Friday, January 6, 2012

:: Pengalaman Hari Pertama Ke Sekolah ::

Views
Assalamualaikum.....Haluuuuuu,Cik Ross in the blog!!!

Ingat lagi,macam mana perasaan korang ketika kali pertama melangkah ke alam persekolahan?!

Hari ni saya nak bercerita dan mengimbau kenangan kita masa hari pertama ke sekolah.

Hari pertama memakai baju sekolah warna putih,kain blue black,kasut putih.Hehehe..




Yang lelaki kemas berpakaian sekolah dan rambut pendek.Perempuan pula comel dengan berambut ikat tocang atau dendan ataupun bertudung sopan.

Kenangan saya masa saya melangkah kaki ke alam persekolahan adalah saya dapat kawan baru dan sedikit 'teruja'.

Pengalaman saya sebagai guru pulak,melihat anak2 murid yang menangis dan tidak mahu masuk ke dalam kelas.Dipegang dan digenggam tangan ibubapa dorang seeratnya.

Dan cerita Pak Su saya pulak,anak sulungnya yang baru pra sekolah adalah bihun di atas kepala ketika ibunya ( Mak Su saya ) mengambil anaknya itu pulang daripada sekolah.Lagi best apabila dia membawa pulang 2 potong kek untuk adiknya di rumah..( bagus betul sepupu saya ni..hehehe )

Cerita sepupu saya pulak,bila dia tanya apa aktiviti anaknya di pra sekolah untuk hari ni?Anaknya menjawab,buat ular.( Maknanya main plastersin la tu )

Dulu masa kita sekolah dari tadika sampailah darjah 3,cikgu akan bagi plastersin tu dan buat la objek yang kita mahu dan kita suka buat...( aaahhhh,masih segar dalam ingatan.Selalunya ular la yang paling digemari untuk diuli.hahahhahhahaa )



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...