Friday, June 17, 2011

:: Jom Kita Imbau Zaman Nakal Dan Gedik Masa Sekolah Dulu! ::

Views
- Gambar bersama guru kelas ( 5 Hafsoh ) -



Assalamualaikum.....Haluuuu,Cik Ross in the blog!!!

Dulu,masa zaman sekolah...tergedik2 nak cepat habis sekolah.Nak sangat masuk ke alam pekerjaan.

Kononnya bila dah kerja ni,ada duit sendiri.Boleh shopping sesuka hati.

Lepas tu pulak,tak perlu nak sibuk baca2 buku,tak sakit kepala dengan latihan2 yang banyak...enjoy aje hidup!Tak ada tekanan untuk study ( terutama time exam ),tak payah nak jumpa cikgu yang kita tak suka ( terutama yang garang la kan!! ),tak payah nak pakai baju sekolah,kasut sekolah...ish3 macam2 alasan la ada.Hahahhahhaaa..

Sekarang ni,bila dah masuk ke alam pekerjaan...mula la ( Wuaaarrggghhh...nak balik zaman sekolah dulu!!!Hambik kau....! )

Rupanya,zaman persekolahan lebih enjoy dan best!!!Siapa setuju,angkat tangan!!!

Macam saya dan kawan...kami sekolah agama ( Maahad,ok?!!Wahhh,tetiba pulak.Terlebih sudah!! )Sekolah yang saya belajar dulu hanyalah pelajar perempuan.

So,kami sangat baik dan geng dengan guru2 lelaki la ( sebab dorang tak pernah marah kami!!hehehehhe )Dengan guru perempuan tu...geng la jugak.Tapi,agak kurang sikit.Biasa la kan,kalau dah student perempuan memang la macam tu( gedikkan?!Saya tak gedik ekkk,dorang yang gedik!!hahahhaa... )


- Best oooo time ni -

Banyak kenangan2 saya dan kawan di zaman sekolah dulu.Antara kenangan yang tak akan dapat saya lupakan adalah time exam.

Memandangkan saya sekolah agama,so..kena la hafal hadith2 yang sangat banyak juga la.So,kami terpaksa menggunakan kekreatifan kami sedaya upaya untuk mengingati hadith2.

Bila dah otak masing2 sangat kreatif,nak tahu..apa yang kami buat??

Kami menggunakan lagu rentak 'Cindai' nyanyian Datuk Siti Nurhaliza untuk menghafal hadith2 ( masa tu memang sangat popular lagu tu ye!! )

Dan memang kami telah berjaya menghafal hadith2 untuk peperiksaan!!hahahahaha...

Diam tak diam,sedar tak sedar..rupanya sudah sepuluh tahun berlalu.

Saya dan kawan2 ( batch SPM 2001 ) dah semakin meningkat dewasa dan telah pun melepasi zaman remaja dan kanak2 riang.

Kini,kami masing2 sudah mempunyai kerjaya dan kehidupan sendiri.Ada yang telah mempunyai keluarga sendiri ( dah kahwin la tu weeiiiii )


- Ni semua geng saya!!Rindu sangat2 -


Indah dan manis sungguh kenangan lalu ketika di alam persekolahan.

Rasanya tiada kenangan dan memori yang lebih indah dan manis untuk kita kenang melainkan saat2 ketika kita di alam persekolahan ( saat2 memakai uniform sekolah,kasut sekolah,beg sekolah dan name tag!! )

Setiap orang akan melalui dan mengalaminya....

So,hargai la setiap saat dan detik yang kita telah tempuh dan bakal kita tempuhi.




10 comments:

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said...

mmang zaman sekolah adalah yang terbaik.. walaupon sekolah aku sume lelaki, kebebasan tu tetap yang terbaikkk.... hahahaha

Cik RoSs said...

Haaa..betul3.

Zaman sekolah adalah yang terbaikkk!!

nelly said...

eh2 , terasa lak Nelly .hahaha ..
;p

nak buat macam mana , masa ni lah nak menggedik .hahaha

syErAh said...

siyesly...rindu kat skolah...!!x'0

Cik RoSs said...

Nelly :: tak perlu terasa,ok??!!

Memang hakikatnya begitu...zaman sekolah la yang kita boleh jadi gedik2..hahahaa...

Almaklumlah,usia muda remaja.Jiwa pun riangria lagi!!

Cik RoSs said...

syerah :: WAJIB rindu tau,zaman sekolah ni.huhuhuu

fadh leyanie said...

sesungguhnya zaman sekolah tu mmg mnyeronokkan..kerana waktu itu kita tidak mngetahui dunia luar..yg tahu hanyalah mnghabiskan kerja skola..hihi

Cik RoSs said...

Fadh Leyanie :: betul tu....

Lepas tu tak perlu fikir pasal macam mana mau cari duit.Semuanya telah disediakan oleh parents kita..

Kalau ada masalah pun tak sebesar mana masalahnya.

jia said...

sonok kan ble kenang2 balik..
=')
rndu kwn2 skola jia..

Cik RoSs said...

Jia :: betul3...memang seronok!!
Ross pun rindu kawan2 sekolah!uhuhuhu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...