Friday, November 25, 2011

:: Mak Bapak Sekarang Suka Letak Nama Anak Panjang2 ::

Views
Assalamualaikum......Haluuuuu,Cik Ross in the blog!!!

Kalau korang ada anak,apakah nama anak yang akan korang beri?

Sepanjang tempoh 6 tahun saya menjadi pendidik ni,saya dapati hampir 80% ibubapa zaman sekarang suka menamakan anak dengan nama yang panjang.

- Anak buah saya yang bernama Arriq Syaddad -


Nama anak tu sampai 3 atau 4 perkataan.

Kesian anak tu nak tulis nama kat buku atau kertas latihan ( nak pulak kalau budak tu baru aje masuk sekolah darjah 1.Pening kepala dia nak tulis nama yang panjang tu.hehehhee )

Kadang2 tu sampai penuh form untuk kami isi nama pelajar dan terpaksa tinggal nama bapa sebab nama anak aje dah penuh kotak.

Kesian cikgu nak tulis nama pelajar yang panjang dan kadang2 berbelit2 nama tu.Huhuhuhu...

Dan yang paling kesian apabila nama anak yang nak diletak pada name tag jadi ringkas.

Contoh...Siti Nur Qurratul Ainur jadinya S.N.Qurratul Ainur .Haaaaaa,kan ke kesian tu?!!Ish3...




1 comment:

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

hmmm xbape elok sebenarnyer letak nama anak panjang2.. huhu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...