Friday, July 30, 2010

:: Gerak Hati Jodoh?? ::

Views


Bagaikan ada banyak persamaan bahkan kadangkala hati berasa dia dijadikan Allah sebagai jodoh anda. Di saat bersedih, dia yang menghulur tangan, menarik anda daripada resah yang menghibakan.

Ketika musibah melanda, dia juga selalu membuat anda tersenyum sehinggakan luka ikut sama berlalu.

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan Tuhan Yang Maha Esa. Tuhan juga mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan.

Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara kedua-duanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain.

Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

# Bersahaja
Si dia bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, percakapan, ketawa serta makan dan minum. Adakah dia spontan ataupun kelihatan pelik?

Kalau nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia memang pelakon handalan. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon, tetapi apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, dia adalah calon hidup yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh anda.

# Terima anda seadanya
Apapun kisah silam yang pernah dilalui, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini banyak memberi pengajaran supaya berhati-hati.

Dia juga tidak mengambil kisah siapa anda sebelum ini, apa yang penting, siapa anda sekarang. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

# Saling mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Ada kalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban ditanggung.

Apabila mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia anda selamat di tangannya? Bagi mereka yang bercinta, sifat saling mempercayai antara satu sama lain timbul dari hati nurani mereka.

Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan yang lain. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

# Memahami diri anda
Fahami diri pasangan. Ketika sakit dia bawa anda ke klinik. Apabila dilanda kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala anda berleter, dia menjadi pendengar.

Dia selalu bersama anda dalam sebarang situasi. Tidak kira sama ada saat gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk anda.

Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri". Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih.

Apabila dia sentiasa bersama untuk melalui hidup ini saat suka dan duka, senang dan susah, dialah calon sesuai menjadi pasangan hidup anda.

# Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu anda.

Bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasih malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada anda.

# Mimpi
Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insyaAllah dengan izinnya, anda mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.

Jika tidak, tolak dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat kekal selamanya.

# Kata hati
Kadang kala manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga dapat saling tahu perasaan masing-masing. Anda dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu.

Apabila yakin dengan pilihan hidup anda, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk anda? Dengar kata hati dan buat pilihan. Serahkan segalanya pada ketentuan Yang Maha Kuasa.

:: 10 Jenis Lelaki YANG PERLU DIJAUHI ::

Views



Ini tips untuk wanita. Anda kena berhati-hati dengan 10 jenis lelaki yang tertera di bawah. Lelaki-lelaki tersebut boleh membuatkan hidup anda bermasalah macam mereka juga.

1. Lelaki yang sering berkata: “Abang memang sayang kat ayang, tapi abang belum bersedia untuk hubungan yang serius”. Amboi dah 3 tahun berkepit sana sini, masih belum bersedia ker? ha..ini lelaki tarak betoi punya. Diorang nak flirt jer, walhal anda belum ada dalam kamus hidup mereka.

2. Lelaki yang call/sms ikut suka ati diorang jer. Eh ikut suka ati diorang ja nak jumpa kita, nak call kita, bila kita perlu kan dia, bayang pun tak nampak.

3. Lelaki yang suka ajak dating, tapi bukan dating pon. Paham tak ayat tu? ala, korang tak pernah ker pergi dinner berdua?, jejalan berdua, tengok sunset berdua? Kalau orang lain tengok sure ingat korang couple & tengah bercengkerama. Padahal si lelaki tak pikir pun tu dating. Kepada wanita, jangan asyik keluar kehulur kehilir dgn lelaki sangat. Jatuh saham nanti babe.

4. Lelaki yang dah ada awek, tapi selalu sms/call n jumpa anda. Ooo ini lelaki paling bahaya, tapi malangnya paling banyak di Malaya. Lelaki jenis ni dah ada awek, tapi wanita lain juga dia nak bermesra. Bila kantoi dengan awek, diorang akan cakap korang kawan jer, takkan nak berkawan tak boleh? Amboi. Kalau setiap malam call, bila awek not around, mula naik tocang. Lelaki jenis ni ternyata buaya tembaga tak laku.

5. Lelaki yang pikir apa diorang buat semua betoi. Aduhai, pandangan kita semua salah, dia jer yang betol, Diorang ni jenis penting diri sendiri dan tak kan pikir perasaan orang sekeliling termasukla korang.

6. Lelaki yang blurrrr sentiasa. Contoh nya, lelaki yang tak paham kehendak wanita, even korang cakap terus terang pun dia ingat itu benda remeh ja. Ambil ringan perasaan kita.

7. Lelaki yang tak tahu kehendak sendiri.Kalau la diorang tak reti nak paham kehendak sendiri, korang ingat diorang boleh paham korang?

8. Lelaki yang selalu kacau korang, walaupun korang tu tengah busy menyelamatkan dunia. Lelaki suka sangat nak berkepit dengan korang, tak kira la korang keja ke apa ker. Sikit2 call, sms, nak jumpa. Mula-mula korang rasa ok. Tak lama kemudian korang sure tak tahan. Rimas dan lemas.

9. Lelaki yang suka kutuk lelaki lain, dengan harapan korang tak dekati lelaki yg dikutuk. Sah-sah lelaki ni kuat jeles, dan jangan terkejut diorang ni jenis ngada-ngada.

10. Lelaki yang tak dapat memberi layanan yang betul untuk seorang wanita.

Apa lagi korang harap? buat siksa jiwa jer. nampak sangat lelaki jenis ni sukar nak membahagiakan korang!!

:: Cinta TAK Semestinya Memiliki ::

Views




Cinta tak semestinya memiliki....

Bila kita jatuh cinta pada seseorang, jangan menyiksa diri dengan menganggap bahawa cinta kita tak diterima....

Cinta itu tak pernah ditolak kerana, setiap insan memerlukan, menginginkan untuk dicintai..

Wujudkan cinta itu dengan memberikan sesuatu bukan mengharap harap akan sesuatu sebab, apa yang diberikan kerana cinta selalu datang pada hati kita disaat itu juga....

Kebahagiaan memberi jauh lebih sempurna dari pada kebahagiaan kerana menerima...

Tapi…lain bila kita menginginkan sesuatu yang kita cintai...

Keinginan itulah yang memberikan pahit pahit yang menghiris dada…

Jangan menyiksa diri dengan menginginkan sesuatu….

Jangan sia kan cinta dengan beban yang berat mengharap mampu di pikul bahu...

Keinginan memiliki mungkin tak kesampaian…

Tapi…
Percayalah pada diri…Justify FullSelalunya cinta yang kita berikan seadanya
Takkan pernah bertepuk sebelah tangan..

Monday, July 26, 2010

:: Mengumpan Cinta Seperti Memancing ::

Views

Ada kawan? Rasanya tiada manusia tanpa kawan. Kawan mudah dicari. Dengan sebentuk senyuman, kawan sudah boleh diperoleh. Dengan teh secawan di warung, kawan sudah boleh dibentuk.

Nilai kawan dan sahabat jauh berbeza.Jika anda ada teman lelaki,dia mungkin bergelar kawan, bukan pasangan kekasih. Kena pandai bezakan dengan kawan, sahabat dan kekasih. Sesetengah orang selesa sebagai kawan, sesetengah orang ingin dianggap sahabat, sesetengah orang
mahu akhirnya digelar kekasih. Perlu lihat tutur kata pada awal perkenalan, kadang-kadang pada awalnya lagi sudah dapat diduga apakah dia ingin jadi kawan, sahabat mahupun kekasih.

Ramai gadis bertanya saya soal ini. Dia sudah berhubung dengan saya selama setahun, mengapa dia tidak faham apa yang ada dalam hati saya? Perlukah saya memberitahunya bahawa saya menyayanginya lebih dari seorang kawan?

Nah!Inilah bahananya jika anda tidak cuba memahami riak wajahnya,tutur katanya dan sikapnya sepanjang berkawan dengannya. Dia mungkin menganggap anda sekadar kawan, tetapi anda tidak. Anda menganggap dia lebih daripada itu. Anda mengharapkan cinta tetapi tidak pernah memberikan gambaran sedemikian. Maka dia tidak memahaminya. Diam- diam tanpa pengetahuan anda dia menjalin perhubungan dengan orang lain. Dan orang itu telah pun bergelar kekasih hatinya.

Ramai gadis kecewa direndam perasaan sendiri.Dia memikirkan lain dan mengharapkan lain tetapi lain pula yang ada pada diri seseorang lelaki itu.Kena berikan dia sedikit gambaran bahawa anda tidak sekadar menganggapnya kawan, tetapi kawan yang istimewa, kawan yang
lebih daripada kawan, dan kawan yang ingin dijadikan kekasih.

Bagaimana melakukannya? Anda boleh hantar SMS berbau kasih.Ia ibarat melemparkan umpan sewaktu memancing. Jika umpan serasi, akan mengena. Jika tidak, umpan akan terbiar dibawa arus.

Memancing cinta juga begitu. Kena lemparkan umpan dan lihat apakah umpan disambar.Anda akan menerima balasan yang hampir serupa. Jika ayat-ayat power yang diberi, ayat-ayat power juga yang sampai kembali, itu antara lain tandanya kasih bersahut. Jika kata-kata berbau kasih, sayang dan cinta yang diberikan, yang diterima kembali adalah kata-kata yang hampir serupa tandanya umpan anda serasi dengan selera ikan. Boleh terus memancing, boleh terus menghulurkan umpan. Hingga akhirnya ikan tersangkut di mata kail, ketika itu bolehlah tarik joran, pegang dan tangkaplah hasil.Tika itu tidak perlu berselindung lagi untuk mengatakan bahawa anda menganggapnya lebih dari seorang kawan. Dia adalah kekasih hati dan orang pujaan.

Ramai gadis menjadi mangsa keadaan. Dia tidak pernah tahu dia tidak dicintai. Dan tidak pernah tahu dia tidak pernah berada dalam senarai calon untuk dijadikan isteri. Dia berbaik dengan seorang lelaki dan membiarkan perhubungan itu berjalan dengan baik,sedangkan dia menyimpan hati, tetapi si lelaki tidak. Setelah berkawan hampir sepuluh tahun, usia telah lanjut baru tahu dia tidak sampai ke situ. Dia hanya berbaik, seorang yang baik dan mahu berbaik-baik.

Kenapa tidak memberikan gambaran awal supaya mudah mengambil keputusan,samada meneruskan atau beralih arah.

Bercinta adalah seni. Maka anda perlu menggunakan daya kreativiti dalam meniti di atasnya. Setiap cinta melalui jalan cerita yang serupa namun tidak pernah sama. Setiap watak yang melaksanakannya adalah berbeza maka anda perlu memahaminya. Bacalah peribadinya seawal perkenalan anda dengannnya.

Oleh Dr HM Tuah Iskandar Al-Haj

Saturday, July 17, 2010

::^ Reunion Oh Reunion ^::

Views
Seperti yang telah dirancang,reunion bekas pelajar Maahad Al-Khair Lil-Banat telah diadakan pada 17hb.Julai.2010.Reunion ini dibuat bersama2 Majlis sambutan Maahad Al-Khair Lil-Banat yang ke-20tahun.

Majlis reunion diadakan pada jam 5.30petang di dewan baru sekolah.Masa dulu2 mana la ada banyak dewan.huhuhuhu...sadisnye saye!!Bertuahnya pelajar Banat sekarang,Tak seperti kami dulu2..banyak kekurangan.Tapi,kami telah membuktikan,kekurangan itu tidak melemahkan semangat kami untuk terus berjaya seperti sekarang.

Kehadiran bekas pelajar sangat la memberangsangkan.Sebab ramai juga la kan...yang hadir.Walaupun batch saye tahun 2001 hanya 3 orang aje yang hadir.huhhuhuu..sadisnye!!!Mana la dorang ini pergi.Punya la ramai pelajar2 SPM 2001..80 orang,tapi yang hadir,hanya 3 orang saja??waaaaaaaaaaaaaa...mana perginya mereka???!!

Tapi,tak apa la kan.Sebab saya paham...masing2 sudah punya kerjaya dan kehidupan sendiri.So,adalah dimaafkan k....So.kepada korang ( batch aku saje )..lain kali,bila ada program reunion,please hadirkan diri k!!!!Sebabnye..coming soon nie...saye yang bakal handle program reunion nie.ok????ada paham ka??huhuhuhuhuu

Sebenarnya,seronok bila hadir reunion nie.Sebabnye???Sebabnye,kita dapat jumpa semula kawan2 yang sama2 nakal....sama2 berlumba2 belajar...sama2 membesar..datang bawa anak,bawa hubby...wow...paling meriah!!!ahahhahaa..bukan kita aje yang dapat mengeratkan silaturrahim..suami2 pun dapat berkenalan.hehehhehe...anak2??ermmm..tak usah ditanya la...dorang memang suka berkawan!!ehhehhee...

InsyaAllah...selepas ini akan ada lagi reunion!sebabnye,aku telah diberi amanah memegang jawatan sebagai pengerusi bekas pelajar akan datang.huhuhu...Berat juga amanah yang harus aku pikul nie.InsyaAllah...semoga semuanya berjalan dengan lancar!!

Bersama dengan Ustzh Hariza ( tudung purple ) yang semakin cumei...

Bersama Ustazah Suhaiza ( guru BM )

Aktiviti untuk guru2...

Aktiviti guru2...menerkangkan roket kertas paling jauh!!ehhehe

3 orang nie aje la batch 2001 yang dapat hadir..

Bersama junior saye ( kema )

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...