Monday, December 31, 2012

:: Redup Di Hujung2 Tahun 2012 ::

Views
Assalamualaikum.......Haluuuuuu,Cik Ross in the blog!!!

Dari pagi sampai la sekarang,cuaca mendung dan hujan renyai2.Seolah2 sedih untuk meninggalkan tahun 2012 ini.



Korang dah ada azam untuk tahun 2013??

Mai la kita share azam tu!!!

2013 yang akan datang beberapa jam lagi ni,saya mengharapkan akan ada perubahan status relationship saya dengan si dia saya.( Mudah2an,InsyaAllah )

Saya berharap juga,kehidupan saya di tahun 2013 akan lebih baik daripada kehidupan tahun 2012.

Saya tahu,semua orang mahu yang baik2 dan terbaik untuk life sendiri.Apapun,jangan kerana terlalu mengejar kemajuan atau kebaikan sehingga kita tidak sengaja menindas atau melakukan sesuatu yang buruk.

Ok??

Sekian,Wassalam.


:: Rahsia Punggung Dan Personaliti Anda ::

Views
Assalamualaikum......Haluuuuuuuuuu,Cik Ross in the blog!!!

Kabare??Waras??? ( Hohohohoo,tetiba cakap jawa plak pagi ni.Hehehe.Apa nak dikisahkan.Kita ni kan 1 Malaysia.)

Korang ada belek2 punggung korang tak kat depan cermin pagi ni atau sebelum2 ni?

Sure korang tak pernah terfikir untuk belek.Kan???Kan???Kan??Hehehe...

Ok,lepas ni korang dok depan cermin dan belek ye sebab saya nak share info pasal punggung ni.Ngeh3...




Punggung dan paha merupakan pusat segala pergerakan badan. Ia menentukan cara kita bergerak memajukan diri kita dalam kehidupan. Seperti anggota lain bentuk punggung juga boleh mengupas rahsia personaliti seseorang. Terdapat 5 bentuk punggung  iaitu bulat, seimbang,  rata, besar dan tinggi. Jom tengok yang  mana satu kah anda.
1. Bulat
Individu yang mempunyai punggung yang bulat adalah seseorang yang berjiwa kental, idealistik, periang, sentiasa bersemangat, pandai mengawal perbelanjaan, suka bersosial dan boleh bergaul dengan sesiapa sahaja. Dia juga seorang yang kuat dalam  mengharungi segala cabaran hidup sama ada cabaran yang baik atau yang buruk.
2. Seimbang
Paha dan punggungnya seimbang. Tidak terlalu besar. Tidak terlalu kecil. Tidak terlalu bulat dan tidak terlalu rata. Pemiliknya dikatakan seorang yang tenang dan pemurah. Bakal ibu dan bapa yang baik. Merupakan seorang ibu yang sangat penyayang dan jika pemilik merupakan lelaki dia boleh menjadi seorang bapa yang jelas pemikiran ke mana hala tuju keluarganya dan sangat berjaya dalam kerjayanya. Perjalanan hidup teratur tanpa banyak masalah dan stabil.
3. Tinggi
Punggung tinggi ke atas. Orang ini dikatakan mempunyai daya seks yang sangat tinggi. Sangat disukai ramai. Tidak kisah dengan kata-kata negative orang lain. Hatinya tidak mudah sensitif dengan kata-kata yang diluahkan orang lain. Suka berseronok. Orang jenis ini suka melakukan sesuatu mengikut hati dan perasaan bukan fikiran dan ini menyebabkannya sukar mendapat status tinggi dalam masyarakat.
4. Besar
Pemilik punggung besar dan paha besar seorang yang romantik,subur dan sihat. Mereka merupakan individu yang penuh penuh rasa cinta. Sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai cita-cita. Ceria, pemurah dan bijak menguruskan kewangan. Baginya tidak ada yang mustahil dan segalanya boleh diatasi. Sentiasa mengukur kejayaan diri dengan jumlah harta dan wang yang mampu dikumpulkan.
5. Rata
Punggungnya rata atau hampir samarata dengan badan. Ia melambangkan empunya diri yang lurus, bijak danterlalu idealistik. Seorang yang tidak pandai mencari peluang berniaga. Jika perempuan, ia dikatakan tidak subur dan tidak mempunyai anak lebih dari satu. Tidak mempunyai perancangan masa depan yang jelas. Terlalu berserah kepada keadaan tanpa ada insiatif untuk memajukan diri.
Mungkin tidak tepat 100%, tapi selalunya akan mengena sedikit sebanyak dengan personaliti kita yang sebenar. Jadi yang mana satukah anda?
 
Ha,apa tunggu lagi???

Cepat2 pergi belek punggung korang atau punggung si dia yang korang minat dalam diam!!Hohohooo...

Sekian,Wassalam.



Sumber : Penpatah





Wednesday, December 26, 2012

:: Bila Dah Membesar Di Bandar,Barulah kita Hargai Kampung ::

Views
Assalamualaikum.......Haluuuuu,Cik Ross in the blog!!!

Hai.morning!!!

Gile lama tak update entri dalam blog ni.Serius sangat2 sibuk dan tak ada masa untuk fokus pada blog ni.Huhuhuuu...

Last week,saya dan parents sempat balik ke kampung.Memang tak ada dalam plan untuk balik ke kampung baba yang terletak di utara Semenanjung Malaysia ( Perlis ).

Bila dah baba ajak balik kampung,memang macam berat hati sikit sebab bosan ( tak ada geng untuk sembang ) tapi dalam masa yang sama,seronok sebab dapat jumpa tok saudara dan saudara2 yang dah lama tak jumpa.( Harus kena kenal dengan saudara untuk merapatkan silaturrahim dan tahu mereka itu saudara kita.Takut nanti,TERkahwin dengan saudara sendiri yang kita tak pernah kenal.)

Perjalanan antara Taiping ke Perlis mengambil masa lebih kurang dalam 3 jam ( ni cara baba drive dengan kelajuan 90 - 100km/j dan akan berhenti rehat di R&R Gurun. )

Bila dah sampai di kampung,serius...memang sangat2 teruja dan exited bila pandang sawah yang terbentang luas di depan mata.

Apa lagi,bila dah exited.."mama,jom kita bergambar!"


- Sawah di depan rumah sepupu baba -


Sebelum balik Taiping,kami singgah solat sunat di Masjid Al-Hussain Kuala Perlis ( Masjid terapung ) berhampiran dengan jeti ke Pulau Langkawi.

  
 - Masjid Terapung,Kuala Perlis -


Bila dah selesai beli ole2,kami balik melalui tepi laut.Perrggghhh,memang best gile la.Tenang dan damai je sepanjang jalan.Rasa hilang semua masalah dan tekanan.


- Laut Kuala Perlis -

Ok,bye3 Perlis!!

Panjang umur,kita jumpa lagi!!!!



Sekian,Wassalam.





Monday, November 26, 2012

:: (FOTO)Anak Datuk K Selamat Bernikah Dengan Anak Datuk Seri Hishammuddin ::

Views
Assalamualaikum........Haluuuuuuu,Cik Ross in the blog!!!

Wowwww,anak tiri Datuk Siti Nurhaliza kahwin dengan anak pak menteri la...Itulah dinamakan jodoh.


Anas merupakan anak kepada Datuk K dengan bekas isterinya, Tengku Zawiyah manakala Allysa adalah anak Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein Onn dan Datin Seri Marsilla Tengku Abdullah.

Dalam majlis itu, Anas dinikahkan sendiri oleh Hishammuddin(bestnya bila ayahanda sendiri yang nikahkan anak perempuannya.)





- Pengantin dan ibubapa kedua2 belah pihak -



- Pengantin dan keluarga -


Semoga rumahtangga pasangan ini kekal bahagia sehingga ke akhir hayat dan dikurniakan cahayamata yang comel2 dan cute!!

Lepas ni,Datuk Siti Nurhaliza akan bergelar opah la ye.... V(^____*)v






p/s-Kredit to MyNewsHub




 


Thursday, November 22, 2012

:: ( FOTO )PRE WEDDING - Khairul Fahmi Dan Leuniey ::

Views


Assalamualaikum......Haluuuuuuuuu,Cik Ross in the blog!!!

Jom kita cuci mata dengan gambar2 pre wedding penjaga gol kebangsaan dan pasangannya.




Kedua-dua pasangan ini yang berasal dari Kelantan bakal melangsungkan pernikahan di kediaman Leuniey di Pasir Pekan, Tumpat, Kelantan, jam 9 pagi pada 28 Disember 2012.




Kita doakan semoga perkahwinan mereka ini kekal bahagia sehingga ke akhir hayat dan di kurniakan cahayamata yang comel2.




Semoga dengan perkahwinan mereka ini akan menamatkan kontroversi yang sering melanda diri Khairul Fahmi ni.InsyaAllah....

Sekian,Wassalam.



p/s-sumber dari OhBulan




Wednesday, November 21, 2012

:: Bau Ketiak Pemain Team Bangladesh Punca Seri Team Malaysia ::

Views


Assalamualaikum.....Haluuuuu,Cik Ross in the blog!!!





Haddoooiii,apakah ini alasan yang munasabah????

Korang boleh terima alasan ini tak???

Kalau betul alasan yang Rajagopal beri ni,akan datang pemain2 Malaysia kena bawa spray Rexona atau minyak wangi bersama dalam padang untuk spray ketiak pemain2 yang berbau.Hahahahaa...

Sekian.Wassalam.



Tuesday, November 13, 2012

:: Muka PENCURI Handphone Blackberry ::

Views
Assalamualaikum........Haluuuuuuuuuuuuu,Cik Ross in the blog!!!

Sekadar nak share dengan korang semua,wajah PENCURI yang mencuri handphone blackberry milik sepupu saya,Nisa di kedai Roses Sourvenir & Home Deko ( milik sepupu saya ni ) yang terletak berhampiran AEON Station 18,Ipoh siang tadi.




Lelaki yang berkaca mata hitam itu la PENCURI yang dikehendaki.Perempuan berbaju pink itu adalah isterinya.

Agaknya suami isteri ni memang dah berpakat kot.Dan maybe dorang lupa atau tak tahu kedai ni ada cctv yang boleh rakam setiap kejadian yang telah berlaku.

Kalau di dunia ini dia terlepas dari hukuman,biarlah.Tapi,di akhirat nanti dia akan terima hukuman daripada Allah.Allah Maha Melihat dan Mengetahui apa yang telah dia lakukan.

Sekian,Wassalam.




Saturday, November 10, 2012

:: Cuti Sekolah Bermula ::

Views
Assalamualaikum.........Haluuuuuuuuuu,Cik Ross in the blog!!!

Selamat pagi.

Bangun pagi ni,rasa nyaman dan bahagia kerana dah cuti sekolah dah bermula hari ni.Seronoknyaaa!!!






Bila dah cuti,maksudnya sessi pembelajaran tahun 2012 telah pun tamat.

Selamat bercuti kepada mereka yang masih bergelar pelajar sekolah ( yang masih berpakaian uniform sekolah ) dan kepada cikgu2 jugak!!


Sekian,Wassalam.




Sunday, October 28, 2012

:: JANGAN Dipukul Anak Kecil Yang Menangis ::

Views

Assalamualaikum...............Haluuuuuuuu,Cik Ross in the blog!!!



Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda :

Janganlah kamu pukul anak-anak kamu di sebabkan mereka menangis dalam masa setahun. Kerana pada empat bulan pertama kelahiran nya Ia bersyahadat LAA ILAAHA ILLALLAH. Pada empat bulan kedua pula ia berselawat ke atas Nabi s.a.w. Dan pada empat bulan seterus nya pula ia mendoakan kedua ayah bonda nya.
( H.R. Abdullah Ibnu
Umar r.a. ).

Baginda Rasulullah s.a.w. menjelaskan bahawa tangisan anak di waktu kecil pada bulan pertama adalah tanda ia bertauhid kepada Tuhan Nya dan empat bulan kedua pula ia membacakan selawat kepada Nabi nya dan empat bulan seterus nya ia memohon istighfar untuk kedua ayah bonda nya.


Bersabda Baginda Rasulullah s.a.w. :

Anak-anak sebelum sampai ia baligh maka apa-apa yang di perbuat nya daripada kebaikan maka di tuliskan untuk nya dan kedua ibu bapa nya.
Dan apa yang di perbuat nya daripada kejahatan maka tiadalah di tulis untuk nya dan tidak pula di tulis untuk kedua ibu bapa nya.
Apabila ia telah baligh maka berlakulah yang di tulis itu atasnya ia itu segala amal baik atau buruk nya.
( H.R.Imam Anas bin Malik r.a.)

Harap dapat la terap kan kesabaran yang lebih untuk mendidik anak-anak. 
 
*Sekadar share untuk ingatan bersama.
 
 
 
Wassalam.
 
 

Sunday, October 14, 2012

:: Dah Confirm!!! ::

Views

Assalamualaikum..............Haluuuuuuuuuu,Cik Ross in the blog!!!

Esok anak2 murid saya mula exam akhir tahun selama seminggu.

Macam biasa dan dah berbuih2 mulut ( bukan sebab makan sabun! ) beritahu kepada dorang supaya baca buku dan ulangkaji semua pelajaran.

Exam akhir tahun adalah penentuan kelas mereka untuk kelas tahun depan.

Dan sememangnya saya dah pasti dan memang confirm sangat2 la,dorang TAK BACA buku!!!!Hahahahaaaa...Sebab saya dulu pun macam tu jugak!!!Hanya harap ilmu yang cikgu ajar dalam kelas je.Heheheheee

So,cikgu borek anak2 murid rintik!!!Ngeh3....




:: Gara2 Iklan ::

Views
Assalamualaikum........Haluuuuuuuu,Cik Ross in the blog!!!

Tahap kemalasan untuk update blog memang la sangat menebal.Tak tahu kenapa.Maybe sebab bila saya update,ada je yang nak tahu.( baca dan faham sendiri sudah! )

Last week saya ada komen gambar2 perkahwinan kenalan dan salah satu gambar itu anaknya sendiri menjadi flower girl.Memang cute la bila ada budak2 yang jadi flower girl.

Kemudian,kenalan saya ni komen anak2 daranya pernah tanya kepada dia,"apakah badan mereka akan menjadi seperti ibu yang debab dan gemuk?"

Addddooiii,apa punya soalan la tu?!Bertuah punya anak.Huhuhuuu..Saya sendiri pun tak pernah terlintas mahu tanya soalan macam tu kepada mama saya.

Apabila kenalan saya ni beritahu,rupanya anak2 dara dia ni terpengaruh dengan iklan,"kalau kita nak tahu macam mana rupa isteri kita apabila dah tua,lihatlah ibunya"

Ha,ni la padahnya kalau terpengaruh kepada iklan!!!



Friday, October 5, 2012

:: Ikut Kemampuan Sendiri,Jangan Ikut Orang ::

Views
Assalamualaikum........Haluuuuuuu,Cik Ross in the blog!!!

Malam ni nak update entri sambil tonton tv drama Runtun Qalbu di tv3.

Korang,kalau berbelanja mengikut kemampuan korang ataupun ikut orang??

Ramai orang sekarang ni,belanja mengikut orang.Bukan kemampuan sendiri.

Kalau orang lain buat itu,beli ini..Dia pun sibuk la,nak ada juga.Walaupun kena berhutang.Sanggup!!!

Biar tanggung hutang banyak,asalkan dia sama seperti orang dia lihat.

Ibarat seperti,"biar papa,asalkan bergaya!"

Setuju tak??


Wednesday, September 26, 2012

:: Wordless Wednesday # 31 ::

Views
Assalamualaikum......Haluuuuuuu,Cik Ross in the blog!!!



Sekian,Wassalam....




Monday, September 24, 2012

:: Lilin Pada Mee Segera??? ::

Views
Assalamualaikum......Haluuuuu,Cik Ross in the blog!!!

Korang suka makan mee segera???

Semua orang suka makan mee segera.Terutama bila poket dah susut duit atau dalam keadaan darurat ( malas nak keluar rumah mencari makanan.)

Tahukah korang mee segera yang anda makan dilapisi lilin (wax) bagi menghalangnya melekat dan nampak lebih cantik semasa korang memasaknya.

Tubuh kita pula memerlukan 4-5 hari untuk mengeluarkannya dari sistem pencernaan kita.

Jadi apa yang perlu anda lakukan untuk mengurang risiko lilin di dalam mee segera yang anda makan? Jika anda terpaksa makan mee segera ikutilah langkah berikut:Masak mee segera dalam periuk.


1. Bila sudah masak, toskan air bagi membuang kandungan lilin. Bilas dengan air biasa bagi memastikan baki lilin betul-betul hilang.


2. Masukkan mee tadi ke dalam bekas yang mengandungi air panas sebelum memasukkan bahan perasa yang disediakan.

Makan seperti biasa.Apa pun nasihat dari saya yang juga seorang penggemar mee segera,eloklah kurangkan kebiasaan memakan mee segera terutama bagi mereka yang masih bersekolah.




sumber : Penpatah 


 

Sunday, September 23, 2012

:: Layak Ke Dia Dipanggil Kawan?? ::

Views
Assalamualaikum......Haluuuuuuuuuuu,Cik Ross in the blog!!!

Dah lama tak update blog!Rindu gile sehhhhh,tapi idea kering kontang.So,memang tak boleh buat apa2 la..huhuhuuu..


Sampaikan ada yang tegur,saya dah lama tak update blog!!Addoooiii...nak buat macam mana,memang dah puas diperah2 otak untuk keluarkan idea.Tapi,still jugak tak ada.Huhuhuuu ( kesian sama saya kan??!! )


So,malam ni idea dah datang walaupun kisah/cerita yang saya nak update ni dah 2-3 minggu yang lepas.Tak pe la kan...( janji aku update entri yang dah berkurun tak update )


Kisah ni pasal sorang kawan saya yang memang suka jugak la bertanya,bila saya mahu kahwin?!


Agak rimas bila orang sekeliling pulak yang sibuk bertanya.Padahal,mama dan baba sendiri tak pernah tanya bila anak dara bongsu dorang ni nak kahwin?!Pelik....tapi,itulah lumrah kehidupan manusia yang sentiasa sibuk pasal orang!!!!


Kawan saya ni,dah kahwin 2 tahun lepas dan dah pun dikurniakan cahayamata.Bila soalan yang saya paling tak suka diajukan,saya pun menjawab.."insyaAllah hujung tahun depan or awal tahun 2014 sebab si dia saya tu masih belajar.So,bagi dia kerja dulu la."


Boleh pulak kawan saya ni balas,"lambat lagi...Eh,nak tanya satu soalan ni.Tapi jangan marah ye!"

Saya dengan baik dan lemah-lembutnya membalas,"ok.Apa dia?"

"Hang percaya ke?kalau nanti hang tunggu dia tapi dia kahwin dengan orang lain.Kita ni makin tua.Lelaki tak apa."

Perrggghhh,gila babun la bila saya dengar soalan dia tu.Tiba2 rasa macam darah naik ke kepala!!Memang cari nahas laaaaa perempuan ni.

Saya pun dengan tenang jawab,"insyaAllah..aku pegang pada jodoh.Ada jodoh,ada la sebab jodoh ni kan urusan Allah.Kita usaha,tp Allah tentukan.Jodoh lewat pun,ada hikmahnya.Sekarang ni,baru aku 'kuat'.Aku dah sedia untuk kecewa.Dalam perkahwinan pun ada jugak perceraian.So..apa la sangat dengan hubungan couple.Bila kita dah sanggup terima 1 ikatan/hubungan..kita kena sanggup terima kekecewaan."

"Jangan ingat...perkahwinan tu dah SELAMAT!Kahwin pun leh cerai",sekali lagi saya tekankan kepada dia tentang Qada' dan Qadar Allah.

Saya sangat kecewa apabila kawan saya yang sorang ni berkata begitu kepada saya.Pada saya,sebagai seorang kawan yang baik...dia seharusnya mendoakan saya supaya cepat berkahwin.Bukannya meng'api'kan saya.

Bila saya bersembang dengan kawan2 lain,semua cakap dia tu tak patut cakap macam tu kepada saya.Semua ini adalah takdir Allah.


Thursday, August 30, 2012

:: Spontaneous Thursday # 20 ::

Views
Assalamualaikum......Haluuuuu,Cik Ross in the blog!!!


Nilai diri seorang gadis/wanita bukan terletak kepada nilai hantarannya.Tetapi kepada keperibadiannya dan agamanya.


Sekian,Wassalam.



Wednesday, August 8, 2012

:: Wordless Wednesday # 30 ::

Views
Assalamualaikum.....Haluuuuuuuu,Cik Ross in the blog!!!


Sekian,Wassalam.







Friday, August 3, 2012

:: Budak2 Sekarang....Sekolah Tak Abis Lagi Dah Pandai Nak Cinta2 ::

Views

Assalamulaikum......Haluuuuuu,Cik Ross in the blog!!!

Malam ni baru datang idea nak update blog setelah bersawang tak update.huhuhuu..

Bukan sibuk kira duit raya,tapi sibuk mencari sumber duit raya!huhuhuuu...

Macam biasa la,acara wajib setiap malam yang free adalah check fb tu dulu.Komen2 apa yang patut dan 'cuci2 mata' dengan gambar2 yang kawan2 post.

Tetiba,saya tertarik la dengan 1 status daripada akaun fb bekas anak murid saya yang sekarang ni dah umur 15tahun.Lelaki,tau!!Tapi,still 'katik' macam zaman sekolah rendah.heheheee ( nampak tu,bekas guru dia mengutuk baguiiiihhh punya!!hahahaha )

Bila saya amati status fb dia ni,seolah sedang dilamun cinta!( aaaiiisshh,budak ni memang laaaa )

Dan untuk memuaskan hati saya,saya pun klik la profile dia.Sememangnya dia sedang 'mabuk' bercinta dengan sorang girl yang sama sekolah dengan dia.

Yang paling tak tahan tu,status relationship dorang bukannya 'ada hubungan khusus'...sebaliknya,'tunang'.Perrrgghh,gile laaaaa budak2 ni.

Moral of the story,budak2 sekarang memang dah terlebih 'maju'.Huhuhuu...



Sunday, July 22, 2012

:: Cerekarama TV3 : Perempuan Neraka ::

Views
Assalamualaikum.......Haluuuuuuuu,Cik Ross in the blog!!!

Malam tadi,siapa yang tonton cerekarama di tv3 "Perempuan Neraka"??



Apa yang boleh korang katakan tentang drama tu?

Saya mula2,tengok drama tu sambil mengadap lappy ( FB la tu ).

Tapi,bila dah mula tengok memang menarik dan tertarik.Jalan cerita pun best!

Kesian suami ( Hashim ) yang di control isteri ( Intan ).Kerja penat2,duit hasil titik peluh sendiri tak dirasa.Isteri habiskan dan merasa nikmat duit suami.Dah tu,masak bekal untuk suami pun hanya telur goreng je.Layan suami,macam suami tu tak ada nafsu dan perasaan!

Nauzubillah......

Saya tak mahu jadi macam tu.Saya sayang bakal suami saya!InsyaAllah saya mahu jadi isteri yang solehah untuk suami.Ibu yang mithali untuk zuriat kami.( gatai la niiiiiii )

Tapi,apa yang dipaparkan drama tu memang ada berlaku.Tambah2 zaman sekarang ni ( akhir zaman ).


:: Terawikh ke,Tarawih?? ::

Views
Assalamualaikum......Haluuuuuuu,Cik Ross in the blog!!!

Sedar tak sedar,dah 2 malam kita dapat menunaikan solat sunat tarawih.Alhamdulillah,Allah masih lagi beri kita nikmat untuk menunaikan solat sunat itu yang hanya sebulan untuk setahun.

Sebenarnya,kadang2 orang ni suka salah faham.Bagi mereka,solat sunat tarawih ni hanya boleh dilakukan di masjid/surau sahaja.Kalau tak pergi masjid/surau,maknanya kita tak boleh nak bersolat sunat tarawih.

Padahal,kat rumah atau di mana sahaja kita boleh melakukannya.Cuma bezanya pahala jemaah kita tidak dapat jika melakukannya berseorangan di rumah.Lainlah kalau berimam!

So,lepas ni jangan silap2 atau salah faham ye!



Saturday, July 21, 2012

:: Bermulalah Episod Puasa,Sakit Pun Datang Laaaaa ::

Views
Assalamualaikum.....Haluuuuu,Cik Ross in the blog!!!

Siang tadi,semua umat Islam mula berpuasa.Bagi yang uzur,dikecualikan untuk berpuasa tapi harus diganti puasanya itu ye!Jangan nak ngelat2 atau malas untuk ganti puasa!WAJIB tau!!!!


- sumber google -


So,bermulalah juga beg plastik hitam untuk bungkus makanan kepada pembeli Islam yang tidak berpuasa di kedai2 makan yang menjual kepada orang yang tidak berpuasa.

Selain beg plastik hitam,tirai juga disediakan untuk mereka yang tidak berpuasa itu makan di kedai makan ye.Kononnya tirai tu nak 'cover' orang tu laaaa,tapi dorang lupa yang ALLAH tetap lihat walau macam mana dorang 'cover' pun!Duduk la dalam bilik ke,dalam rumah ke...tetap ALLAH 'tahu' dan 'nampak'.

Bila bulan Ramadhan ni,tidak kisah dah.Kedai cina ke,india ke...tibai semacam je!!!

Kalau bulan lain,kemain lagi.Tak halal la...tak bersih la...macam2 aje alasan!

Dan yang paling sedih,bukan kanak2 yang tak puasa.Tapi,orang tua yang pangkat 'datuk orang'.Dan beruban,selamba je makan!Ish3....Ke manakah hilangnya perasaan malu dorang ni???

Bila ditanya,"kenapa tidak puasa?"Senang je jawapannya,"gastrik."

Aiikkk,bulan lain tidak pulak datang sakit 'gastrik'.

Dunia ini hanya sementara.Dan pinjaman daripada Allah untuk kita.Tapi,kalau dah leka dengan dunia sehingga abaikan akhirat ( perintah Allah )...Nauzubillah.




Tuesday, July 17, 2012

:: Ramadhan Is Coming ::

Views
Assalamualaikum........Haluuuuuuuuu,Cik Ross in the blog!!!

Sila kira dengan jari berapa hari lagi kita nak sambut bulan Ramadhan!

Sila kira,berapa jam lagi kita akan berada di bulan Ramadhan!


- sumber google -


Bahagia dan bertuahnya kita masih bernafas di saat ini ( tak tahu,sempat atau tidak menyambut Ramadhan sebab lagi 3 hari je lagi.Macam2 boleh berlaku.Kita tidak tahu )

Bila sebut pasal Ramadhan dan puasa,teringat pulak kepada anak2 murid saya di sekolah.Masing2 sibuk mengira hari nak puasa.

Tapi,yang paling best apabila dorang cakap,"nak makan puas2 sebab nanti dah puasa,tak boleh nak makan dah!!"dengan muka selamba dan bersungguh-sungguh.

Addooooi,sabar jelah dengan dorang ni.Tapi,itu kalau budak2 yang usia mereka belum matang dan boleh berfikir.

Macam mana pulak kalau orang dewasa macam kita ni ( eh2,dah dewasa ke??masih muda remaja sebab belum kahwin!!!hahahaaa ) bercakap macam tu!

Tidakkah ia nampak macam lawak dan orang yang bercakap tu,seolah tidak cerdik dalam soal puasa!!( burok beno perangai!!! )




Friday, July 6, 2012

:: Kalau Sayang........ ::

Views
Assalamualaikum.......Haluuuuu,Cik Ross in the blog!!!

Semalam cuti,hari ni pun cuti.Addduuuuusss,bahagianya rasa!!!Hehehhee..Saje apply cuti yang masih bersaki-baki untuk tahun ni.

Sayang.Apa yang korang tahu dan faham mengenai perasaan sayang?

Semua orang ada perasaan sayang.Sayang kepada keluarga,sayang kepada pasangan,sayang kepada Allah.

Tapi,berapa ramai yang betul2 menghargai perasaan sayang itu?

Maksud saya,apa yang korang akan buat kalau korang betul2 sayang kepada sesorang itu?Pastinya korang sanggup lakukan apa sahaja untuk dia.Betul tak??

Tapi,itu hanyalah jika dia masih bernyawa dan berada di depan mata.

Macam mana pula kalau orang yang korang sayang itu dah meninggal dunia?

Macam mana korang nak lahirkan perasaan sayang korang tu kepada dia??

Mama dan baba selalu pesan,kalau betul sayangkan sesorang yang dah meninggal...rajin2 la sedekahkan Al-Fatihah dan sekali-sekala buat kenduri untuk dia.Bersedekah untuk dia.Dan jangan tinggalkan solat ( jika dia adalah ibu atau bapa kita ).

Hanya itu sahaja cara yang boleh kita 'tunjukkan' perasaan sayang kita itu.


Wednesday, July 4, 2012

:: Saya Masih Belum Bersedia :

Views
Assalamualaikum.....Haluuuuuu,Cik Ross in the blog!!!

Tengah hari semalam,kami mendapat panggilan telefon mengatakan adik lelaki baba yang berada di Miri,Sarawak telah kembali ke Rahmatullah.( Innalillah..... )

Pak Njang saya sememangnya tidak berapa sihat dan baru lepas menjalani pembedahan masukkan semula ususnya.

Bila saya kenangkan,kasihan kepada anak2nya yang masih belum 'lepas' berumahtangga walaupun ketiga-tiga anaknya telah habis belajar dan sudah bekerja.

Bayangkan,hari Isnin ( 2hb.Julai ) anaknya menghantar sms kepada baba mengatakan ayahnya telah keluar hospital dan pulang ke rumah.Dan semalam ( 3hb.Julai ) dia telah meninggal dunia di rumahnya.

Sangat2 terkejut dan ia memang diluar jangkaan.Tapi,itulah 'kuasa' Allah dan sememangnya ajal telah tiba.Tidak akan lewat walaupun seminit.

Tak dapat saya bayangkan jika saya berada dalam situasi mereka.

Ya Allah,sesungguhnya hambaMu ini masih belum bersedia untuk kehilangan insan2 yang saya disayangi.




:: Wordless Wednesday # 29 ::

Views
Assalamualaikum.....Haluuuuuuu,Cik Ross in the blog!!!



Sekian,Terima kasih.

Wassalam.



Friday, June 29, 2012

:: Alhamdulillah,Irma Hasmie Dah Selamat Bergelar Isteri ::

Views
Assalamualaikum......Haluuuuuu,Cik Ross in the blog!!!

TAHNIAH buat Irma Hasmie yang telah selamat menjadi isteri orang.Semoga mereka bahagia melayari ikatan suami isteri ini dan dikurniakan cahayamata yang comel2.





Kredit gambar to OhBulan


Friday, June 22, 2012

:: Turki Memang Negara Yang Bersih!!!! ::

Views
Assalamualaikum......Haluuuuuuu,Cik Ross in the blog!!!

Bukan saya nak memuji negara orang terlebih2,ok!Tapi,memang hakikat sebenarnya Turki adalah negara yang bersih.Kalah negara Malaysia kita ni.Serius!!!

Memang sampai ke hari ini dan saat ini bibir kami ( semua ahli2 rombongan ) masih memuji2 kebersihan negara Turki.

- Sangat teruja tengok air pancut di bulatan ini -


- Pekerja pembersihan sedang melakukan kerja2 pembersihan -


- Cantikkan bunga2 ros yang merah menyala tu -


- Ada korang nampak sampah di jalanraya??? -

Ini baru negara Islam.Mementingkan kebersihan!

Islam suka kepada kebersihan kerana kebersihan itu separuh daripada iman.



Sunday, May 20, 2012

:: Facebook Buat Kita Jadi Busy Body ::

Views
Assalamualaikum......Haluuuuuuu,Cik Ross in the blog!!!

Kadang2 antara kita sedar atau tidak,sebenarnya kewujudan laman sosial seperti facebook atau apa2 sahaja yang berkaitan dengan teknologi membuatkan kita lebih peka ( bukan pekak ) dengan dunia.

Dan antara kita sedar atau tidak juga,facebook sebenarnya membuatkan kita menjadi seorang yang busy body!

Semua cerita pasal mereka yang menjadi 'kawan' dalam friend list,kita tahu dan kita baca.Tak perlu pergi ke wall 'kawan' kita tu,kita dah boleh baca apa yang telah dia update.

- Contoh sahaja -


Bagi sesetengah orang,mungkin sekadar membaca dan tidak ambil kisah tentang apa yang telah di update oleh 'kawan' tersebut.Tapi,untuk orang yang memang nak ambil kisah dan nak ambil tahu...dia akan menyelidik dan kadang2 akan sibuk 'mengorek rahsia hati' orang tersebut sampai kita tahu hal sebenar.

Tepuk dada,tanyalah diri sendiri!!!


p/s-suka facebook dahulu kala!




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...