Thursday, July 21, 2011

:: 3 Tahun Sudah..... ::

Views
Assalamualaikum....Haluuuu,Cik Ross in the blog!!!

Antara sedar dan tidak sedar...sudah 3 tahun ( 21hb.Julai.2008 - 21hb.Julai.2011 ) arwah opah pergi meninggalkan kami.

Hanya yang tinggal adalah kenangan2 bersama arwah.


- Gambar kenangan masa raya tahun 2005 -


Cepat sungguh masa berlalu.....

Kami semua merindui arwah opah dan atuk ( opah paling dirindui sebab atuk telah kembali ke Rahmatullah lebih awal iaitu 15hb.Nov.1991 )

Banyak kenangan bersama arwah opah.Yang paling tak boleh kami semua ( anak,menantu dan cucu ) tak boleh lupa adalah 'air tangan' arwah opah!!

Arwah opah sangat suka memasak!Walaupun dia tak sihat...tapi,dia akan sedaya upaya memasak untuk anak menantu dan cucu2nya makan.hehehe..( sebab tu kasih kami lebih kepada arwah opah )

Aaarrgghh..di saat akhir pemergiannya,saya sempat berjumpa dengan arwah.

Memohon maaf dan dia juga berpesan kepada saya supaya berdoa agak dia cepat sembuh.

Semuanya masih segar dalam ingatan.

Hanya kenangan menjadi pengubat rindu.

Dan hanya doa yang dikirim untuk mengubati rindu ini.

Al-Fatihah untuk rohnya di sana.Semoga tenang dan damai di sisiNya.




No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...