Tuesday, September 20, 2011

:: Masa Sekolah Dulu...Selalu.... ::

Views

Assalamualaikum....Haluuuu,Cik Ross in the blog!!!

Pagi ni macam nak imbau semula kisah kenangan masa di sekolah dulu.

Masa sekolah dulu,apa yang selalu korang buat di sekolah??

Kalau saya,saya selalu tolong cikgu bawakan buku2 atau beg cikgu ketika cikgu sampai di sekolah atau nak masuk kelas.( ni bab baik la kan...)

Kemudian,time rehat pulak..beli nasi lemak dan makan bersama kawan2.Lepas tu,merayap ke koperasi beli gula2 untuk makan dalam kelas ketika cikgu mengajar sebab mengantuk.Nak mengelak daripada tertidur.

Kalau bab mengantuk ni,mesti la disebabkan subjek yang diajar adalah bukan dalam katogeri kegemaran ataupun cikgu yang ajar tu sangat2 membosankan korang!!( Dah la subjek yang bosan..cikgu pulak tak hensem/cantik,pastu dah tua,nak dekat pencen,rambut pun dah putih je...lagi la bertambah faktor untuk menguap seluas2 mulut dalam kelas!!Korang pun mesti sama jugakkan?!!hahahahhaaaa )

Nak mengorat pakwe..saya ni sekolah perempuan semua.Nak mengorat cikgu lelaki,semuanya dah bertunang,berkahwin..dan bercucu..ish3...( punah semua harapan!!hahahaaa )

Tapi,still ada simpan perasaan kat sorang guru ni.Selalu usha dia dari jauh!!( hahahaa..Tetiba gatai pulak!!)

Macam lawak je bila teringat semua ni.Hehehheee....

Apa2 pun,itu la kenangan dan saat manis untuk kita imbau bila dah melangkah ke alam pekerjaan.


p/s-Aaarrrrgggghhh..saya rindu zaman sekolah!!!



4 comments:

khaifaiz said...

so sweet cik ross... biasa la tu bila peringkat remaja...

Cik RoSs said...

hehehhee..betui3 :)

shazmir said...

aku nak ke sekolah kembali...best hari2 kena marah ngn cikgu..hahah

cun awk cun..!!

xyz4mir.blogspot.com/

Cik RoSs said...

hah??best ke,kena marah dengan cikgu??ish3...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...