Saturday, February 26, 2011

:: Faceblog??Apa itu Faceblog?? ::

Views


- Ini la logo Faceblog!!(saya suka warna oren!!) -

Faceblog??!

Apa ada dengan faceblog
??!

Kalau korang tanya saya..saya pun tak tau nak jawab!

Sebab saya pun masih baru je join faceblog ni.

Tapi..yang saya nampak bagusnya join ni

adalah

dapat jumpa ramai blogger dan

setiap entry kita di update.

So..kebarangkalian untuk meramaikan follower

di blog kita akan berjaya tercapai la!

Jom kita baca,apa tujuan Faceblog n
i sebenarnya..

saya copy and paste je...


SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAK
AN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTIFACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
TERIMA KASIH


p/s - saya pun tau faceblog ni daripada Ruby Zaizi( kalau nak kenal dia,sila klik)







:: 30 Dan 31hb Februari ::

Views
- Gambar Kahwin Angkasawan Negara -
(kredit to sharinginfoz.blogspot)


Tadi semasa saya sedang membelek2 facebook,tiba2 saya terbaca status kawan saya.." Saya nak menjemput kawan2 ke Majlis Perkahwinan saya pada 30 dan 31hb.Februari ini "-saya tersenyum sendiri..lawak le dia ni.Sabar je la.Ni mesti kes ramai sangat yang selalu bertanya bila nak kawin?!

Kalau saya pun,bila orang asyik bertanya..saya jadi rimas.Mula la saya jawab "hujung tahun!".Lepas ni kalau sapa2 tanya,saya nak jawab..."30hb.Februari"...( lu pikir la sendiri!!)






Friday, February 25, 2011

:: Bunga Rampai Vs Potpori ::

Views
Hari ini,lepas solat Subuh..macam biasa,saya melakukan kerja rumah la kan sebab saya kerja petang.So,sedang saya sibuk menadah air kat dalam 'orang gaji' ( mesin basuh baju la tu...saya panggil 'orang gaji'..hahahaa ) mama saya tanya saya.."boleh tak buatkan bunga rampai untuk makcik Pah ( jiran belakang rumah saya ni..anaknya mau akad nikah!! ) Saya pun menganggukkan kepala tanda setuju..( alaaaa..ingatkan mau tanya,ada orang nak datang merisik!!hiiihii - gatalnya!! )

Haaa..korang tau ke,apa itu bunga rampai??Sapa tau??Sapa pernah buat bunga rampai??!Pernah dengar je,tapi tak tau??!Ok2,kalau tak tau tak apa.Saya akan beritahu ye.

Bunga rampai adalah hirisan halus daun pandan bersama2 bunga yang berwarna-warni.Baunya sangat wangi ( sebab telah disembur dengan minyak wangi.Tapi,kalau tak sembur minyak wangi pun ia tetap wangi tau!!Serius..Sila la percaya ok!! )


- Bunga rampai yang telah siap dibuat oleh saya -


Bahan2 untuk membuat bunga rampai adalah......

*Daun pandan ( bahan utama yang WAJIB ada )
*Daun limau purut ( sikit je )
*Beberapa jenis bunga ( petik aje kat depan rumah tu,kalau tak de..minta dari rumah jiran )

- Siap sedia untuk membuat bunga rampai -


Bunga rampai ni,zaman sekarang dah sangat jarang orang buat untuk hantaran.Kalau ada pun,hanya untuk diletakkan di pelamin ( untuk sessi menepung tawar dan merinjis pengantin ).Kebanyakkan orang zaman sekarang beri potpori aje.Sebab bagi mereka mudah.Sediakan duit dan pergi beli di kedai bunga ( yang jual barang2 hiasan untuk kahwin ).

Pada saya,saya lebih suka bunga rampai aje.Lebih harum dan harumannya kekal lebih lama berbanding potpori.Lagi satu,jimat duit.Tak perlu mengeluarkan duit untuk membeli bahan2 membuat bunga rampai.Dan yang paling penting adalah kepuasan bila bunga rampai itu sudah siap!

Kalau korang diberi pilhan..korang nak buat bunga rampai atau beli aje potpori kat kedai??!!


p/s - saya memang selalu buat bunga rampai untuk kenduri kawin!!



Friday, February 11, 2011

:: Sukarnya Menjadi Suami ::

Views
- kredit to DanialHaikals-

Seperti entry di atas...SUKARNYA MENJADI SUAMI...Korang setuju tak tajuk entry saya tu??!!Siapa yang telah menjadi suami,sila komen ye!Yang belum jadi suami pun boleh komen juga!Tak de salah mana pun...Tak kisah la ye..Suami ke,isteri ke...Komen saja!!Saya akan terima..

Sebenarnya,susah ke jadi suami ni??Bagi saya la kan,walaupun saya masih belum berumahtangga tapi dari pandangan mata saya menjadi suami memang la amat sukar.Sebabnya,banyak tanggungjawab yang harus dipikul suami.Bukan maksud saya,jadi isteri ni senang..tak ada banyak tanggungjawab.Tapi,suami lebih banyak tanggungannya.

Apa tanggungan suami??!!Ok,mari kita tengok....Suami harus dan WAJIB

* Menyediakan rumah yang selesa untuk isteri & anak2
* Memberi nafkah zahir & batin kepada isteri ( yang batin tu memang semua orang tau )
* Menjaga isteri & anak2 supaya senantiasa berkeadaan baik

- Di bawah adalah artikel yang saya baca dr namran.blog ketika dia hadir di kursus kahwin

“Tanggungjawab Suami terhadap isteri:”

1. “Memberi nafkah zahir & batin”

.. “dan menyediakan yg dibawah : ”
1. Tempat Tinggal – (place to stay ?)
is not just sending “duit sewa rumah”.. but a place..

2. Makan-minum -
is not just “makanan”.. but got to get up “makan and minum”… woohoo..
some was saying.. got up to whatever we had for lunch.. “wifey” also shall get the same..

3. Pakaian –
.. is not just provide “money” for her so that …
“Ok.. go shopping .. and get cloth for yourself “.

4. Keselamatan –
safety…
( lead a life at which would make her safe in world at large and also the afterworld .. Hmmmm.. )

then was added another one..

any of these shall able to drag a man to hell if not properly advised and guided by YOU!..

1. Isteri

2. ibu – jika kematian ayah.

3. adik perempuan – jika belum berkahwin

4. kakak perempuan – jika suami nya tiada

5. anak perempuan – selagi belum bersuami

… and isteri would just have to :

“OBEY whatever the husband asked/prohibited unless it is something against the God laws..”

So,besar kan tanggungjawab suami?!Sangat sukar daripada isteri.

Si bakal suami harus ada ekonomi yang betul2 kukuh dan stabil sebelum berumahtangga.Bukan senang nak bela anak dara orang yang selama ini telah biasa hidup senang ( maknanye apa yang mahu,boleh dapat.Tak bermakna kehidupan mewah ).

Kalau bercerita bab kawin,sapa pun boleh cakap..Semua orang boleh kawin,boleh jadi suami!Tapi,tak semua boleh memikul dan melaksanakan tanggungjawab yang telah Allah berikan.

Oleh itu,kepada lelaki yang masih bujang,yang masih belum berumahtangga..sila la fikir "APAKAH ANDA SANGGUP DAN TELAH BERSEDIA UNTUK MENJADI SEORANG SUAMI??"Bukan mudah menjadi suami ye!!Fikir2kan la....



Wednesday, February 2, 2011

:: Petua Untuk Cantik ::

Views
- kredit to Ohbayu.com -

Sape nak cantik macam Siti Nurhaliza???!!Angkat tangan!!! \(^__^)/ ehehheheee..Sape yang dalam dunia tak mau cantik kan??!Semua orang nak jadi cantik!!Semua orang suka benda yang cantik2.Semuanye nak yang elok2,nak yang lawa,nak yang baik2..

So,kat sini..saya nak berkongsi tips untuk menjadikan anda cantik!!hahhahahaa...Mahu??!!Jom tengok apakah petua atau tips yang boleh anda lakukan untuk menjadi cantik~~

**tips utk cntik....

1. Petua Cepat DiPinang - Banyakkan Meminum Air Pinang

2. Menegangkan Kulit Muka - Stapler Tempat Yg Kendur Tu..

3. Menghilangkan Bau Badan - Berendam Dalam Minyak Wangi

4. Melembutkan Rambut - Rendam Kepala Dalam Air Menggelegak. ..

5. Melebatkan Rambut - Cari Baja Rambut..

6. Menghilangkan Ketuat - Potong Dgn Pisau Cukur Cap Buaya... .

7. Mengempiskan Perut - Jgn Makan & Jgn Minum...

8. Mengekalkan Kecantikan - Kekalkan Mekap, Jgn Basuh2...

9. Menyegarkan Mata - Tuang Eye Mo...

10. Mengelak Rambut Gugur - Lumur Dengan Gam Gajah...

11. Mengatasi Tumit Pecah - Jalan Berjengket-Jengket

13. Menghaluskan Kulit Muka - Gosok Dgn Kertas Pasir

14. Menaikkan Seri Muka - Makan Kuih Seri Muka Sambil Naik Tangga..

15. Menghilangkan Bau Mulut - Minum Minyak Wangi

16. Menghilangkan Lebam Di Mata - Elakkan Dari Kena Penumbok..


Hahahahahhahahaaaa....**Selamat Mencuba yeeeee...**hihihihhihihihiiihihihii

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...