dan tahu menggunakan chop stick ni.Silap hari bulan,kita gigit batang chop stick tu aje,makanannya terjatuh semula dalam pinggan.Hehehehee....Maklumlah,agak susah sedikit cara penggunaannya.Kena mahir tang jari jemari.




:: Kapal Terbang Kertas ::

Views
Assalamualaikum.....Haluuuu,Cik Ross in the blog!!!

Masa sekolah rendah dulu,kita selalu koyang buku latihan untuk dilipat2 menjadi kapal terbang kertas.

- Kapal terbang kertas yang dibuat oleh mama untuk Arissa main -


Kemudian,lawan dengan kawan kapal terbang kertas siapa yang lebih jauh terbang.

Buku latihan yang kita beli tu,habis untuk buat kapal terbang kertas tu.

Rupanya,tu bukan permainan zaman sekolah kita aje tetapi budak2 zaman sekarang pun masih lagi bermain kapal terbang kertas buatan sendiri tu walaupun ada jual kapal terbang yang diperbuat daripada libut putih yang nipis.


- Kapal terbang yang saya 'rampas' daripada anak murid yang main masa belajar -


Dalam kelas saya,bersepah kapal terbang kertas buatan tu.Puas saya membebel supaya mereka tidak membiarkan kapal terbang tersebut bersepah di lantai.



Wednesday, February 22, 2012

:: Wordless Wednesday # 27 ::

Views
Assalamualaikum.....Haluuuuu,Cik Ross in the blog!!!



Sekian,Wassalam.

Adiossss!



Sunday, February 19, 2012

:: Suami Beruntung Dapat Isteri Yang Pandai Masak,Tapi Isteri Lagi Beruntung Kalau Dapat Suami Yang..... ::

Views
Assalamualaikum......Haluuuuuu,Cik Ross in the blog!!!

Tadi saya ternampak status facebook kawan yang tak jadi hendak memasak untuk makan lama bersama suaminya gara2 tangan terluka.Dan yang bestnya,suami dia pulak take over masak.Alahaiiii,seronoknya.

Bertuah dia kerana dapat suami yang pandai masak dan ringan tulang untuk membantunya di dapur.Bukan senang nak dapat suami yang sanggup menolong isteri memasak.Kalau dapat suami yang pandai makan aje,sure la terus ke kedai makan je jawabnya.

Suami seharusnya kena juga ambil tahu hal dapur ni.Walaupun tidak pandai memasak,sekurang2nya kenal serai,bawang,cabai ( cili ),kunyit.Kemudian,rajinkan diri untuk membantu isteri mengemas dapur tu.



Paling tidak,ringan la sikit beban isteri.Isteri pun rasa seronok dan bahagia apabila suami membantu di dapur.Bukan itu sahaja,hubungan suami isteri akan lebih mesra.

Wahai suami,kalau sayang isteri anda....bantulah dia buat kerja rumah.






Friday, February 17, 2012

:: Mak Cakap,Tak Baik Menipu.DOSA!!! ::

Views
Assalamualaikum.......Haluuuuuuuu,Cik Ross in the blog!!!

Mak : Tak baik menipu,Allah Marah!Berdosa,tak masuk Syurga nanti.
Anak : Ok mak.

5 minit kemudian....

Mak : Kalau ada orang call mak dari pejabat...cakap mak demam!
Anak : Ok.

15 minit kemudian.....

Telefon rumah berbunyi.Si anak menjawab panggilan tersebut.

Pemanggil : Boleh bercakap dengan Puan Siti?
Anak : Ni siapa?
Pemanggil : Saya Asmah daripada pejabat Puan Siti.Puan Siti ada?
Anak : Mak ada,tapi mak pesan cakap mak demam.



Masa kecil2 kita selalu diingatkan tentang betapa tidak baiknya apabila kita menipu.

Budak2 kita larang mereka untuk menipu,tapi kita yang dewasa menipu...tak apa pulak ye?!Hehehehe...Siap ada tipu sunat lagi.( memang kelas laaaaa )

Bila dah dewasa,kita tidak endahkan tentang hal itu.Tapi,kita pulak yang sering ingatkan kepada budak2 tentang hal tu.Ish3.....pelik3...





Wednesday, February 15, 2012

:: Segmen : Bloglist Puteri Kasih ::

Views
Assalamualaikum.....Haluuuuu,Cik Ross in the blog!!!

Jom kita ramai2 join bloglist Puteri Kasih ni.Saya ternampak entri ni dari blogger Azza Afdzal ( kredit for her )



- Klik banner untuk join -


SAYA NAK MENJADI SAHABAT PUTERI KASIH



Tarikh tutup adalah 21/2/2012.



:: Wordless Wednesday # 26 ::

Views
Assalamualaikum........Haluuuuu,Cik Ross in the blog!!!



Sekian,Terima kasih.

Wassalam......




:: Makanan Kegemaran Rasulullah SAW ::

Views
Assalamualaikum......Haluuuuu,Cik Ross in the blog!!!

Korang tau tak makanan kegemaran Rasulullah SAW kita?

Kalau tak tahu,mai baca kat bawah ni.

1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.

2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunya
i kurma adalah sepert
rumah yang tidak ada makanan.

3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan da
rah, menguatkan
buah pinggang, membersihkan perut

5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman,
ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air
panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak.
Elok diminun waktu pagi dengan air suam.


6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal
melahirkan anak yang baik dari segi karater dan wajahnya.

7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan seperti
tangan membuang peluh dari dahi. Menguatkan belak
ang,
memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang
kelupaan.


8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.

9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat
radang perut.

10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.

11. Cuka – Nabi selalu meminum dengan minyak zaitun (Trend yang popular
di restoran Itali)

12. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan.
Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati.



p/s-sumber daripada Kami Peminat Ustaz Mohd Kazim Elias.



Tuesday, February 14, 2012

:: Buat Apa Nak Sambut Hari Kekasih Ni ::

Views
Assalamualaikum......Haluuuuu,Cik Ross in the blog!!!

Saya tau la korang masing2 ada couple,kekasih hati yang korang tengah tangkap cintan dan sayang.Tapi,tak payah la nak gatai2 pi sambut hari kekasih setiap 14hb.Februari ni.Tak ada faedahnya pun!



Kalau ye pun nak sambut hari kekasih yang kononnya hari kasih sayang,takkan la 1 hari ni je korang nak berkasih sayang.Hari2 lain korang nak bergaduh la ye??!!

Hari Maulidur Rasul tak nak pulak korang sambut dan raikan!Hari kekasih jugak yang korang sibuk2 nak sambut!

Sepatutnya Maulidur Rasul la kita kena sibuk sambut kerana baginda adalah kekasih Allah dan nabi junjungan kita.

Bangga sangat dengan budaya orang putih ni.Perintah Allah tak nak pulak dibanggakannya!

Tau tak apa hukumnya apabila kita menyambut hari kekasih ni?HARAM tau tak????Kalau dah haram,confirm la berdosa!!

Majlis Fatwa Kebangsaan dan Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan :

“Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan Islam. Roh perayaan itu mempunyai unsur Kristian, amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam.”

Kalau korang nak jugak sambut hari kekasih ni,saya tak tau la nak cakap apa dah!!





Monday, February 13, 2012

:: Gambar Sekitar Majlis Hari Lahir Neelofa ::

Views
Assalamualaikum......Haluuuu,Cik Ross in the blog!!!

Neelofa!

Siapa yang tak kenal dengan pelakon yang sedang mencipta nama.Bukan setakat pelakon,dia juga perantaraan segmen Nona di TV3 setiap hari Ahad jam 2 petang bergandingan dengan Fara Fauzana.

Memiliki wajah yang cantik dan menarik adalah pakej buat Neelofa ini.Bukan sahaja berbakat dalam bidang lakonan,tetapi juga berbakat sebagai pereka kasut.

Neelofa juga mempunyai pakej yang sempurna di mata peminat.Orangnya cantik,ayu,berbakat...

Baru2 ni,Neelofa telah mengadakan majlis hari lahirnya di Bora Asmara.Jom layan beberapa keping foto di sekitar majlis tersebut.




Selamat hari lahir Neelofa.Semoga berjaya mencipta nama setanding dengan pelakon2 lama seperti Sarimah Ibrahim,Fauziah Nawi,Fauziah Ahmad Daud ( sekadar menyebut beberapa nama ).



p/s-kredit to Kechik Itu Comel





:: Segmen:Saya Tersenarai Dalam 1,000 Blog Terhebat ::

Views
Assalamualaikum....Haluuuuu,Cik Ross in the blog!!!

Jom ramai2 join segmen ni.



- Klik banner untuk join -

Saya nampak segmen ni daripada nanakimie ( kredit for her )



Sunday, February 12, 2012

:: Masa Kecik2 Mak Kita Selalu Marah Kita Sebab Lebih Banyak Minum Daripada Makan ::

Views
Assalamualaikum.....Haluuuu,Cik Ross in the blog!!!

"Jangan asyik minum air aje,nanti kenyang sebab banyak minum bukan sebab makan!"itulah yang sering dikatakan oleh mama kepada saya dulu.




Masa kecil2 selalu la kena marah sebab ketika makan bersulam air.Tak tahu la kenapa,tapi memang habit budak2 kot suka makan sambil berselang-seli dengan air.

Bila difikir2 semula,memang betul apa yang mak kita marahkan dulu kepada kita.Maklumlah,bila asyik minum air makanan yang kita ambil dalam kuantiti banyak akan membazir apabila perut dah kenyang dengan air.

Air bila diminum dengan kuantiti yang banyak dan kerap,akan menyebabkan kita kenyang dan ia juga membantu mengembangkan makanan di dalam perut ( nasi dan lauk2 akan kembang bila di rendam air )




Wednesday, February 8, 2012

:: Korang Jangan Fikir Tentang Sen Yang Korang Bayar ::

Views
Assalamualaikum....Haluuuuu,Cik Ross in the blog!!!

Kalau masuk tandas,berapa sen yang korang kena bayar?

30 sen????

Haaaa,jangan korang rasa 30 sen yang korang bayar tu cukup dan banyak kalau nak dibandingkan dengan 'jagaan' dan 'hasil kerja' tukang cuci yang sangat2 berjasa membersihkan tandas sehingga berkilat dan wangi tanpa sebarang bau2an yang tidak diingini.

Apa la sangat dengan 30 sen tu.

Cuba korang fikir tentang kos air,kos pewangi tandas,kos tisu,kos elektrik,kos pencuci tandas.Semua tu kan mahal dah zaman sekarang ni.

Tapi,jangan pulak korang fikir bila dah bayar 30 sen tu...korang sesuka hati je kencing atau membuang najis besar tanpa menyiram mangkuk tandas sehingga bersih.

Ataupun korang buang aje tisu atau modes ( orang perempuan punya bila datang period ) ke dalam mangkuk tandas atau luar tong sampah.

Tandas awam tu adalah kemudahan untuk semua.Kalau tandas kotor,korang pun tak nak masuk kan?!Lebih rela 'menahan' daripada 'membuang'.Betul tak???





Tuesday, February 7, 2012

:: Petua Melembutkan Daging ::

Views
Assalamualaikum.....Haluuuuu,Cik Ross in the blog!!!

Siapa suka masak daging??

Nak tahu petua untuk melembutkan daging??

Dulu2 arwah opah saya suka sangat masak daging untuk dimakan anak,menantu dan cucu2nya.

Petua melembutkan daging selalunya orang merebus daging bersama garpu.Tapi sebenarnya,ia tidak elok kerana bila direbus air rebusan daging akan bercampur dengan air besi garpu tersebut.

Cara lain yang boleh dan selamat digunakan adalah dengan merebus daging tersebut bersama buah betik muda di dalam periuk.

Hasilnya insyaAllah daging berkenaan akan lembut.




Sunday, February 5, 2012

:: Dorang Tu Ada Skandal Laaaaa ::

Views
Assalamualaikum......Haluuuuu,Cik Ross in the blog!!!

Addduuuussss,sakit mata saya apabila terpandang sepasang skandal yang memakai sedondon!!

Addddooooiiiii...bencinyeeee!!!( aaaiiippp,tak baik benci orang!! )

Tapi,betul ke dorang tu ada skandal??

Macam mana nak tahu dorang tu sebenarnya memang ada skandal???

Takkan dengan hanya memakai baju yang sama warna boleh dikatakan mereka itu ada skandal?Ish3.....Jangan2 dorang tak sengaja memakai baju warna yang sama.Haaaa,haru je tuduh2 orang yang tak bersalah.Sendiri pulak yang dapat dosa!


- Saya dan adik angkat yang selalu orang fikir kami ada skandal -


Orang yang ada skandal,ibarat mereka yang sedang hangat bercinta.Semuanya manis....Semuanya baik.Tak ada langsung cacat celanya.

Kalau nak tahu mereka itu sedang berskandal,senang aje.Melalui lirik mata dan pergerakkan body dorang tu ( ala2 menggoda dan manja antara satu sama lain.)

Kemudian,dorang ni akan gelisah kalau tak bertentang mata untuk sehari ( maklumlah,sedang bercinta la katakan! )

Kalau dah tak jumpa tu,semestinya handphone di tangan dan sms pun tak henti2.Kalau sorang sakit,sorang lagi ni akan susah hati ( cubit paha kiri,paha kanan terasa.Weeerrrkkk,menyampah!! )

Bila bersembang di telefon atau berhadapan,nada suara akan perlahan ( orang sebelah pun tak boleh nak dengar la,apa yang dibualkan! )

Dan yang pastinya,skandal ini takkan bertahan lama kerana ia bukan hubungan yang baik.Bila hubungan ini terjalin,bermakna makin bertambahlah dosa yang akan ditanggung kerana kita curang dengan pasangan.

Tapi,orang sekarang ni sangat suka berskandal!!Haaaaa,pasai pa tak tau laaaaaa......





Friday, February 3, 2012

:: Harapkan Pagar,Pagar Makan Padi.Harapkan Kawan,Kawan Makan Kawan! ::

Views
Assalamualaikum....Haluuuuu,Cik Ross in the blog!!!

Saya nak tanya,korang tentu ada ramai kawan kan?Tapi,pernah tak korang terfikir...dalam ramai2 kawan korang tu akan ada spesis kawan makan kawan!


- Saya dan kawan,kami tak pernah 'makan' kawan! -


Korang tau tak,apa makna kawan makan kawan?

Maknanya kawan yang korang harapkan atau yang korang baik tu,sanggup menikam korang tanpa korang sedar dan dengan sengaja untuk kepentingan diri dia sendiri.

Selalunya,orang yang makan kawan ni orangnya adalah jenis yang sangat baik dan rapat dengan kita.Konon macam manis mulut la...Ibarat pijak semut pun tak mati!

Orang yang memang kita tak sangka bahawa dia akan 'menikam' kita.

Saya sendiri pun tak tahu kenapa mereka ini sanggup 'makan' kawan sendiri.Sanggup merosakkan dan memutuskan hubungan baik persahabatan semata2 untuk kepentingan diri.

Apa punya manusia la dia tu?!!

Apa perasaan korang apabila orang/kawan yang korang harapkan,yang korang baik dan rapat,yang korang anggap dia adalah bff korang sanggup 'makan' korang.

Apa yang patut kita lakukan apabila kita berada dalam situasi kawan 'makan' kawan?!





p/s-Tiba2 teringat,kawan saya cakap..orang yang penting diri ni,ke mana saja dia pergi..memang dia akan penting diri dia sahaja!





Thursday, February 2, 2012

:: JANGAN Tinggalkan Laptop Anda Di Atas Bantal,Katil Dan Lain2... ::

Views
Assalamualaikum....Haluuuu,Cik Ross in the blog!!!

Terkejut saya apabila terbaca artikel di sebuah page di mukabuku mengenai kebakaran yang berlaku akibat meninggalkan laptop di atas katil.



Sepasang suami isteri kehilangan anak mereka yang berusia 25 tahun dalam kebakaran di rumah 4 Jun lalu. Mangsa baru sahaja berkelulusan MBA dari University of Wisconsin-Madison dua minggu sebelum pulang ke rumah untuk sementara waktu.

Beliau telah makan tengah hari bersama bapanya di rumah dan membuat keputusan untuk kembali bagi membersihkan bilik asrama. Ketika itu, bapanya memberitahu beliau tunggu seketika, untuk bertemu dengan ibunya. Beliau memutuskan untuk tidur sebentar sementara menunggu ibunya pulang dari kerja.

Beberapa lama kemudian jiran-jiran mereka menghubungi 911 apabila mereka melihat asap hitam keluar dari rumah.

Malangnya, mangsa yang berusia 25 tahun meninggal dunia di rumah yang berusia tiga tahun. Pihak bomba mengambil masa beberapa hari penyiasatan untuk mengetahui punca kebakaran. Dan akhinya, telah dikenalpasti bahawa api itu adalah disebabkan oleh komputer riba yang diletakkan di atas katil. Kipas laptop berkenaan tidak mendapat udara cukup untuk menyejukkan komputer lalu menjadi semakin panas dan terbakar. Mangsa meninggal dunia kerana terhidu karbon monoksida.

So,lepas ni..korang jangan melakukan kecuaian dengan meninggalkan laptop yang masih 'on' di atas katil,bantal,selimut atau apa2 sahaja kerana ia boleh mengundang kebakaran.




p/s-kredit to Pergh rabak.





Wednesday, February 1, 2012

:: Wordless Wednesday # 25 ::

Views
Assalamualaikum....Haluuuuuu,Cik Ross in the blog!!!



Sekian ,Wassalam.





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...