Sunday, May 29, 2011

:: Allah Mencipta MakhlukNya Sebaik-Baik Kejadian ::

Views
Assalamualaikum....Haluuuuuu,Cik Ross in the blog!!!

Selamat pagi,selamat berhujung minggu.

Tentu hari ini korang masih sibuk mengatur kenduri kahwin lagi kan?!Saya pun ada jemputan kenduri kahwin kawan hari ini,tapi..terpaksa tidak dapat menghadirkan diri di atas sebab2 yang tak dapat dielakkan...hhuhuhuuuhuu..

Masa sarapan pagi tadi,mama dan baba saya berborak pasal isu lelaki yang memohon kepada mahkamah untuk meluluskan dia bertukar nama dan jantina kepada perempuan.MasyaAllah...Apa la nak jadi dengan dunia sekarang??

Yang lelaki nak jadi perempuan dan yang perempuan pulak sibuk nak jadi lelaki.Ish3.....

Itu kes yang mau tukar jantina.Kalau kes nak cantik pulak,sanggup cucuk2 muka...buat pembedahan tambah dagu,hidung ( nak bagi mancung la konon!!! )..adddooiii,macam2 la bila orang yang terlebih taksub mahu cantik ni..



Cukup la setakat make-up atau pakai produk2 kecantikan yang ada dipasaran tu.Tak perlu la nak menyeksa diri dengan menyakitkan anggota badan kita sendiri dan membazirkan duit.

Allah telah mencipta kita ni sebaik2 kejadian.Tiada cacat celanya.Dan apa yang telah Allah anugerah adalah pemberianNya yang terindah dan tercantik!!




Saturday, May 28, 2011

:: Cite Kartun Yang Korang Layan Masa Kanak2 Dulu ::

Views
Assalamualaikum....Haluuuu,Cik Ross in the blog!!!

Petang ni ( time maghrib daaa... ) saya tonton kartun Doraemon di ntv7 saluran ceria anda,tetiba datang idea nak post entri ni.


Masa saya kecil2 dulu memang sangat2 suka dan wajib menonton kartun Doraemon ni.Kalau berkumpul ramai2 dengan sepupu2,kartun ni la jadi pilihan.

Sampaikan ada seorang sepupu saya hafal lagu tema Doraemon ni..hahahahaa.Pastu siap berangan kalau la wujud Doraemon tu,alangkah bagusnya!!Senang nak buat permintaan!!hehehehee...

Betapa kuatnya pengaruh Doraemon ni kepada kanak2 macam kami ni ( cite dulu la ni...sekarang ni,masing2 dah besar.Ada yang dah jadi mama orang pun!! )

Korang pulak,masa zaman korang jadi kanak2 riang...apakah kartun pilihan hati korang yang membuatkan korang setia di depan tv untuk menontonnya??!!




Friday, May 27, 2011

:: Cuti Sekolah Bermula...Jom Kita Pergi Bercuti Ke Kenduri-Kendara!! ::

Views
Assalamualaikum....Haluuuu,Cik Ross in the blog!!!

Selamat bercuti sekolah kepada mereka yang memegang status pelajar sekolah dan cikgu2 sekolah!!( termasuk la saya..heheheheee )


- wajah2 kegembiraan sebab cuti 2 minggu -


Bagi mereka yang berada atau bersekolah di pantai timur atau Kedah,sememangnya telah mula bercuti semalam ( 26hb.Mei.2011 bersamaan hari Khamis )

Bila dah mula cuti sekolah ni,macam2 program yang kita plan.Ye tak???

Nak pergi bercuti la..Nak pergi jalan2 la ( eh,bukan sama ke dengan pergi bercuti??hahahhaa )

Dan yang pastinya jemputan ke majlis perkahwinan sangat banyak diterima.Saya sendiri,ada juga jemputan perkahwinan yang telah saya terima daripada kawan2 saya..( insyaAllah akan saya hadir jika tiada apa2 hal )

Tadi semasa time rehat,sempat saya berborak bersama kawan2 saya...salah seorang daripada kawan saya itu ( saya panggil dia bonda sebab dia hampir sebaya usia mama saya ),bersuara
memberitahu sangat banyak jemputan kenduri kahwin yang dia terima.Lebih daripada 3 buah rumah.




Dan dia juga berkata dengan nada bergurau,"kalau sebuah rumah yang kita pergi,sedekah dalam sampul RM5 di 'kali' dengan 3 buah rumah..sehari sudah RM 15.Itu untuk kita sendiri,belum lagi di tambah dengan suami.Jadinya RM30 sehari....."

Kami yang mendengar ketawa.Ada benar juga apa yang dikatakan oleh bonda itu.Bayangkan perbelanjaan yang telah kita keluarkan apabila tiba musim kenduri kahwin...Pastinya lebih 'parah'!!!

Tapi,apabila niat kita bersedekah...pastinya akan Allah melipat gandakan rezeki kita.InsyaAllah,janjinya niat di dalam hati kita adalah ikhlas...




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...