Saturday, December 31, 2011

:: Selamat Tahun Baru 2012.Apa Azam Tahun Baru Korang?? ::

Views
Assalamualaikum.....Haluuuuu,Cik Ross in the blog!!!

Hari ni,hari terakhir kita di dalam tahun 2011 sebelum melangkah ke tahun 2012.

Sedihkah korang untuk meninggalkan tahun 2011 ni??Suka atau tidak,kita harus dan 'wajib' melangkah ke tahun 2012.

Bila 2012 menjelma,maknanya usia pun akan meningkat juga..( aarrgghhh,tak suka!!! )

Tentu banyak peristiwa yang dah berlaku kepada korang ( saya juga ) di dalam tahun 2011 ni.

Suka dan duka.Gembira dan sedih.Semuanya ada.

Apakah azam tahun 2011 ni telah berjaya ditunaikan??

Agaknya apa azam tahun baru korang?

Setiap tahun korang akan ada azam.Tapi,berjayakan dilaksanakannya????

Kalau ada azam yang masih belum korang laksanakan/kecapi...tunaikan azam itu di tahun 2012 pula.

Kepada blogger2 semua,saya mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2012 dan semoga apa jua azam korang akan tercapai.



Thursday, December 29, 2011

:: Spontaneous Thursday # 15 ::

Views
Assalamualaikum.....Haluuuuuu,Cik Ross in the blog!!!

Jika anda mahu membuat sesuatu,anda akan mencari jalan.

Jika anda tidak mahu membuat sesuatu,anda akan mencari alasan!!!

Wassalam.



Wednesday, December 28, 2011

:: Wordless Wednesday # 20 ::

Views
Assalamualaikum......Haluuuu,Cik Ross in the blog!!!



Sekian,Wassalam...




Saturday, December 24, 2011

:: Tak Boleh Potong Kuku Ketika Haid???? ::

Views
Assalamualaikum.....Haluuuuuu,Cik Ross in the blog!!!

Ini kisah saya ketika di alam persekolahan menengah la ye...

Kisahnya,bila pengawas nak check time perhimpunan atau spot check..dan ketika itu kuku panjang,mesti akan memberi alasan,"period ( maklumlah...orang perempuan,senang la nak kelentong!!Takkan dorang sanggup selak kain untuk meng'confirm'kan betul2 datang darah kotor )" hahahhahaaa..

Yang peliknya,masa saya sekolah rendah..tak ada pulak statement pasal tak boleh potong kuku ketika period.

Selalunya,statement macam ni berlaku di kalangan pelajar2 berasrama.Tak tahu la sekolah lain macam mana.

Tapi,itulah alasan yang paling selamat daripada di denda oleh pengawas.

Dan bila dah besar gedabak macam ni,masih lagi percaya dengan alasan palsu tu.Hahahhaaa..

Yang sebenar2nya,kononnya "tak boleh potong kuku masa period" tu...adalah SALAH sama sekali.

Kuku tak boleh dipotong hanya ketika di dalam ihram sahaja!!!!





Friday, December 23, 2011

:: 100 Langkah Selepas Makan ::

Views
Assalamualaikum.....Haluuuuu,Cik Ross in the blog!!!

Dulu2,masa saya kecil...kalau dah kenyang lepas makan,mama atau arwah opah saya mesti akan cakap,"jalan 100 tapak dulu sebelum nak baring atau duduk berehat."

Bila tanya kenapa harus buat macam tu?

Jawapannya,"Bagi nasi turun ke kaki."


- Jalan2 macam ni ye... ( @ pasar filipina,Sabah ) -


Barangkali jawapan tu macam agak kelakar,tapi secara logik memang ada betulnya.

Apabila kita berjalan 100 tapak/langkah selepas makan,makanan yang kita makan tadi akan dapat diproses dengan baik.

Lagi satu,boleh menghalang kita daripada kegemukkan juga.

Oleh itu,marilah kita berjalan2 100 langkah selepas makan.....



p/s-Mr Teddy Bear,jom kita jalan2!




Thursday, December 22, 2011

:: Segmen : Bloglist Cik Ross Edisi Hari Lahir ::

Views
Assalamualaikum....Haluuuu,Cik Ross in the blog!!!

Tetiba terasa nak update bloglist sempena hari lahir saya semalam..( 21hb.Disember )

So kalau korang berminat untuk join bloglist saya ni..sila la tengok apakah syarat2nya ye.


- Banner segmen -


1. Tak yah jadi follower pun tak apa.Terserah pada korang.Tiada paksaan!

2. Copy paste banner di atas.

3. Letakkan banner kat entri korang yang bertajuk "Bloglist Cik Ross edisi Hari Lahir"

4. Dah siap entri,link kan semula kepada kotak komen di sini.

5. DONE!!!!


Tarikh tutup penyertaan adalah......suka hati saya!Heheheheee..





p/s - Segmen bloglist akan terbatal jika penyertaan kurang daripada 10 orang.Huhuhuhuu..





:: Spontaneous Thursday # 14 ::

Views
Assalamulaikum.....Haluuuuu,Cik Ross in the blog!!!

Apalah yang nak dibanggakan di dunia ini..

Dunia adalah 'pinjaman' daripadaNya.


Wassalam....



Wednesday, December 21, 2011

:: Worless Wednesday # 19 ::

Views
Assalamualaikum.....Haluuuu,Cik Ross in the blog!!!



Sekian,Wassalam..


p/s - Selamat hari lahir untuk diri sendiri V(^__*)v



Tuesday, December 20, 2011

:: Air Tangan,Bukan Air Basuh Tangan ::

Views
Assalamualaikum..........Haluuuuu,Cik Ross in the blog!!!

Ehhh,korang tau ke 'air tangan' tu apa??

Bukan air basuh tangan tau!!

'Air tangan' tu adalah hasil masakan yang dimasak sendiri oleh ibu kita/seseorang.

Setuju tak kalau saya cakap,masakan daripada 'air tangan' ibu memang sedap walaupun hanya sayur bayam rebus sahaja.


- Sedap tak menu yang mama saya masak?? -


'Air tangan' ibu ni...masak apa pun sedap!

Masak cabai ikan goreng saja pun boleh buat kita menambah nasi berpinggan2.Betul tak???



Monday, December 19, 2011

:: Review Blog : Pilihan Saya Petang Ni ::

Views
Assalamualaikum.....Haluuuu,Cik Ross in the blog!!!

Petang ni agak kebosanan sambil menunggu drama "Tentang Dhia" kat TV3,saya sempat review blog yang saya rasa menarik dan sweet.

Dan blog yang sempat saya review adalah....

- Tuan blog bernama Aqma -
- Ramai juga follower dia ni -
- Student UIAM -



Ok,lain kali saya review blog lain pulak yeeeee ...





:: Suka Atau Tak...Itulah Dia ::

Views
Assalamualaikum.....Haluuuu,Cik Ross in the blog!!!

Perasan atau tidak,selalunya kita akan dapat apa yang kita tak mahu.Dan apa yang kita mahu,mesti akan ada halangan.Senang cakap,memang tak akan dapat!!!

Betul tak???!!

So,suka atau tak....kena la terimanya seadanya dengan senang hati dan berlapang dada.



Sunday, December 18, 2011

:: Kenapa Lelaki Suka Payudara Wanita? : Apa Kata Lelaki ::

Views
Assalamualaikum.....Haluuuuu,Cik Ross in the blog!!!

Baca tajuk entri aje dah boleh bikin 'panas' kan,walaupun malam2 macam ni agak sejuk..hehehe ( gatai sungguh noooooo )

Sebenarnya saya tertarik tentang tajuk entri ni apabila saya membaca 'share' di FB oleh satu page ni.

Kenapa saya berminat untuk membacanya??

Sebab saya perempuan dan nak tahu,apakah sebabnya?!Dan apa yang menarik sangat.....

Bila saya klik dan bacanya..errrrmmm,no komen!!!!

Setiap orang lain pendapat dan pemikirannya.

So,kalau korang ( perempuan ) nak tahu sebab kenapa lelaki suka payudara wanita,sila la klik di sini. Dan korang akan tahu jawapannya.

Wahai lelaki...benarkah apa yang dikatakan di laman blog itu??



:: Batak?? ::

Views
Assalamualaikum......Haluuuuu,Cik Ross in the blog!!!

Morning!!

Sekejap aje masa berlalu...dah nak habis cuti sekolah.Huhuhuu...Sedih tol.

Saya masih ingat lagi,masa sekolah dulu..dari zaman sekolah rendah,sampai la sekolah menengah...kawan2 pakat sibuk belajar dan cakap bahasa batak.

Konon2 macam bahasa rahsia la.Hehehehe..

Errrmmm...tapi,yang bestnya..sampai sekarang saya masih lagi tak tau nak cakap bahasa batak tu.

Kalau orang cakap,saya faham la.Hehehhee...



Saturday, December 17, 2011

:: Dalam Pandai,Ada Juga BODOHnya ::

Views
Assalamualaikum....Haluuuu,Cik Ross in the blog!!!

Kelmarin,saya ada baca artikel tentang perkahwinan homoseksual ( lelaki dengan lelaki ).Mulanya saya ingatkan bangsa asing.Rupanya perkahwinan itu adalah perkahwinan antara benua.Kacukan 'mat saleh' dengan melayu.

- kredit to kakinakl.com -

Nauzubillah.......... ( mengucap panjang saya dibuatnya )

Lelaki melayu yang belajar bidang kedoktoran ( of course pandai la kan,sebab bukan senang nak jadi doktor )boleh terjebak dengan perkara sebegini.

Betapa jahilnya dia tentang Islam.Terlalu mengikut kehendak nafsu dan hati,beginilah jadinya.

MasyaAllah......

Apa nak jadi dengan umat Islam sekarang?

Jauh terpesong.Nak kata tak pandai,pandai ( sebab boleh belajar sampai ke luar negara ).

Kesian kepada ibubapa dia yang dapat anak macam ni.Malu keluarga.Tercemar maruah keluarga...

Itulah,dalam pandai manusia ni...ada juga BODOHnya.

Selebihnya korang baca la artikel di sini.

Wednesday, December 7, 2011

:: Buat Panggilan Palsu Kerana Nak Halang Kekasih ::

Views
Assalamualaikum....Haluuu,Cik Ross in the blog!!!

Manusia ni kadang2 nak kata tak ada akal,ada otak.Nak kata bodoh,ada akal.Errmmm...manusia ni memang sangat2 pelik.

Semalam,saya terbaca berita mengenai cerita tentang seorang kekasih sanggup membuat panggilan palsu mengatakan ada bom di laluan keretapi ke Kuala Lumpur untuk halang kekasih hatinya yang mahu berhijrah ke ibu kota.

Apa la bijak sangat sehingga buat perkara macam tu.

Allah dah beri akal dengan baik supaya kita boleh berfikir dengan sewarasnya dan sebijaknya.Tapi,kenapa tidak menggunakan akal tu??!!

Kalau ye pun nak gagalkan rancangan makwe tu untuk berhijrah ke Kuala Lumpur,buat la rancangan lain.

Ikut sekali kekasih tu untuk berhijrah ke sana.Cari kerja kat sana jugak.

Ataupun,buat la kejutan kat dia.Melamar dia kat stesen keretapi ke...ala2 cerita hindustan gitu!Hehehhee...

Sekarang ni,dah dia ditahan polis dan di dakwa atas sabit kesalahan membuat panggilan palsu.(haaaaa,kan dah menyusahkan dan merugikan diri sendiri )


Tuesday, December 6, 2011

:: Kenapa Harus Cakap Kuat2 Kalau Dengan Family Sendiri ::

Views
Assalamualaikum.....Haluuuu,Cik Ross in the blog!!!

Saya selalu perhatikan,kebanyakan orang kalau bercakap dengan family sendiri mesti dengan nada yang tinggi atau kasar.

Tapi,kalau dengan orang...bukan main sopan dan lembut aje percakapannya.(Kenan nak buat ahli keluarga sendiri )

Kenapa mesti begitu??

Seharusnya sebagai manusia,setiap pertuturan kita haruslah bersopan dan lembut.



p/s-Budi bahasa,budaya kita.



:: Kenangan Zaman Sekolah Yang Paling Tidak Boleh Dilupakan ::

Views
Assalamualaikum.....Haluuuuu,Cik Ross in the blog!!!

Setiap kita mesti ada kenangan ketika zaman sekolah yang tak boleh dilupakan.Betul kan?

Apakah kenangan dan peristiwa yang betui2 korang tak boleh lupa sampai sekarang walaupun dah lama korang meninggalkan sekolah.

Pada saya,kenangan yang paling2 saya tak dapat lupakan adalah time exam.

- Gambar kenangan masa form 5 -


Nak tahu sebab apa???

Sebabnya,saya dan kawan2 sibuk menghafal hadith ( sebab kami sekolah agama ).

Oleh sebab hadith yang nak kena hafal tu adalah banyak..dan memang macam merumitkan otak untuk mengingatinya,kami pun reka lagu/rentak ketika nak hafal hadith tu.Hahahhahaa.

Lagu/rentak pilihan kami ketika itu adalah lagu Cindai nyanyian Datuk Siti Nurhaliza ( masa tu belum jadi Datuk lagi ).Sebab masa tu lagu Cindai memang la sangat2 popular ( tahun 1999 ).

Betapa bijak dan kreatifnya kami ketika itu.Hehehhee...Sweet kan?!!

Apa pun semua itu adalah kenangan yang indah buat selamanya.


p/s- rindu zaman sekolah!!



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...