Wednesday, March 9, 2011

:: Kalau Korang Ingat Lagi..... ::

Views
Assalamualaikum....Haluuuuuuuuuu,Cik Ross in the blog!!

Tiba2 saya teringat dan mula rasa macam nak buat entry ni aje.Kalau korang ingat la kan,dulu2 masa tahun 1999 ( masa tu saya sekolah di tingkatan tiga,tahun nak ambil exam PMR ) sangat famous dunia chatting ni.

Dulu kalau nak chatting,kena join iRC Chat sangat2 la popular.Kalau dah join chatting ni kena join room 'kampung'..'surau'...dan lain2 lagi la.




Sekarang,kalau nak chatting..guna YM ( Yahoo! Messenger ) ,Skype,dan lain2 lagi ( sangat banyak ruangan chatting zaman sekarang )



Lagi satu,dulu2 hanya popular dengan laman sosial Friendster dan MySpace aje...Tapi,sekarang ni Facebook adalah laman sosial paling popular dan boleh dikatakan dalam ranking pertama dunia.

Apa2 pun,setiap tahun akan berubah kemajuan internet.Kalau nak ikut peredaran semasa,memang tak terkejar.

Tahun2 akan datang ( zaman anak cucu cicit kita ) macam2 laman sosial dan kemudahan internet yang lebih maju dan moden lagi.Entah2,dalam tandas ada kemudahan wifi dan iPad percuma...sambil 'termenung' boleh online...ehhehee..



Sunday, March 6, 2011

:: Tembam Itu Comel,Ok!!!! ::

Views
Assalamualaikum....Haluuuuu,Cik Ross in the blog!!

Saya ni selalu sangat la orang cakap saya tembam,gemuk,gempal,bulat dan macam2 la.Yang paling saya ingat sehingga hari ini adalah kenangan saya diejek oleh dua orang kawan lelaki sama kelas masa sekolah rendah ( masa tu darjah 2 tahun 1992 ) .

Sedihnya saya masa dulu bila diejek.Maklum la saya ni tembam,berbadan gempal.Untungnya saya kerana memiliki ketinggian 168cm.So,tak berapa perasan saya ini gemuk!

Saya tahu,setiap manusia ciptaan Allah mempunyai kekurangan dan kelebihan.So,kenapa kita harus mengejek ciptaan Allah.Semua ini adalah anugerah Allah..Tiada siapa boleh mempertikaikannya.Faham??

Tembam ke...Gemuk ke...Gempal ke...itu adalah anugerah..

Tembam itu comel tau!!Kalau tak percaya,mai tengok gambar ni.....


- Dua orang anak buah saya yang tembam!Arriq dan Amsyar -


- Sepupu kecik saya,Mia -

Haaaaa,kan comel bila tembam!!hihihihihi..Ye tak??!



Tuesday, March 1, 2011

:: Bila Cinta Kamu Di Reject ::

Views
Assalamualaikum...Haluuuuuu..Cik Ros in the blog!!

Ini adalah entry kedua untuk 1hb.Mac.2011.Tiba2 pulak saya terfikir untuk menulis enrty ini.Saya tahu,agak ramai yang pernah cintanya ditolak terutamanya sang pencinta lelaki.Betul tak??


Pastinya korang kecewa bila perasaan cinta korang kepada seseorang di tolak.Tidak dinafikan kerana penolakan cinta ini korang akan menjadi pendendam kepada orang yang korang jatuh cinta tu.

Susah untuk korang menerima hakikat yang si dia dipuja langsung tiada perasaan terhadap korang.Hati siapa yang tak sakit kalau di tolak cintanya.Betul tak??

Tapi,korang seharusnya bersikap profesional dan jangan menunjukkan yang korang sedang kecewa setelah ditolak.Di sini saya ingin share sedikit sebanyak cara2 untuk korang menangani masalah dan perasaan korang bila kena reject.

# Ceriakan diri korang!!Keluar dengan kawan2 dan cari lebih ramai kawan baru supaya di dalam ramai2 kawan tu,korang akan jumpa mr.right/mrs.right korang!

# Cuba fikirkan yang si dia bukanlah pasangan yang sesuai dan serasi dengan korang.Ada yang lebih baik,serasi dan sesuai dengan korang,yang korang masih belum menjumpainya.

# Bersikap selamba dengan orang yang korang ngorat tu.Buat macam tak ada apa2 yang berlaku!( apa kau kesah?!! )

# Jangan sesekali berdendam dengan mereka yang menolak cinta korang!!Sebab ini akan menampakkan yang korang tu memang syok gile dengan dia.Lagi la dia tambah2 berlagak ( perasan bagus )

# Buktikan kepada orang yang reject korang tu,yang korang boleh jumpa pasangan yang lebih bagus daripada dia!!

# Jangan lupa,hidup mesti diteruskan kerana masih ramai orang yang setia dan senantiasa menyayangi korang!!Seperti family korang,kawan2 korang....

Haaaa,cuba korang buat tips2 yang saya bagi tu..Semoga berjaya!!!Yeeeaahhh...






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...