Friday, November 25, 2011

:: Mak Bapak Sekarang Suka Letak Nama Anak Panjang2 ::

Views
Assalamualaikum......Haluuuuu,Cik Ross in the blog!!!

Kalau korang ada anak,apakah nama anak yang akan korang beri?

Sepanjang tempoh 6 tahun saya menjadi pendidik ni,saya dapati hampir 80% ibubapa zaman sekarang suka menamakan anak dengan nama yang panjang.

- Anak buah saya yang bernama Arriq Syaddad -


Nama anak tu sampai 3 atau 4 perkataan.

Kesian anak tu nak tulis nama kat buku atau kertas latihan ( nak pulak kalau budak tu baru aje masuk sekolah darjah 1.Pening kepala dia nak tulis nama yang panjang tu.hehehhee )

Kadang2 tu sampai penuh form untuk kami isi nama pelajar dan terpaksa tinggal nama bapa sebab nama anak aje dah penuh kotak.

Kesian cikgu nak tulis nama pelajar yang panjang dan kadang2 berbelit2 nama tu.Huhuhuhu...

Dan yang paling kesian apabila nama anak yang nak diletak pada name tag jadi ringkas.

Contoh...Siti Nur Qurratul Ainur jadinya S.N.Qurratul Ainur .Haaaaaa,kan ke kesian tu?!!Ish3...




Thursday, November 24, 2011

:: 1st Time Jumpa Bakal Mentua Dah Kena Test ? ::

Views

Assalamualaikum.....Haluuuuu,Cik Ross in the blog!!!

Siapa ingat pengalaman pertama apabila berjumpa bakal mentua?!!

Ada orang pengalaman pertama jumpa bakal mentua adalah pengalaman ngeri dan kenangan pahit yang takkan dia lupa buat selamanya.

Apa tidaknya,baru jumpa bakal mentua kali pertama dah kena test macam2.

Kalau perempuan,kena masak.Lelaki pulak,kena jadi imam ketika solat ataupun membaca doa makan..( nasib la kan.... )

Dan ada juga menjadi pengalaman yang paling manis seumur hidup.( ha,ni memang sangat bertuah la.... )

Korang pulak macam mana?!!



p/s - agak2nya,apakah yang akan berlaku apabila saya kali pertama berjumpa dengan bakal mentua?!!



:: Spontaneous Thursday # 13 ::

Views
Assalamualaikum.....Haluuuuu,Cik Ross in the blog!!!

Berbuat baik kepada orang janganlah mengharapkan balasan daripada orang yang kita menolong.

Sebaliknya,ikhlaslah di dalam pertolongan itu kerana setiap perbuatan baik akan mendapat ganjaran yang lebih dan berlipat ganda daripada Allah yang Maha Esa.

Dan kadang2 kerana perbuatan kita itu,'perjalanan' kita akan dipermudahkan Allah SWT.

InsyaAllah......



Wednesday, November 23, 2011

:: Wordless Wednesday # 18 ::

Views
Assalamualaikum......Haluuuu,Cik Ross in the blog!!!




Sekian,Wassalam.

Adioooossss!!



Saturday, November 19, 2011

:: Seronok Punya Pasal,Sampai Tertinggal Beg ::

Views
Assalamualaikum.....Haluuuu,Cik Ross in the blog!!!

Ni kisah petang semalam,hari terakhir persekolahan tahun 2011.

Memandangkan semalam,semua guru2 dan anak2 murid dalam feel cuti..kami semua berpakat untuk mengadakan jamuan akhir tahun di antara guru2.

Jamuan kami semalam adalah satey dan popia goreng.Perrrgghh,memang sangat sedap la...

Bila tak habis makan,kami bungkus untuk dibawa balik.

Masa nak balik,semua pakat2 sibuk mengemas dan bersalaman antara guru2.

Ada seorang guru ni( nama dirahsiakan untuk tidak mengaibkan),balik awal daripada saya.

Ketika saya sampai di pintu pagar rumah,tiba2 handphone saya berbunyi.

Tertera nama sorang guru ni.

Saya : Kenapa kak?

Guru Terbabit : Dah sampai rumah ke?


Saya : Ye kak.Kenapa?

Guru Terbabit : Ya Allah...akak tertinggal beg tangan kat sekolah l
a.Hahahhaa

Saya : ( ketawa ) Laaaaaaaaaaaa...sabar jela.
Macam2 hal la akak ni.Dapat satey bawa balik,terus lupa beg tangan!Hehehehhee...

Moral of the story,jangan terlampau seronok...hahahhha :P


Friday, November 18, 2011

:: Selamat Bercuti Selama 6 Minggu!! ::

Views


Assalamualaikum....Haluuuu,Cik Ross in the blog!!!

Hari ni adalah hari terakhir persekolahan tahun 2011 sebelum bercuti selama 6 minggu.

Best kan cuti lama2 ni!Hehehee ( jangan cemburu!!! )

Bila cuti panjang ni,'otak' lebih relex dan dapat meluangkan masa dengan keluarga lebih lama.

Tapi,ada negatif bila cuti panjang ni.Nak tau apa yang tak bagusnya bila cuti lama ni?!

Haaaaaaaaaaaaa..feel kemalasan yang tahap melampau dan terlampau bila cuti yang panjang ini hampir ke penghujung!!Huhuhuuuuu....

Betul tak??? ( cikgu2 dan pelajar sekalian??! )

Tapi tadi,ada sedikit perasaan sedih dan sayu apabila tahun hadapan saya akan bertukar murid lain untuk mengajar.

Sedih je rasa hati ni.Tahun depan anak2 murid yang saya mengajar tahun ini akan melangkah ke tahun 4 bersama guru lain.

Dorang pun tadi,macam sedih je bila saya takkan mengajar mereka untuk tahun depan.Ada jugak yang siap berdoa supaya saya masih lagi kekal menjadi guru kelas mereka.Hehehehee ( sayang jugak dorang kat saya ni!! )

Apa pun,semua yang berlaku membuatkan saya merasa usia semakin meningkat...huhuhuhu.




p/s - bila la nak pegi KL ni?!!


Wednesday, November 16, 2011

:: Wordless Wednesday # 17 ::

Views
Assalamualaikum....Haluuuu,Cik Ross in the blog!!!


Sekian,terima kasih...

Wassalam.


Tuesday, November 15, 2011

:: Hormat ::

Views


Assalamualaikum....Haluuuu,Cik Ross in the blog!!!

Korang nak orang hormat pada korang??!

Kalau korang nak orang hormat pada korang,mudah aje...korang kena la hormat kepada orang lain terlebih dahulu.

Bukannya susah sangat,hanya menjaga intonasi suara supaya tidak tinggi atau kasar ketika pertuturan dan pergaulan yang baik aje.

Kalau korang tidak boleh nak menghormati orang lain,macam mana orang lain nak menghormati korang?!

Menghormati ni bukanlah kepada orang yang lebih berusia daripada kita sahaja,tetapi kepada semua orang walaupun orang itu sebaya atau lebih muda daripada korang.

Bila korang tidak tahu dan tidak boleh menghormati orang lain,bererti korang memang seorang yang tidak beradab dan biadap!

PERCAYALAH!!!!


Friday, November 11, 2011

:: Barulah Ku Tahu,Gambar2 Yang Telah Delete Di Facebook Tak Padam Rupanya!!! ::

Views
Assalamualaikum......Haluuuu,Cik Ross in the blog!!!

Pagi ni,bila on aje fb,tetiba terbaca di wall kawan...rupanya selama ni,kita dok la delete gambar2 yang kita rasa tak perlu dan tak mahu share di facebook,masih ada.

Ni buktinya..https://www.facebook.com/photo.php?v=2701874387052 ( klik )

So,hati2 la selepas ini sebelum korang nak upload gambar2 di dalam akaun fb korang tu ye.Jangan letak gambar seberangan!!

Nanti akan di spekulasi dan timbul kontroversi pulak!!


p/s - kredit to Coco Shopul


Wednesday, November 9, 2011

:: Wordless Wednesday # 16 ::

Views
Assalamualaikum.....Haluuuuu,Cik Ross in the blog!!!


Sekian,Wassalam.....

Adiosssss!!!



Monday, November 7, 2011

:: Korban ::

Views
Assalamuakaikum.....Haluuuuu,Cik Ross in the blog!!!

Hari ni,saya dan keluarga ada jemputan kenduri.Menu yang dijamunya adalah daging lembu ( korban ) masak kurma,sup tulang daging lembu ( korban ),air asam dan jelatah timun.

Semalam,mama saya masuk korban dan kami dapat sedikit daging lembu dan tulang.

Sampai je kat rumah,mama terus basuh dan rebus daging tersebut dan memasak sup tulang serta daging masak merah ( permintaan saya ).

Bila dua hari berturut2 makan daging yang dikorbankan,rasa 'loya' dan takut untuk makan.Maklumlah..banyak sangat makan daging fresh,boleh mengundang padah!Silap2 kena check-in wad di hospital.

Masa raya ni la banyak orang berkorban selain korban lembu atau kambing atau unta,korban nyawa juga sangat tinggi.Huhuhuhuuu...

Berkorban apa saja
Harta ataupun nyawa
Itulah kasih mesra
Sejati dan mulia....



Thursday, November 3, 2011

:: Spontaneous Thursday # 12 ::

Views
Assalamualaikum....Haluuuuu,Cik Ross in the blog!!!

Cinta yang terbaik adalah cinta yang tidak bersyarat kita mencintai dan dicintai lengkap dengan kekurangan atau kelemahan tertentu.

Oleh itu,terimalah pasangan seadanya.....


Wednesday, November 2, 2011

:: Wordless Wednesday # 15 ::

Views
Assalamualaikum.....Haluuuu,Cik Ross in the blog!!!


Sekian..Terima kasih.

Wassalam......

Adioossssss!



Tuesday, November 1, 2011

:: Yang Cantik Memang Susah Nak Jumpa ::

Views

Assalamualaikum....Haluuuu,Cik Ross in the blog!!!

1.11.11....cantikkan nombor ni?!Bukan senang nak berjumpa tarikh yang cantik macam ni.

Dan hari ni,kita telah menjumpainya..hehehehee.

Pastikan hari ini adalah hari bertuah anda,OK?!( Kalau nak melamar pun ok..sebab tarikh yang cun melecun! )


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...