Thursday, April 28, 2011

:: Korang Pernah Terfikir Tak,Siapa Korang Pada 10 Tahun Akan Datang?? ::

Views
Assalamualaikum......Haluuuuu,Cik Ross in the blog!!

Errmm...tetiba saya dok sorang2,termenung dan terfikir.."siapa aku pada 10 tahun akan datang?"



Apakah 10 tahun akan datang kita mempunyai keluarga sendiri???

Menjadi suri rumahtangga sepenuhnya dengan menjaga dan mendidik anak2 yang sedang meningkat remaja??

Mempunyai perniagaan sendiri dan mempunyai pekerja yang ramai??

Korang mempunyai rumah banglo ( ala2 macam mawi ),punya kereta mewah berbiji2,ada kerjaya yang bagus dan ekonomi korang stabil..?!

Atau korang masih seperti sekarang???

Saya andaikan,10 tahun akan datang saya telah mempunyai keluarga sendiri dan mempunyai Tabika sendiri di samping menguruskan perniagaan online saya Citarasa Anggun bersama sepupu saya.




Monday, April 25, 2011

:: Ramadhan Hampir Tiba..Puasa Ganti,Dah Habis Ke?? ::

Views
Assalamualaikum.....Haluuuuu,Cik Ross in the blog!!!

Sekadar ingat mengingati sesama umat Islam..

Ramadhan hanya lagi beberapa bulan sahaja lagi.Korang yang ada tinggal puasa pada Ramadhan yang lepas,dah habis ganti ke??

Saya pun baru aje sibuk mengganti puasa yang terpaksa ditinggalkan kerana uzur ( hal orang perempuan punya kes )hehehhee..

Puasa ganti ni bukan khusus untuk kaum perempuan sahaja ye.Sebab kadang2 orang hanya fokus kepada kaum perempuan sahaja.

Jangan fikir lelaki tidak ada tinggal puasa ye!!!Lelaki pun ada juga yang tinggal puasa atas sebab2 tertentu yang membolehkan dia berbuka puasa sebelum tiba waktu berbuka.

So,jom kita sama2 mengganti puasa beramai2...



Friday, April 22, 2011

:: Cantik Sangat Ke Dia Tu??? ::

Views
Assalamualaikum...Haluuuu,Cik Ross in the blog!!!

"Hei,kamu!!Cantik la...."

"Cantiknya dia....."


"Anda kelihatan cantik hari ini..."


"Memang cantik la....."

Apakah reaksi korang kalau ada orang menegur atau memuji anda dengan dialog di atas?


- kredit to noieizan.blogspot.com -


Tersenyum simpul ( rasa macam nak masuk dalam almari )...atau larikan diri ( tak kenal orang yang menegur dan memuji korang ) atau pengsan terus ( sangat2 terkejut bila dengar kata2 macam tu sebab sebelum ini tak pernah ada orang puji macam tu )
Korang tahu tak,bila orang memuji korang macam itu..pernah tak korang terfikir,apa motif orang yang memuji itu??


- kredit to Beautifulnara.com -


Dia puji cantik itu dikhususkan kepada siapa..kepada apa??!

Cantik itu adalah subjektif.Terlalu meluas.Kadang2 kita tak boleh nak menilai dimana dikatakan cantik itu.

Barangkali orang memuji kepada cantik penampilan kita..cantik pada rupa,cantik kepada solekan,cantik kepada budi bahasa..macam2 la lagi.

So,lepas ini sila la berhati2 bila orang memuji korang ye.Sila tanya sebenar2 sebelum korang perasan seorang diri..Hahahhahaa...




Thursday, April 7, 2011

:: Lepas Ini Kena Hati2 Makan Telur La Pulak!! ::

Views
Assalamualaikum...Haluuu,Cik Ross in the blog!!

Nampak gayanya,lepas ini kita kena hati2 dalam membeli telur la pulak!!Kalau dulu hanya berhati2 memilih bahan2 masakan atau makanan sebab takut tamat tempoh ataupun ia bukan Halal untuk dimakan.

Apa la nasib..susah betul bila dah bijak ni.Semuanya nak di klon!!ish3....






p/s - Tak payah makan telur la!!Hehehehhe


Tuesday, April 5, 2011

:: Tahu Tak Korang??! ::

Views
Assalamualaikum....Haluuuuuuu,Cik Ross in the blog!!

Tahu tak korang,seberang laut mati adalah sempadan negara Israel??!Saya pun tak tahu,tapi selepas pergi melawat ke Jordan baru2 ini..pelajar sana yang menjadi tourist guide kami beritahu kepada kami.

So,sempat la saya mengambil gambarnya.Laut mati ini juga sangat masin iaitu hampir 98% tahap masinnya.Dan memang sangat2 masin ye,kerana saya merasai air laut itu.Peeerrrgghh,masin yang teramat2 masin!!!


- Laut Mati,Jordan -









:: Sape Ada Petua Untuk Hilangkan Batuk?! ::

Views


Assalamualaikum....Haluuuuuuu,Cik Ross in the blog!!

Selamat malam..Malam ini saya nak minta korang petua la,untuk hilangkan batuk.

Dah macam2 ubat batuk yang saya dan parents makan.Tapi tetap tak hilang batuknya.Tak temui penawarnya lagi.

Ada juga petua minum perahan limau nipis dengan kicap,minum limau suam,makan cengkih,minum perahan limau nipis dengan madu..macam2 la petua.Semuanya belum menjadi.

So,kat sini saya nak la tanya petua2 yang korang tahu.Marilah kita kongsi bersama.Kalau bukan saya mencubanya,maybe orang lain boleh mencubanya.Mana la nak tahu kalau2 ia serasi.Dapat pahala kepada korang..









Saturday, April 2, 2011

:: Ikhlaskah Kita Memakai Tudung??? ::

Views
Assalamualaikum...Haluuuu,Cik Ross in the blog!!

Tiba2 malam ini terfikir pulak pasal tajuk entry ini bila terkenangkan orang2 disekeliling sana dan saudara2 seagama saya ( untuk diri saya sendiri juga tidak terlepas ).Bukan niat saya untuk menyindir atau mengata sesiapa ye,tapi sekadar renungan bersama.

Sebelum saya meneruskan celoteh saya ini,saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan andai ada yang terasa.

Selama ini,semua orang tahu pemakaian tudung adalah WAJIB.Tapi,pernahkah kita tanya pada diri kita sendiri,kenapa kita pakai tudung?

Adakah kita pakai tudung ini kerana mengikut peredaran zaman ( maklumlah sekarang kan,banyak jualan shawl,tudung2 yang bermacam2 fesyen dan corak serta warna yang menarik dijual di pasaran )

Atau kita pakai tudung sebab ikut kawan?!Kawan2 ramai pakai tudung,dorang cakap saya cantik kalau pakai tudung!

Atau..mak dan ayah suruh pakai,so..pakai ajelah.Sebab tak mahu dengar bebelan dan kena marah dengan mak ayah.Pakai depan dorang aje,belakang dorang..buka la!Kalau tak pakai nanti tak dapat nak keluar rumah.Tapi kalau keluar dengan mak ayah,memang pakai sentiasa.

Ataupun,sebab peraturan.Dah syarat2 belajar/kerja..majlis kena memakai tudung.Ikut ajelah..Kalau tak ikut nanti kena buang kerja/kolej..Tak boleh masuk majlis!

Atau....ramai yang pakai tudung.Pergi ke mana aje,tengok orang pakai tudung.Macam segan pulak kalau tak pakai tudung.Rasa macam semua orang tengok ke arah kita aje!

Atau....kerana takut kepada Ustaz/Ustazah!!Haaa,ini memang jawapan yang tak boleh blah!!Hahahaa...Kalau tak pakai tudung,nanti ustaz/ustazah bagi 'ceramah' perdana pulak!!Bosan aje mendengarnya..Ish3...

Atau..kerana Allah..

Yang mana satukah jawapan korang??!Ikhlaskah korang pakai tudung??!Tanyalah sama hati korang...Fikir2kan..renung2kan.Marilah kita sama2 muhasabah diri sendiri.


- Saya dan sepupu ( Farin ) mula pakai tudung pada tahun 1997 -






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...