Monday, January 30, 2012

:: Review Blog # 5 : Blog Mengancam Di Mata Saya ::

Views
Assalamualaikum......Haluuuuu,Cik Ross in the blog!!!

Malam ni mood saya sangat rajin nak me'review blog.So...inilah blog yang mengancam di mata saya pada malam ni.Hehehehee....

Mengancam tang mana???Kalau nak tahu,korang kena la view blog di bawah ni.















Sekian sahaja...Apa lagi,pergi la view cepat!!!




Sunday, January 29, 2012

:: Saya Memang Suka Buat Gempak Pasal Kahwin ::

Views
Assalamualaikum.....Haluuuu,Cik Ross in the blog!!!

Adddoooiii..nak gelak guling2 ni ( kalah guling2 hindustan,ok?! )

Semalam,saya buat status di mukabuku "esok nak pergi booking baju pengantin"

Tiba2,kotak komen saya penuh dengan komen2 daripada pihak2 yang suka komen dan peng'like' juga ramai dengan status yang 'best' tu.Hahahahaa.


- Kan ramai yang komen tuuuuu -


- 25 komen tuuuuu -

Kemudian,saya rasa...malam ni saya patut beritahu hal yang sebenar.Dan,saya buat status....
"- Sy dh x sggup lg buat org t'tanya2...dgn ini,sy Ros'z Zanna mengumumkan bahawa pada Jun ini sy akan melangsungkan p'kahwinan...( eh2,silap!!!bukan sy daaaaa..adk kesygn sy Ana Solehah laaaaaaaa.Hahahahaha ) ~ kan dh kena!!!!Jgn mrhhhhhh!!! -"

Sampaikan ada sorang kawan baik saya ni post gambar di wall saya.

- Sangat mendalam maksud kata2 itu -

Macam lawak aje.Adddoooiii,ramai gak yang percaya saya akan melangsungkan perkahwinan untuk masa terdekat ini dan sekitar tahun 2012 ni.

Mungkin pada saya,untuk tahun 2012 ini adalah mustahil kalau saya dan Mr.Teddy Bear saya nak berkahwin,kerana dia baru sahaja menyambung pelajarannya ke peringkat master.So,terpaksalah kami menunda segala perancangan untuk perkahwinan. ( Kesian sama saya sebab kena tunggu dia untuk setahun setengah! Huhuhuhuu )



P/s- Doakan saya dan Mr Teddy Bear akan cepat berkahwin!!!




Thursday, January 26, 2012

:: "Nelly The Strange sudah buka bloglist baru untuk saya !" ::

Views
Assalamualaikum.....Haluuuuu,Cik Ross in the blog!!!

Selamat malam.....

Hai korang.Malam ni saya sangat rajin ye apabila men'join bloglist yang dibuat oleh budak Nelly ni.Hehehhee..

So,kalau korang nak join..amatlah di alu2kan.

- Klik pada banner -

Nelly cakap tarikh tutup penyertaan,akan dia maklumkan pada entri dia yang akan datang.So,kalau korang tak mahu ketinggalan...join la cepat!!!

3 orang yang saya nak tag ( syarat Nelly ) adalah....

Cikji Link
LinkEcah

Sha My Heart



Link

Wednesday, January 25, 2012

:: Wordless Wednesday # 24 ::

Views
Assalamualaikum......Haluuuuuu,Cik Ross in the blog!!!



Sekian,Terima kasih.

Wassalam.



Thursday, January 19, 2012

:: Bila Tak Dididik ::

Views
Assalamualaikum......Haluuuuuu,Cik Ross in the blog!!!

Anak2 ni,semasa kecil harus dididik dan diasuh dengan perkara2 yang baik kerana mereka ini ibarat kain putih yang perlu kita corakkan.

Akhlak dan peribadi anak2 juga mencerminkan peribadi ibu bapa yang membawa mereka ke dunia ini.


- Gambar ni saya ambil sewaktu pergi umrah tahun lepas -


Di sekolah,apabila waktu solat Asar anak2 murid saya berebut2 dan tak sabar mahu menunaikan solat di surau.

Bila di tanya,"di rumah solat atau tidak?"

Mereka akan menjawab,"tak".

"Mak dengan ayah tak suruh sembahyang?"

"Tak pun.Kadang2 mak dengan ayah pun tak sembahyang!"

Alamakkkkkkkkkkk!!!!

Budak2 ni,mereka terlalu jujur.Tak tahu nak sorok cerita yang sebenar.

So,korang yang baru nak jadi ibubapa....silalah didik anak2 dengan perkara yang baik dan ajarlah mereka tentang apa yang Allah perintahkan dan apa yang Allah larang.




Wednesday, January 18, 2012

:: Memang Tak Pernah Dibuat Orang ::

Views
Assalamualaikum......Haluuuuu,Cik Ross in the blog!!!

Haaaiiiiiiissssshhhhhhh,memang la tak pernah dibuat orang!!!!

Apakah??Tetiba aje saya ni kan??hehhehee..

Sebenarnya,kalau korang nak tahu...ni perihal sepupu saya yang baru melangkah ke alam pra sekolah pada awal tahun ni.


- Ni la budak yang 'nakal' tu ( Nayli Syamimi ) -


Petang tadi,Pak Su saya singgah ke rumah saya sekejap dan sempat bercerita pasal anak sulungnya itu yang setiap hari 'buat perangai'.

Semalam,Pak Su cakap anaknya itu terjun kolam ikan di sekolah kerana tidak mahu balik ke rumah opahnya.

Hari ni pulak,dia conteng buku cikgu dan pegang pagar sekolah sebab tak mahu balik.Nak duduk di sekolah sebab seronok berada di sekolah.Hahahhahhaaaa..

Adddddooooiii...memang tak pernah dibuat orang laaaaa!!Dah la dia tu perempuan!!!Ish3....Kang tak ada orang mai minang kang!!!!Hahahhahahhaaa...




:: Wordless Wednesday # 23 ::

Views
Assalamualaikum......Haluuuuu,Cik Ross in the blog!!!



Sekian,Wassalam.

Adioooosssss!!



Sunday, January 15, 2012

:: Kenapa Pelajar Kita Suka Meniru Di Dalam Exam? ::

Views

Assalamualaikum.....Haluuuuu,Cik Ross in the blog!!!

Siapa yang pernah meniru masa exam??

Cepat mengaku sekarang!!!!!!!

Siapa la yang nak mengaku kalau dah buat salah,kan???Ibarat macam kentut la....Sapa2 pun takkan mengaku dia telah melepaskan 'bau2 wangian'.Hehehhehee..

Korang nak tahu tak,kenapa pelajar2 ni suka meniru ketika exam?

Haaaa..kalau nak tahu,sila baca di bawah :-
FAKTA !
Kenapa pelajar² di Malaysia ni suka meniru time exam??

Sebab,
Di bawah setiap halaman kertas soalan,

ada ditulis...

"SILA LIHAT SEBELAH"
So,korang dah tahu sebabnya????

Siapakah yang patut dipersalahkan sekarang?????

Thursday, January 12, 2012

:: Hisap Jari Kaki,Maknanya Nak Adik ::

Views
Assalamualaikum....Haluuuu,Cik Ross in the blog!!!

Pernah tengok budak2 kecil dalam lingkungan usia 6 bulan hingga ke 2 tahun hisap ibu jari kaki?

Arwah opah saya selalu cakap,kalau budak2 hisap ibu jari kakinya..tandanya dia mahu adik.


- Sepupu saya yang sangat2 suka hisap ibu jari kakinya -


Tak tahu la sama ada itu benar atau sekadar cakap2 yang mengandungi gurauan.

Kadang2 budak2 ni dorang ni suka buat yang pelik2.Sehingga kita sendiri sukar nak baca fikiran dorang maklumlah dorang ni bukannya boleh bercakap dan berfikir macam orang dewasa.





Wednesday, January 11, 2012

Wordless Wednesday # 22 ::

Views
Assalamualaikum......Haluuuuu,Cik Ross in the blog!!!



Sekian,terima kasih.

Wassalam.




Monday, January 9, 2012

:: Lumrah Kehidupan.Bila Ada Duit,Ayam Pun Ikut Bontot ::

Views
Assalamualaikum......Haluuuuuu,Cik Ross in the blog!!!

Bila kita ada duit,semua orang mengaku kawan...saudara.

Tapi,bila kita tak ada duit...sapa pun tak mau dekat dengan kita.

Bak kata atuk saya yang sedang terlantar sakit tua,"Kita ni kalau ada duit,ayam pun ikut belakang kita."

Itulah lumrah kehidupan.

Semuanya dipandang pada kekayaan dan harta.

Kalau kita nak tahu,seseorang itu adalah kawan kita yang sebenar adalah kawan ketika kita di dalam kesusahan yang sanggup membantu kita.


Sunday, January 8, 2012

:: Badan Besar,Belum Tentu Kuat ::

Views
Assalamualaikum......Haluuuuu,Cik Ross in the blog!!!

Kita selalu fikir,orang yang gemuk ni kuat.Dan orang kurus tak berapa kuat.Betul tak???

Sebenarnya tanggapan kita tentang saiz seseorang itu adalah salah!!

Sebabnya,kekuatan dan tenaga seseorang adalah tidak sama dan bukan bergantung kepada saiz semata-mata.

So,lepas ni..jangan pandang pada fizikal dan saiz badan aje ye!!

Friday, January 6, 2012

:: Semuanya Gara2 Mukabuku!!!Arrrggghhhhhh ::

Views
Assalamualaikum.....Haluuuuu,Cik Ross in the blog!!!

Penangan mukabuku sememangnya sangat2 la hebatnya.Betul tak??

Sampaikan kita sekarang ni dah boleh online hanya melalui handphone sahaja.Tidak perlu lappy atau tab.Huhuhuhuu....

Dan dari mukabuku juga cinta boleh berputik dan seterusnya ke jinjang pelamin.

Macam gambar dibawah ni.Pasangan pengantin ini mengambil idea daripada mukabuku.


- Sweet kan? ( kredit to Pergh Rabak ) -

So,kepada pasangan pengantin yang masing2 ada akaun mukabuku..boleh la buat macam gambar di atas.hihihihiii...




p/s- Mr Teddy Bear,nanti kita buat macam ni..OK???


:: Pengalaman Hari Pertama Ke Sekolah ::

Views
Assalamualaikum.....Haluuuuuu,Cik Ross in the blog!!!

Ingat lagi,macam mana perasaan korang ketika kali pertama melangkah ke alam persekolahan?!

Hari ni saya nak bercerita dan mengimbau kenangan kita masa hari pertama ke sekolah.

Hari pertama memakai baju sekolah warna putih,kain blue black,kasut putih.Hehehe..




Yang lelaki kemas berpakaian sekolah dan rambut pendek.Perempuan pula comel dengan berambut ikat tocang atau dendan ataupun bertudung sopan.

Kenangan saya masa saya melangkah kaki ke alam persekolahan adalah saya dapat kawan baru dan sedikit 'teruja'.

Pengalaman saya sebagai guru pulak,melihat anak2 murid yang menangis dan tidak mahu masuk ke dalam kelas.Dipegang dan digenggam tangan ibubapa dorang seeratnya.

Dan cerita Pak Su saya pulak,anak sulungnya yang baru pra sekolah adalah bihun di atas kepala ketika ibunya ( Mak Su saya ) mengambil anaknya itu pulang daripada sekolah.Lagi best apabila dia membawa pulang 2 potong kek untuk adiknya di rumah..( bagus betul sepupu saya ni..hehehe )

Cerita sepupu saya pulak,bila dia tanya apa aktiviti anaknya di pra sekolah untuk hari ni?Anaknya menjawab,buat ular.( Maknanya main plastersin la tu )

Dulu masa kita sekolah dari tadika sampailah darjah 3,cikgu akan bagi plastersin tu dan buat la objek yang kita mahu dan kita suka buat...( aaahhhh,masih segar dalam ingatan.Selalunya ular la yang paling digemari untuk diuli.hahahhahhahaa )



Thursday, January 5, 2012

:: Spontaneous Thursday # 16 ::

Views
Assalamualaikum.....Haluuuuu,Cik Ross in the blog!!!

Antara akhlak orang yang berjaya adalah optimis dan tidak mudah berputus asa.

Dia juga mampu memperbaiki kesalahannya dan keluar daripada krisis atau masalah serta mengubah kerugian menjadi keuntungan.


Wednesday, January 4, 2012

:: Sekali Lagi,Kecewa ::

Views
Assalamualaikum.....Haluuuu,Cik Ross in the blog!!!

Malam ni,walaupun penat sebab hari ni adalah hari pertama kembali mengajar ( dah macam budak2 sekolah pulak ) setelah 6 minggu bercuti...saya masih menggagahkan diri dan mata untuk online seperti biasa.


- sangat kecewa,ok?! -


Bila dah online,tiba2 mata ni terpandang dan terbaca mengenai berita pasal personaliti tv3 yang cute dan hensem nak kahwin di mynewshub.my.Arrrgghhhh...sekali lagi kecewa kepada gadis2 yang terkejar dan mengejar si jejaka ini.

Siapa lagi kalau tidak lain dan tidak bukan...Ally Iskandar.

Khabarnya dia dan pasangan,Farah Lee akan bernikah pada 20hb.Januari ni.


- Ally dan Farah Lee ( pasangannya ) -


Nampaknya Ally dah jumpa pengganti Nur Aishah selepas pertunangan mereka putus pada bulan Jun.2011.

Mungkin inilah jodoh yang sesuai buat Ally.Manis pilihan Ally.Sopan dan bertudung.Sesuai dengan Ally yang cute tu.Hehehhee..

So,girls....u all dah melepas,OK?!!!!Hahahahahaa ( ketawa jahat!!! )



:: Wordless Wednesday # 21 ::

Views
Assalamualaikum.....Haluuuuu,Cik Ross in the blog!!!



Sekian,terima kasih.

Wassalam.



Sunday, January 1, 2012

:: Hari Pertama Di Tahun 2012 ::

Views
Assalamualaikum.....Haluuuuu,Cik Ross in the blog!!!

1hb.Januari.2012

Hari pertama di tahun baru ni,saya keluar bersukaria dengan adik angkat kesayangan.

Shopping2 menghabiskan duit dan makan2 sambil bergossip2 dan berborak sebab dah lama tak jumpa.Hehehhe.

Korang pulak,kemana??Apa aktiviti korang hari pertama di tahun 2012 ni?




p/s-Kadang2 lupa pulak,saya dah berada di tahun 2012.Masih lagi rasa tahun 2011 sebab tak mahu bertambah usia!!Hahahaaa..




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...