Friday, May 27, 2011

:: Cuti Sekolah Bermula...Jom Kita Pergi Bercuti Ke Kenduri-Kendara!! ::

Views
Assalamualaikum....Haluuuu,Cik Ross in the blog!!!

Selamat bercuti sekolah kepada mereka yang memegang status pelajar sekolah dan cikgu2 sekolah!!( termasuk la saya..heheheheee )


- wajah2 kegembiraan sebab cuti 2 minggu -


Bagi mereka yang berada atau bersekolah di pantai timur atau Kedah,sememangnya telah mula bercuti semalam ( 26hb.Mei.2011 bersamaan hari Khamis )

Bila dah mula cuti sekolah ni,macam2 program yang kita plan.Ye tak???

Nak pergi bercuti la..Nak pergi jalan2 la ( eh,bukan sama ke dengan pergi bercuti??hahahhaa )

Dan yang pastinya jemputan ke majlis perkahwinan sangat banyak diterima.Saya sendiri,ada juga jemputan perkahwinan yang telah saya terima daripada kawan2 saya..( insyaAllah akan saya hadir jika tiada apa2 hal )

Tadi semasa time rehat,sempat saya berborak bersama kawan2 saya...salah seorang daripada kawan saya itu ( saya panggil dia bonda sebab dia hampir sebaya usia mama saya ),bersuara
memberitahu sangat banyak jemputan kenduri kahwin yang dia terima.Lebih daripada 3 buah rumah.




Dan dia juga berkata dengan nada bergurau,"kalau sebuah rumah yang kita pergi,sedekah dalam sampul RM5 di 'kali' dengan 3 buah rumah..sehari sudah RM 15.Itu untuk kita sendiri,belum lagi di tambah dengan suami.Jadinya RM30 sehari....."

Kami yang mendengar ketawa.Ada benar juga apa yang dikatakan oleh bonda itu.Bayangkan perbelanjaan yang telah kita keluarkan apabila tiba musim kenduri kahwin...Pastinya lebih 'parah'!!!

Tapi,apabila niat kita bersedekah...pastinya akan Allah melipat gandakan rezeki kita.InsyaAllah,janjinya niat di dalam hati kita adalah ikhlas...




No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...