Saturday, June 25, 2011

:: Menilai Yang Tak Boleh Di Nilai ::

Views
Assalamualaikum....Haluuu,Cik Ross in the blog!!!

Sebagai manusia,kita tidak terlepas daripada melakukan kesilapan ( dalam kita sedar atau tidak sedar )

Biasalah kan..manusia ni ada nafsu.Semuanya ingin dan hendak lakukan ( nak mencuba!! )

Kesilapan dan kesalahan yang kita lakukan bukan saja antara kita dan manusia,tetapi dengan Allah Pencipta kita.Setuju tak??

Sebenarnya,manusia ni boleh berubah bila2 masa sahaja.Kadang2 dalam sekelip mata tak sampai beberapa saat pun,boleh berubah!

Betul tak??

Kalau kita dah punya couple ( tak kisah la masa tu sedang bercinta/bertunang/berkahwin ) tiba2,korang dapat tahu..sangat banyak sikap buruknya dulu.

Apakah yang akan korang lakukan?

Apakah korang masih boleh memaafkan dia dan menerima dia seadanya??

Atau korang akan membenci dan memutuskan hubungan dengannya??

Tapi,sebelum korang buat apa2 keputusan...sila cermin diri korang tu sendiri,ok??!Bagus dan baik sangat ke korang tu??

Korang kena ingat...tidak ada manusia yang perfect di muka bumi ini.

Dan satu lagi,korang kenal dia sejak bila??Dia yang mana??!Dia yang dulu ke...dia yang sekarang??!!

Jangan terlalu menilai orang,kerana kita tidak layak untuk menilai seseorang.

Hanya Allah sahaja yang LAYAK untuk menilai hambaNya.




Friday, June 24, 2011

:: Jom Main Selit2 Dan Sembunyi ::

Views
Assalamualaikum....Haluuu,Cik Ross in the blog!!!

Petang tadi,masa masuk kelas...tiba2 macam ramai pulak anak2 murid saya yang membeli air ais yang dijual oleh makcik2 di gerai2 berhampiran sekolah..( maklumlah kan,cuaca panas!! )

Yang bestnya,anak2 murid saya ni tak gantung plastik air tu di tepi tingkap.Tetapi...dorang selit di antara meja dorang dan meja kawan.


- Tengok pensil yang dorang selit -


- Plastik air yang terselit diantara meja -


Apa yang dorang buat ni,sama situasinya seperti saya dan kawan2 saya buat masa sekolah dulu.Hahahahaaa...

So sweet...!!( sweet kan??!!! )

Bila tengok gelagat dorang ni,mula la saya akan teringat kembali zaman saya dan kawan2 masa sekolah dulu.

Andai dapat diundur semula waktu.....................( termenung sambil melihat langit yang cerah )







Friday, June 17, 2011

:: Jom Kita Imbau Zaman Nakal Dan Gedik Masa Sekolah Dulu! ::

Views
- Gambar bersama guru kelas ( 5 Hafsoh ) -



Assalamualaikum.....Haluuuu,Cik Ross in the blog!!!

Dulu,masa zaman sekolah...tergedik2 nak cepat habis sekolah.Nak sangat masuk ke alam pekerjaan.

Kononnya bila dah kerja ni,ada duit sendiri.Boleh shopping sesuka hati.

Lepas tu pulak,tak perlu nak sibuk baca2 buku,tak sakit kepala dengan latihan2 yang banyak...enjoy aje hidup!Tak ada tekanan untuk study ( terutama time exam ),tak payah nak jumpa cikgu yang kita tak suka ( terutama yang garang la kan!! ),tak payah nak pakai baju sekolah,kasut sekolah...ish3 macam2 alasan la ada.Hahahhahhaaa..

Sekarang ni,bila dah masuk ke alam pekerjaan...mula la ( Wuaaarrggghhh...nak balik zaman sekolah dulu!!!Hambik kau....! )

Rupanya,zaman persekolahan lebih enjoy dan best!!!Siapa setuju,angkat tangan!!!

Macam saya dan kawan...kami sekolah agama ( Maahad,ok?!!Wahhh,tetiba pulak.Terlebih sudah!! )Sekolah yang saya belajar dulu hanyalah pelajar perempuan.

So,kami sangat baik dan geng dengan guru2 lelaki la ( sebab dorang tak pernah marah kami!!hehehehhe )Dengan guru perempuan tu...geng la jugak.Tapi,agak kurang sikit.Biasa la kan,kalau dah student perempuan memang la macam tu( gedikkan?!Saya tak gedik ekkk,dorang yang gedik!!hahahhaa... )


- Best oooo time ni -

Banyak kenangan2 saya dan kawan di zaman sekolah dulu.Antara kenangan yang tak akan dapat saya lupakan adalah time exam.

Memandangkan saya sekolah agama,so..kena la hafal hadith2 yang sangat banyak juga la.So,kami terpaksa menggunakan kekreatifan kami sedaya upaya untuk mengingati hadith2.

Bila dah otak masing2 sangat kreatif,nak tahu..apa yang kami buat??

Kami menggunakan lagu rentak 'Cindai' nyanyian Datuk Siti Nurhaliza untuk menghafal hadith2 ( masa tu memang sangat popular lagu tu ye!! )

Dan memang kami telah berjaya menghafal hadith2 untuk peperiksaan!!hahahahaha...

Diam tak diam,sedar tak sedar..rupanya sudah sepuluh tahun berlalu.

Saya dan kawan2 ( batch SPM 2001 ) dah semakin meningkat dewasa dan telah pun melepasi zaman remaja dan kanak2 riang.

Kini,kami masing2 sudah mempunyai kerjaya dan kehidupan sendiri.Ada yang telah mempunyai keluarga sendiri ( dah kahwin la tu weeiiiii )


- Ni semua geng saya!!Rindu sangat2 -


Indah dan manis sungguh kenangan lalu ketika di alam persekolahan.

Rasanya tiada kenangan dan memori yang lebih indah dan manis untuk kita kenang melainkan saat2 ketika kita di alam persekolahan ( saat2 memakai uniform sekolah,kasut sekolah,beg sekolah dan name tag!! )

Setiap orang akan melalui dan mengalaminya....

So,hargai la setiap saat dan detik yang kita telah tempuh dan bakal kita tempuhi.




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...