Saturday, April 2, 2011

:: Ikhlaskah Kita Memakai Tudung??? ::

Views
Assalamualaikum...Haluuuu,Cik Ross in the blog!!

Tiba2 malam ini terfikir pulak pasal tajuk entry ini bila terkenangkan orang2 disekeliling sana dan saudara2 seagama saya ( untuk diri saya sendiri juga tidak terlepas ).Bukan niat saya untuk menyindir atau mengata sesiapa ye,tapi sekadar renungan bersama.

Sebelum saya meneruskan celoteh saya ini,saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan andai ada yang terasa.

Selama ini,semua orang tahu pemakaian tudung adalah WAJIB.Tapi,pernahkah kita tanya pada diri kita sendiri,kenapa kita pakai tudung?

Adakah kita pakai tudung ini kerana mengikut peredaran zaman ( maklumlah sekarang kan,banyak jualan shawl,tudung2 yang bermacam2 fesyen dan corak serta warna yang menarik dijual di pasaran )

Atau kita pakai tudung sebab ikut kawan?!Kawan2 ramai pakai tudung,dorang cakap saya cantik kalau pakai tudung!

Atau..mak dan ayah suruh pakai,so..pakai ajelah.Sebab tak mahu dengar bebelan dan kena marah dengan mak ayah.Pakai depan dorang aje,belakang dorang..buka la!Kalau tak pakai nanti tak dapat nak keluar rumah.Tapi kalau keluar dengan mak ayah,memang pakai sentiasa.

Ataupun,sebab peraturan.Dah syarat2 belajar/kerja..majlis kena memakai tudung.Ikut ajelah..Kalau tak ikut nanti kena buang kerja/kolej..Tak boleh masuk majlis!

Atau....ramai yang pakai tudung.Pergi ke mana aje,tengok orang pakai tudung.Macam segan pulak kalau tak pakai tudung.Rasa macam semua orang tengok ke arah kita aje!

Atau....kerana takut kepada Ustaz/Ustazah!!Haaa,ini memang jawapan yang tak boleh blah!!Hahahaa...Kalau tak pakai tudung,nanti ustaz/ustazah bagi 'ceramah' perdana pulak!!Bosan aje mendengarnya..Ish3...

Atau..kerana Allah..

Yang mana satukah jawapan korang??!Ikhlaskah korang pakai tudung??!Tanyalah sama hati korang...Fikir2kan..renung2kan.Marilah kita sama2 muhasabah diri sendiri.


- Saya dan sepupu ( Farin ) mula pakai tudung pada tahun 1997 -






2 comments:

Cik Aish said...

tak tahu la dulu sy pakai tudung nape..tapi tergerak nak pakai..kalau dulu on off..sekang alhamdulillah g kedai pun sy akan pakai. apa pun..harap2 sy menten mcm ni..doakan yee

Cik RoSs said...

Saya mula2 pakai tudung sebab saya sekolah agama.So,memang WAJIB pakai tudung.Pakai tudung sebab peraturan dan takut jumpa ustaz/ustazah.Tapi,sekarang dan sejak balik daripada umrah last year..Alhamdulillah...tetap pakai bila ada orang yang bukan muhrim atau nak keluar daripada pintu rumah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...